January 8, 2014

Letter Oo is for Octopus.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ni aktiviti homeschool berjalan lancar. Anak2 tak byk ragam walaupun adik tak berapa sihat hari ni sbb selsema. Utk hari ni mama dah plan nak buat kraf letter Oo dgn anak2. Jd semua bahan utk kraf ni mama dah siap sediakan awal2. Bila dua beradik ni bangun tido terus mama bgtau plan mama hari ni...taktik mama jgk ni sbnrnya...sbb bila dgr je nak buat kraf ni terus je bersemangat anak2 ni sbb diorang mmg suka sgt dgn aktiviti kraf ni. Bila tau je cepat2 kakak dan adik g mandi. Kalu x...biasanya liat sikit dua beradik ni nak  terus g mandi pagi...hihi. Lepas siap mandi dan brekfes, kakak dan adik terus ke homeschool area...dah x sabar dah nak buat...hihi. 

Ni mama kongsikan step2 kakak dan adik utk siapkan kraf 'Letter Oo is for Octopus'.

Mula2 kakak dan adik warnakan dulu templete Letter Oo. Templete ni mama download kat sini.

Lepas tu gunting. 

Kemudian lukiskan tapak tangan utk jdkan sbg tentacle octopus tu. 

Kakak tolong lukiskan tapak tangan adik.

Lepas tu gunting tapak tangan tu plk. 

ok...dah siap gunting. Adik punya tu mama yg tolong gunting...hihi

Lepas tu tampal pada construction paper. Adik kat sebelah tu dah sibuk duk tayang2 dia punya yg dah siap tu (^o^)

Last sekali tampal letter O yg dah siap gunting awal2 tadi tu. Adik pun duk tunjuk tu kat kakak cmn nak tampal2 ni...hihi


Akhirnya siap jgk Octopus kakak punya...yeayyy...

Aksi Adik:
Mama jugak bg adik menggunakan gunting masa aktiviti tadi. Khusyuk je adik...sampai menitik2 air mulut tu...hihi

Fokussss....

Aktiviti yg bagus utk melatih kemahiran motor halus anak2. Tapi pastikan gunting yg digunakan tu adalah gunting yg sesuai utk anak kecil...jenis yg x tajam dan yg dilindungi plastik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails