September 19, 2013

Bercuti di Tok Aman Bali Resort.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...minggu lepas along telah pun selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Apa pun keputusan yg along dapat nanti mama redha sbb mama tahu along dah buat yg terbaik. Skrg ni rasa lega sgt...umpama terlepas satu beban di bahu ni. Bukan bermaksud mama dah boleh lepas tangan lepas ni...tapi sekurang2nya bulihlah mama relax sikit lepas ni tanpa memikirkan soal exam ni (anak yg nak exam tapi mama ni yg terlebih stress...hihi)

Utk celebrate along abis exam ni...weekend lepas sempena cuti Malaysia tu...kami sekeluarga ambik peluang pergi bercuti...saje nak release tension. Alahh...bukannya jauh pun. Bercuti dekat2 sini je...kat Tok Aman Bali Resort, pasir Puteh ni je. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari rumah kami.

Sebelum sampai kat resort tu, kami singgah dulu kat Pantai Irama, Bachok...singgah ambik angin pantai. 

Main2 kat tepi pantai. Cuaca hari tu pun redup je...bestttt...

Bilik kami kat Tok Aman Bali Resort tu. Bilik yg luas dan selesa.

Seronok je si kecik ni duk golek2 kat sofa tu.

Ni antara tujuan utama datang resort ni...nak main air. Aktiviti wajib anak2...hihi

Papa yg sporting...rajin melayan anak2 main. Mama tunggu kat atas je...




Nmpk x kakak tu...hihi. Besar jugak kolam kat sini. Memang puashati anak2 main.

Anak2 buah hati mama. Semuanya enjoyyy dgn percutian kali ni. Moga terus dilimpahkan rezeki & diberikan kesihatan yg baik...next time bulihlah kita berkunjung lg ke sini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails