Showing posts with label letter g. Show all posts
Showing posts with label letter g. Show all posts

October 11, 2011

Paper Plate Girrafe Craft.

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ni homeschool kami dimulakan agak lewat sikit. Sementara mama duk settlekan dulu segala urusan mama nih...mama bagi dulu angah dan kakak siapkan latihan dlm workbook masing2.

Gambar yg sempat mama snap ketika kakak sedang asyik mewarna dan angah sedang siapkan latihan sains. Angah dah tak sabar nak habiskan workbook tu sbb dah tak sabar nak buat latihan dlm workbook yg baru pula ^o^

Bila semua dah beres...adik Aisyah pun dah nyenyak tidur dlm buaian dia tu...mama pun mula keluarkan semua bahan2 yg mama dah plan dari semalam utk buat aktiviti kraf bersama2 angah dan kakak. Kalau minggu lepas mama dah bagi aktiviti utk mengenal huruf Gg, jadi hari ni mama teruskan dgn tema Huruf Gg tu. Kali ni kami sama2 siapkan kraf zirafah...Gg is for Girrafe.

Paper plate Girrafe Craft.
Bahan-bahan diperlukan:
  • Paper plate
  • Construction paper
  • Tempera paste
  • Gam
  • Gunting
  • Marker
Cara membuatnya:
  • Lukiskan bentuk telinga dan bentuk oval utk mulut zirafah pada construction paper dan gunting. 
  • Kemudian lekatkan pada paper plate dan tunggu ia kering
  • Warnakan paper plate tadi dgn tempera paste dan biarkan ia kering.
  • Lps tu lekatkan mata dan lukiskan hidung dan mulut zirafah tadi menggunakan marker.

Khusyuk mewarna. 

Dah pun siap!!!

Walaupun kraf zirafah ni dah siap..tapi aktiviti kraf angah dan kakak tak habis2 lagi sampai la skrg ni. Masa mama tengah duk nak posting pasal aktiviti kami hari ni...mereka berdua kat belakang ni skrg ni masih sibuk dgn aktiviti kraf mereka sendiri. Katanya nak buat kraf ikan...nak guna paper plate jugak. Tak nak mereka terus bising, mama bagi je apa yg mereka tu nak. Budak2 ni memang tak tahu penat kan!
mmm...sapa kata tugas surirumah ni mudah...relax. Setiap saat rasa macam duk terkejar2 je masa nak siapkan itu ini. Kalau nak ikutkan tugas mama kat rumah ni memang tak cukup masa nak siapkan semuanya. Walaupun banyak kerja dan kebelakangan ni pulak selalu duk berjaga malam dgn adik Aisyah tapi alhamdulillah...semenjak mama mengambil supplement dari SHAKLEE ni mama rasa badan ni ringan je dan rasa segar time bangun pagi. Lenguh2 badan pun dah kurang... ini bukan cerita rekaan ya! tapi ini adalah apa yg mama sendiri rasa. So, bagi ibu2 atau sapa2 yg sentiasa sibuk dan selalu kepenatan tu... mama syorkan utk anda mencuba vitamin Shaklee ni. Cubalah sendiri utk merasai keberkesanannya. 
Jika berminat bolehlah hubungi mama di email anishaklee@gmail.com ataupun boleh saja sms 019-9637472 dan dapatkan vitamin2 ini hanya pada harga ahli. Utk tahu lebih lanjut ttg vitamin shaklee ni, jemputlah ke kedai online mama anishaklee.blogspot.com

September 29, 2011

Aktiviti Untuk Mengenal Huruf Gg.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni pagi2 lagi mama dah sibuk duk siapkan kerja2 rumah ni sbb lps tu ada macam2 benda lagi yg perlu mama siapkan. Ok, bila dah selesai dgn kerja rumah tu....mama sambung pulak dgn homeschool anak2. Itu belum lagi bab nak sidai kain... nak mandikan baby...nak susukan baby...masak..blablabla...fuhhhh!!! byknya benda nak kena buat. Terkejar2 jugak mama skrg ni nak buat semua tu. Tapi nasib baik adik Aisyah skrg ni tak byk ragam. Kalau siang hari dia nyenyak je tidur (sbb malamnya dia tidur lewat..uhuhu..). Jadi bolehlah mama buat kerja dgn aman sikit :) gangguan yg ada pun drp anak2 yg besar nih je.

Gambar terbaru adik Aisyah ( 60 hari)

Tadi masa mama sibuk duk mengemas rumah, mama cuba sibukkan angah dan kakak dgn aktiviti mewarna mereka. Mama bagi saja kat diorang tu kertas lukisan dan tempera paste serta brush. Lps tu mama suruh mereka lukis apa saja yg mereka nak. Bila buat macam tu senang sikit mama nak buat kerja rumah. kalau tak mulalah kakak tu sibuk duk kacau mama buat kerja...mama!! bila nak start belajar ni... mama!!kakak nak buat ni... dan macam2 lagi lah. Pendek kata, sejak ada adik ni, kakak agak manja sikit ( juga sikit mengada2). tapi yg pasti mama tahu sbbnya. Sebenarnya dia nak mama bagi tumpuan kat dia. Tu yg kena byk sabar sikit skrg ni. Kadang2 tu tension jugak dibuatnya. 
Dan ini pulak aktiviti HS kami pagi tadi. Hari ni mama mulakan dgn aktiviti utk mengenal huruf Gg kpd kakak. dan angah pun ikut sama join sekali. Mula-mula mama kenalkan dulu huruf Gg kat kakak walaupun dia mmg dah kenal pun huruf tu. Kemudian mama bagi suratkhabar lama dan minta diorang cari sebanyak mungkin huruf Gg dlm tu. Seterusnya mama minta diorang gunting huruf2 Gg tu dan tampalkan pada kertas yg telah mama sediakan. 
Sebenarnya mama pilih utk buat aktiviti macam ni sbb mama perhatikan diorang skrg ni cukup suka duk gunting2 dan tampal2 kertas dgn gam ni. Masa mama duk berpantang hari tu, rumah ni selalu je bersepah dgn kertas2 yg diorang gunting nih. Nak buat kraf katanya. Gam satu botol besar yg mama beli baru2 ni pun dah tinggal dekat separuh je lagi. So tips hari ni, ajarlah anak2 sambil buat aktiviti yg anak2 gemari. Barulah pembelajaran tu lebih menyeronokkan dan anak2 mudah menerima apa yg kita nak ajar.   

Sibuk menggunting huruf2 Gg yg mereka jumpa dlm suratkhabar tu.


Kemudian sama2 tampal huruf tu pada kertas. Kali ni diorang sama-sama bahagikan tugas. Angah tampal huruf G dan kakak huruf g. (gambar agak blur sikit sbb guna kamera hp je)

Inilah hasilnya aktiviti angah dan kakak hari ni yg akan mama letakkan dlm Mama HS : Book of ABC

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails