March 26, 2010

Aktiviti Homeschool 21-25 Mac

Insya-Allah, bermula minggu ni mama akan post aktiviti home school setiap hari jumaat. Skrg ni mama perlu peruntukan lebih masa utk aktiviti home school dan masa utk bermain dgn anak2. Sbb kalau sblm ni mereka ada tv, tapi skrg ni dan takde tv. So, kenalah mama sentiasa beraktiviti dgn mereka. Jadi hanya malam minggu shj masa utk mama 'berinternet'.
Utk aktiviti home school minggu ni mama tlh pilih tema apple.


ANGAH

Letter recognition:

Aktiviti minggu ni bermula dgn dot-to-dot letter A dan mewarna apple. Worksheet ni mama print di sini.



Seterusnya , small and capital letter matching. Angah perlu gunting dan padankan huruf2 dgn menampalkannya dgn huruf yg ada kat apple tree.

Craft & motor skill:

Motor skill: Aktiviti 'lacing alphabet A card'.


Ini utk aktiviti craft. Lacing paper plate utk dijadikan bakul.


Inilah hasilnya dan bakul ni digunakan utk mengisi apple flash card.

Reading :

Minggu ni angah mula membaca cerita dlm buku 'Koleksi Cerita Teladan Islam'. Dan utk english, mama tlh print story "Nat's Cat" dari http://www.readinga-z.com/. Story ni byk menggunakan word family 'at' dan 'ap'.

Math:




Utk math, minggu ni mama sambung pelajaran angah minggu lepas utk mengenal nombor in numeral and word sambil mengira. Alhamdulillah, angah dah boleh membaca number word from zero to twelve.
Mama print 2 jenis flash card ni kat sini .


Angah skrg ni juga sudah mahir dgn latihan tambah. Biasanya angah akan mengira dgn jari. Jadi bila mama bagi soalan yg memberikan jawapan lebih dari 10, angah akan mula confuse. Jadi biasanya mama akan bagi colour pensil utk angah kira. Dan minggu ni mama print soalan kat sini. Utk latihan ni, selain drp dpt membuat latihan math angah juga perlu menggunting dan menampal. Sesuai juga utk 'fine motor skill'.

Science:
Utk subjek science, angah buat latihan dlm buku latihan. Dan minggu ni angah belajar ttg 'light and heavy'.

Iqra':

Alhamdulillah. semalam (khamis) angah tamat buku 1 Iqra'. Dan tadi angah sambung dgn buku 2 Iqra'.

Fun:


Utk minggu ni kami bertiga sama2 membuat 2 lapbook. Bersesuaian dgn tema, satunya lapbook Alphebat A dan satu lagi lapbook to match the colour. Utk lapbook ni mama print kat sini dan sini.


ADIK.

Motor skill: Adik juga membuat latihan Letter A dot-to-dot. (khusyuknya dia.....)


Latihan apple size sequence. Adik menyusun from biggest to smallest. Skrg ni adik dah faham big and small.


Join sekali dgn angah belajar colour.

ALONG.
Minggu ni, mama tidak byk memberi latihan utk along sbb setiap hari masa along byk kat sekolah. Ahad hingga selasa along ada kelas fardu ain dan balik pukul 3.30 ptg. Dan kat rumah alongn perlu siapkan homework yg diberikan oleh gurunya.

Dan utk bacaan Al-Quran, alhamdulillah along sudah masuk surah Al-Ana'm.

March 19, 2010

Aktiviti home school.

Minggu ni mama tak berkesempatan langsung post apa2 catatan. Sibuk dgn anak2 juga sibuk utk kemas kini jadual serta bahan2 utk home school mama. Sambil2 tu mama kemaskini blog mama. Masa tgh sibuk mencari2 bahan mengajar mama tlh mendapat idea dan byk maklumat utk run home school ni dgn lebih baik dan sistematik.

Walaupun sibuk dgn kerja ni, home school tetap mama teruskan. Bermula minggu ini, Insya-Allah mama mengadakan weekly theme utk aktiviti pembelajaran. Jadi pengajaran mama akan lebih tersusun dan mudah utk mama mencari bahan.

Along (Standard 3)
Sepanjang minggu ini along tlh membuat latihan2 dlm buku latihan yg mama beli juga dlm internet. Dan utk mengukuhkan lagi ingatan dia, mama minta along teruskan hafalan sifir 2 hingga 9. Kemudian membuat latihan di sini. Utk pengajaran Al-Quran, along akan teruskan bacaan setiap kali selepas sembahyang. Alhamdulillah setakat ni along sudah sampai di juzuk 7. Insya-Allah lepas ni mama akan cuba berikan penekanan kepada tajwid pula.

Angah ( Pre-school)
Weekly theme : Life in the pond. Memandangkan skrg ni angah dan adik suka sgt mama bacakan buku Crokie Frog : Where is my home utk Read Aloud, jadi mama pilihlah tema ni.

Writing : Angah byk membuat latihan dlm buku latihan dan juga dlm worksheet yg mama print di sini.

Reading : Alhamdulillah angah telah habiskan buku 8 Bacalah Anakku. Dan utk mengukuhkan lagi reading skill, angah terus dgn buku aktiviti utk pengukuhan dlm konsonan rangkap dan diftong. Utk english, Angah sudah masuk buku 4 Read Easy. Dan angah juga belajar phonics di starfall.


Buku aktiviti pengukuhan.

Math : Sebelum ni memang angah dah mahir dalam mengenal dan menulis nombor 1 hingga 100 (in english). Dan minggu ini mama teruskan dgn addition up to 10. Selain membuat latihan di dalam buku, angah juga membuat latihan di sini dan dlm worksheet yg mama print di sini.


Latihan memadankan nombor in numeral and word.


Scince : Sesuai dgn tema minggu ni, angah belajar life cycle of frog.

Life cycle of frog.



Fun : Minggu ni angah mula buat lapbook. Very interesting activity. Mama dpt resourse kat sini.

Lap book.


Craft : Tiap2 hari angah buat craft. Mama cuba cari aktiviti craft yg bersesuaian dgn tema minggu ni. Jadi antara craft yg angah buat adalah katak dan juga life cyle of butterfly.

Life cycle of butterfly. (eggs on leaf, caterfillar, pupa and butterfly).


Quran : Angah masih lagi buku 1 Iqra'. Dan sesuatu yg mengejutkan mama adalah angah sudah boleh hafal surah Al-Fatihah. Mungkin bagi budak lain yg sebaya dgn angah dah lama hafal surah al-Fatihah. Tapi lain bagi angah sbb mama terpaksa ambik masa utk betulkan bacaannya sbb angah ni pelat sikit dan agak sukar utk ikut dan sebut dlm satu ayat yg panjang. Alhamdulillah angah dah berjaya.

Adik (Tot School)
Adik akan join setiap kali mama mengajar angah. Dan mama masih lagi mengajar adik mengenal a, i, u. Juga alif, ba, ta. Dan minggu ni adik dah berjaya sebut one to ten.

March 11, 2010

Hari jadi adik yg ke2.

Hari ni baru mama berkesempatan utk entri cerita masa hari jadi adik yg disambut pada 6 mac lepas. Mama tak buat party birthday pun kali ni. Cuma sambut kita 5 beranak je. Kek pun mama tak beli. Buat sendiri saja sebab adik nak makan kek coklat. Jadi petang tu mama buat kek coklat dgn dibantu oleh 3 assistants.


Sibuk dok kacau adunan kek coklat tu. Kek belum masak lagi tapi mulut adik tu dah comot dah...

Memandangkan mama tak buat party kat rumah, jadi kami semua keluar celebrate kat luar je. Tapi sebelum keluar kami potong dulu kek coklat tu kat rumah.


Happy birthday adik!


video

Kanak-kanak riang.

Video ni papa ambik masa kat Restoran Rasamas malam tu. Sementara tunggu order tu siap diorang pergi main2 dulu. Budak2 ni memang tak boleh duduk diam. Memang mereka seronok sgt kalau pegi tempat yg ada playground nih.

Apa2 pun sempena hari jadi adik ni mama nak ucapkan selamat menyambut ulangtahun yg ke2 kpd adik. Mama harap adik akan menjadi anak yg baik dan diberkati Allah dunia dan akhirat. Mama saaaayang adik.

March 9, 2010

Aktiviti Home school.

Semalam mama tak sempat nak catat aktiviti mama bersama anak2. Aktiviti home school angah bermula awal pagi sbbnya dah takde lg tv time. Rutin macam biasa. Setiap hari mama akan pastikan angah ikuti latihan membaca, menulis dan mengira.

Utk baca bahasa Melayu tu rasanya tiada masalah cuma kena pandai attract dia sikit. Skrg ni dia cukup tak suka kalau mama ajak dia baca terus dari buku Bacalah Anakku tu. Jadi disbbkan angah suka dgn white board, jadi mama tuliskan cerita kat white board tu dgn tulisan yg agak besar. Barulah dia berminat. Mama akan salin cerita dlm buku tu. Kemudian mama akan tulis juga cerita2 yg berkaitan dgn diri angah. Barulah angah seronok baca.



Tulisan yang besar dpt menarik minat angah membaca.

Setiap hari tanpa aktiviti craft rasanya tidak sah. Hari ni angah minta buatkan spider. Cari2 kat internet, mama jumpa craft spider yg dibuat dgn hand print.

Siapkan handprint kat kertas lukisan.

Lepas tu cut. Ini dia. Ada rupa spider tak ?

Utk pelajaran angah mama tak risau sgt. Skrg ni mama tgh fikirkan mcm nak handle home school utk along. Mama sdg cuba mencari bahan dan mengatur jadual utk along. Sebenarnya mama bukannya nak berhentikan along dari sekolah. Peranan mama skrg ni lebih kpd guru tuisyen. Kalau sebelum ni pengajaran mama kpd along tidak menyeluruh kpd semua subjek. Tapi skrg ni selagi mama mampu mama akan cuba tumpukan kepada semua subjek yg along belajar dan tak lupa mama akan berikan juga penekanan kpd pendidikan agama. Mama harap sgt kpd along utk turut memberikan kerjasama dan tumpuan kpd mama, ye Along!

March 8, 2010

Perubahan ke arah kebaikan.

Bermula minggu ni, beberapa perubahan tlh. mama buat. Bermula dgn. pemotongan Astro dan stop kelas tuisyen along. Semuanya kerana hasrat mama mahu menjayakan program home school mama ni. Dah lama sebenarnya mama nak potong astro ni tapi bila difikirkan anak2 dgn program favourite mereka tu rasa kesian pulak. Tapi bila difikirkan kesannya, mama tekad utk stop astro nih. Bila dah tak boleh tengok tv nih mama pulak lah yg penat. Penat sbb setiap masa anak2 dok suruh buat itu dan ini. Kalau sebelum ni bila mama nak buat kerja rumah, mama suruh anak2 ni tengok tv. Dah siap kerja baru mama sambung balik aktiviti dgn mereka. Tapi hari ni dari pagi sampailah malam mama beraktiviti dgn anak2. Tapi bagus jugak macam ni. Setiap masa diisi dgn perkara yg berfaedah dan anak menjadi lebih aktif.


Sekarang ni homeschool mama tidak lagi tertumpu kpd angah saja. Tapi mama ingin menumpukan perhatian dan mendidik semua anak2 mama. Along, angah dan adik pun terlibat. Mama skrg ni dah start ajar adik mengenal huruf. Kepada anak2 akan mama curahkan segala ilmu yg mama pelajari selama ini. Memang agak mencabar tugas mama skrg ni. Namun kpd Allah mama berdoa semoga dikuatkan semangat dan disihatkan tubuh badan utk mama teruskan usaha ini.


Kadang2 terlintas juga perasaan ragu2 akan kemampuan diri utk mendidik dan mengajar anak2. Ya lah, dgn tiga orang student yg berlainan level disamping kerja rumah mama yg lain. Kalau mama tidak bijak membahagikan masa dan mengatur jadual mungkin semua ini tidak akan berjaya. Jadi mama amat2 mengharapkan bantuan dan sokongan papa. Tanpa papa mama tak mungkin mampu melakukan semua ini.


Kalau sebelum ini mama hantar along utk kelas Qiraati dan fardu Ain juga tuition English. Tapi skrg ni semuanya akan mama buat sendiri. Mama sempat hantar along utk kelas Qiraati selama 1 1/2 thn. Disebabkan tidak puas hati dgn tahap perkembangannya semasa belajar di situ, mama ambik keputusan utk mengajar sendiri. Alhamdulillah skrg ni along sudah boleh membaca Al-Quran dgn lancar dan target mama along akan khatam Al-Quran tahun ni. Insya-Allah. Angah juga skrg ni sudah start buku 1 buku Iqra'.


Kalau tahun lepas mama tidak begitu serius dgn home school ni. Tapi bermula tahun ni mama akan lebih serius utk home school anak2 ni. Insya-Allah.


March 6, 2010

Cepatnya masa tu bergerak. Usia pun makin bertambah. Anak2 pun dah besar. Hari ni umur adik dah genap 2 tahun. Happy birthday adik. Sesekali tu rasa tak sabar nak tengok anak2 ni besar. Ramai orang fikir bila anak dah besar kuranglah sikit penat nak menjaga mereka. Tapi pada pendapat mama sebenarnya bila anak2 makin besar maka makin beratlah tanggungjawab utk mendidik dan menjaga anak2. Tambah lagi dgn keadaan sekarang ni. Dgn bermacam2 gejala sosial. Nauzubillah. Jauhkanlah semua itu daripada anak2 ku Ya-Allah.
Khamis lepas mama berkesempatan balik ke rumah orang tua mama. Dah lama rasanya mama tak balik jenguk Tok Ayah dan Mok. Walaupun dekat tapi kedaan tidak mengizinkan mama utk kerap balik ke sana. Sedih sangat bila tengok mereka. Dengan umur yg semakin lanjut, tubuh mereka berdua juga semakin uzur. Sekarang ni semua anak dah besar dan berkeluarga. Jadi tinggal mereka berdua saja kat rumah tu. Teringat mama masa kecik2 dulu. Riuh-rendah kami adik beradik kat rumah. Tapi skrg suasana sepi. Hanya sekali sekala waktu cuti barulah semua adik beradik berkumpul semula. Bila tengok pada Tok Ayah dan Mok tu, perasaan mama kalau boleh mama nak anak2 mama kecik macam ni sampai bila2. Sentiasa ada dekat dgn. mama. Tapi kita manusia tidak mungkin dapat mengubah ketentuan Allah. Cuma harapan dan doa mama semoga anak2 mama menjadi anak yg taat dan patuh kepada Allah s.w.t juga kpd mama dan papa. Insya-allah.

March 1, 2010

Aktiviti home school.

Dua tiga hari ni mama rasa agak tak sempurna saja kerja mama. Byk benda yg mama tak sempat nak buat. Entahlah, kalau diikutkan 24 jam sehari tu masih tak cukup lagi. Em...mungkin mama yg tak pandai membahagikan masa. Insya-Allah lepas ni mama akan cuba perbaiki diri dan cuba mengatur masa dgn lebih bijak.
Along dah habis periksa bulan Febuari. Dah dpt pun result kelima2 paper tu. Alhamdulillah, along dpt 4A dan 1 lagi paper tu agak teruk sikit result. Subjek Bahasa Melayu penulisan. Mama pun tak sangka markah along tu serendah tu dgn jawapan yg dia buat (lps mama & papa check). Tapi mungkin cikgu dia agak strict masa marking paper tu. Takpa lah. Nampaknya lepas ni mama kena beri lebih penekanan pada along utk subjek ni. Ingatnya petang ni mama nak pergi kedai buku, nak pegi cari kalau2 ada buku contoh karangan yg sesuai utk along.
Angah pulak macam biasa dgn aktiviti home school. Sbb ada benda lain mama nak buat, mama suruh angah tulis alphabet dan number kat white board. Boleh mama buat kerja sambil2 tengok angah. Setakat ni mama tengok angah dah tiada masalah lagi dgn susunan huruf.



Angah memang suka sgt kalau mama suruh tulis kat white board nih.


Lepas tu mama minta angah tulis number utk dibuat flash card. Bolehlah mama guna utk ajar adik. Dah siap tu, angah dgn idea kreatifnya tanpa disuruh oleh mama telah potong kad tu bulat2. Katanya nak buat caterpillar.

Minta buat sampai 10 tapi angah buat sampai 7. Penat katanya (malaslah tu)



Inilah hasilnya caterpillar angah.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails