December 29, 2010

Bertemu kembali....


Bertemu kembali...
Lama sgt rasanya tak update blog ni. Sibuk dgn macam2 kerja. Biasalah surirumah ni. kerjanyer kalau 24 jam sehari tu rasanya macam tak cukup. Lepas balik bercuti hari tu, rutin harian mama kembali seperti biasa. Aktiviti dgn anak2 tetap diteruskan cuma mama lebih serahkan pada anak2 utk pilih dan buat sendiri aktiviti yg mereka suka sprt kraf. Macam biasa alonglah yg jadi ketua. lagipun along ni kreatif jugak orangnya. Kalau bab lukis2 tu orang kata tangan dia 'berseni' jugak la. Sepanjang cuti sekolah ni diorang 3 beradik suka sgt tengok rancangan Atzooka di Nickelodeon channel. Jadi biasanya lepas tgk rancangan tu mereka pun mulalah mencari/selongkar barang2 mama utk mereka cuba buat kraf yg mereka tengok tu. Macam2 kraf yg mereka dah cuba buat tapi mama malas pulak nak ambik gambar.
Dan utk minggu terakhir cuti sekolah ni, ada ahli baru utk mama homeschool ni. Anak saudara mama, Amirah tumpang join sekali belajar bersama2 along, angah dan adik. Tahun depan Amirah dah nak masuk darjah 1. Tapi dia belum lagi dpt membaca BI dgn baik. Jadi sambil2 mama duk mengajar anak2 ni, mama ajak dia join sekali. Boleh jugak mama tolong ajarkan dia setakat yg mama termampu.

Sweet girl....Amirah ^-^

Masing2 khusyuk menyiapkan latihan yg mama bagi....abaikan pandangan bilik yg bersepah tu yer ;)

2 comments:

  1. salam...

    akak..saYa nak tanYa..anak2 akak memang homeschooling sepenuhnYa ke..maksud saYA...hanYa belajar di rumah n tidak ke sekolah...saYa pun buat earlY education untuk anak2..dan bercadang nak buat homeschooling...cuma homeschooling di malaYsia ni paYah nak dapat kelulusan...akak buat macam mana Ye...harap dapat bantu saYa..anak saYa lagi 2 tahun nak kena masuk sekolah..but saYA memang nak buat full homeschooling ni..anak2 saYA tak fasih berbahasa melaYu dan saYa dah tengok keadaan sekolah di tempat saYa..alamak..takut lah nak letak anak2 di situ...seronok jumpa blog ni...rasa saYa tidak keseorangngan..hehehe..i reallY hope that i will be able to homeschool mY children...allah make it easY on me...amin..

    ReplyDelete
  2. salam Rohana,
    Saya pun seronok sgt bila dpt tambah kawan yg sama2 minat dgn homeschool ni. Boleh kongsi info & pengalaman. Sbnrnya skrg ni saya rancang utk homeschoolkan sepenuhnya anak sehingga umur 6thn saja. Lps tu saya akan hantar juga ke sekolah. Tapi saya buat juga aktiviti dgn anak yg bersekolah slps waktu sekolah. Kalau ikutkan hati tu mmg saya pun nak homeschoolkan sepenuhnya anak2. Tapi masih ada lagi perasaan ragu2 dgn kemampuan diri saya utk uruskan semuanya.
    Harap dpt terus berhubung ya!
    Saya doakan semoga awak berjaya ^0^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails