October 13, 2010

Jom Masak: Sosej Gulong Breadcrumb.

Ini adalah aktiviti mama dan adik petang tadi. Aktiviti memasak 'Sosej Gulong Breadcrumb' untuk minum petang. Daripada tengok saja, lebih baik adik tolong mama. Boleh jugak adik belajar.
Sebenarnya mama dah buatkan kuih ni pagi tadi untuk sarapan dan bekalkan untuk along ke sekolah. Dan petang ni along mintak mama buat sekali lagi....sedap katanya ^_^.

Sosej Gulung Breadcrumb.

Bahan:
  • sosej ayam (mama belah 2 sbb nak jimat..he..he)
  • roti (buang tepi...boleh simpan utk buat puding)
  • telur
  • breadcrumb
  • minyak
Cara membuatnya:
  • Rebus sosej sekejap.
  • Lenyekkan roti.
  • Gulong sosej dalam roti.
  • Celupkan dalam telur.
  • Golekkan dalam breadcrumb.
  • Goreng dengan api sederhana.
  • Angkat dan hidang.
Adik sedang tolong mama lenyekkan roti menggunakan roller pin.

Makan sambil tengok tv ^o^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails