Showing posts with label letter A. Show all posts
Showing posts with label letter A. Show all posts

April 18, 2014

Aktiviti Mengenal huruf Aa & Nombor 1-3.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Sebelum masuk tido mama nak update cerita anak2 la dulu. Malam ni mama update aktiviti kakak dan adik semalam. InsyaAllah besok mama update aktiviti kakak ptg tadi plk. 

Skrg ni mama dah jarang sgt print out worksheet dari internet dan buat sendiri teaching tool utk anak2 belajar. Selalu duk recycle guna teaching tool lama dan beli buku2 kerja. Pagi semalam mama ada masa free...jadi sempat suft internet dan cari bahan2 baru utk anak belajar. Happy sgt kakak bila masuk bilik belajar pagi tu dan tgk mama duk siap2 bahan2 ni. Tambah semangat dia belajar..alhamdulillah.

InsyaAllah bermula minggu ni mama akan start bg aktiviti mengenal huruf dan nombor utk adik macam mama ajarkan angah dan kakak dulu. Dan mama akan bukak file baru utk simpan hasil aktiviti dan kraf adik mcm yg mama dah buat sebelum ni utk kakak dan angah.


Minggu ni adik belajar mengenal huruf Aa. Aa is for Apple.

Apple tree colouring worksheet ni mama download kat sini. Selain utk mengenal huruf Aa, aktiviti ni utk melatih kemahiran adik mewarna (fine motor skill). Alhamdulillah...adik dah agak mahir control tangan dia memegang pensil warna tu...masa adik colour buah epal tu pun nmpk cantik je... 

Lacing activity...bagus utk fine motor skill. Apple lacing card ni mama download kat sini. Print, laminate dan kemudian tebuk. 

Mama buatkan jugak satu lacing card ni utk kakak...baru lah tak berebut...hihi

Kemudian lepas tu adik sambung belajar mengira. Mama ajar 1-3 dulu. Tunjukkan nombor pada kad utk adik kenal...kemudian kira bilangan dot tu. Pastu letakkan clothpin pada kad mengikut bilangan dot tu. Teaching tool ni mama lupa plk download dari mana sbb dah lama buat.

October 3, 2010

Alphabet Book & Alphabet Tree: Letter Aa.

Alhamdulillah, akhirnya adik berjaya mengenal huruf Aa setelah 2 minggu adik belajar dengan pelbagai aktiviti bersama-sama angah. Dan semua aktiviti huruf Aa tersebut telah mama simpan kat dalam clear holder yang mama bagi nama "Mama HS's : Book of ABC's". InsyaAllah, mama akan buat aktiviti-aktiviti macam ni lagi untuk huruf-huruf yang lain (A-Z) dan simpan semuanya kat dalam buku ni. Tujuannya agar semua ini dapat terus dimanfaatkan untuk pembelajaran. Dan juga sebagai kenangan untuk anak-anak bila besar nanti (^_____^).

Mama HS's : Book of ABC's.

Ini pula antara projek anak-anak untuk huruf Aa:


Mama juga telah sediakan poster 'Alphabet Tree' kat dalam homeschool room kami. Jadi setelah siap semua projek & aktiviti untuk huruf Aa, kami letakkan huruf Aa pada pada pokok tersebut. Dan insyaAllah, esok kami akan mulakan aktiviti untuk huruf Bb pula disamping pelajaran yang lain mengikut jadual yang telah mama sediakan.

Ini huruf Aa!!!!!! ... Alhamdulillah (^o^)

October 1, 2010

Belajar Sambil Bermain Playdough.

Sepanjang bulan lepas, anak-anak tetap bermain playdough. Bukan playdough yang mama buatkan tapi yang beli siap kat kedai. Sbnrnya mama telah gantikan aktiviti homemade playdough tu dengan aktiviti membuat biskut raya sebab sbnrnya kedua-dua aktiviti ni pun hampir sama saja.
Dan hari ini, anak-anak kembali semula beraktiviti dengan menggunakan playdough yang mama buatkan. Masih lagi dengan 'letter Aa' dan epal. Jadi mama telah sediakan dua playdough mat untuk anak-anak gunakan iaitu:
  • Letter Aa Playdough Mat.
Mama print di sini dan kemudian laminate.

Angah sedang membentuk huruf Aa menggunakan mat tadi.
  • Apple Tree Playdough Mat.
Mama print di sini dan kemudian laminate selepas angah dan adik warnakan gambar tersebut.

Angah dan adik sama-sama mewarnakan gambar 'Apple Tree' untuk dijadikan playdough mat.

Adik membentuk playdough bulat-bulat untuk diletakkan di atas pokok epal. Selain untuk develop fine motor skill, mama juga dapat ajar adik mengira.

Selepas itu, mama bagi aktiviti bebas kepada anak-anak untuk bermain playdough dengan menyediakan peralatan seperti rolling pin, alphabet cutter, biscuit cutter dan kitchen playtool set. Memang anak-anak seronok sangat bila diberikan peluang bermain macam ni. Dan aktiviti-aktiviti begini memang bagus untuk meningkatkan kemahiran motor halus anak-anak ketika mereka membuat pelbagai bentuk pada playdough tersebut dengan menggunakan tangan mereka.

Angah sedang membentuk huruf menggunakan alphabet cutter.

Adik sedang menggelek playdough menjadi panjang-panjang untuk membentuk huruf Aa. Salah satu cara untuk mengajar adik mengenal huruf Aa.

Belajar menggunakan rolling pin.

Sama-sama beraktiviti di hujung minggu (^O^)

September 28, 2010

Apple Tree Craft.

Apple tree craft.

Aktiviti homeschool hari ini masih lagi dengan huruf Aa. Hari ini adik dan angah sama-sama beraktiviti dengan membuat kraf 'Pokok Epal'. Semasa menyiapkan kraf ini, adik juga dapat belajar mengenal dan membezakan huruf A dan a (capital and small letter).

Bahan-bahan yang digunakan:
  • paper roll.
  • pinggan kertas
  • manila kad warna hijau
  • gunting
  • gam
  • water colour - brown and green
  • gambar epal dengan huruf Aa

Cara membuatnya:
  • Warnakan paper roll dengan warna brown untuk dijadikan batang pokok epal.
  • Kemudian warnakan pula pinggan kertas dengan warna hijau.
  • Sementara menunggu paper roll dan paper plate tadi kering, angah dan adik menggunting gambar epal dan mama pula lukiskan daun pokok epal pada manila kad hijau dan gunting (2 keping untuk 1 pokok).
  • Kemudian tampalkan gambar epal pada 2 keping daun tadi. 1 keping untuk A (capital) dan satu lagi untuk a (small). Melalui aktiviti ini adik dapat mengenal dan membezakan huruf A dan a.
  • Setelah kering, belah hujung paper roll kepada 4 bahagian sepanjang 1 inci. Lipat dan lekatkan pada bahagian tengah paper plate.
  • Akhir sekali lekatkan daun pada paper roll.
Sedang mewarna paper roll.

Rehat kejap, kemudian sambung pula mewarna paper plate.

Rehat lagi (he..he..byk nyer rehat). Kemudian teruskan dengan menggunting gambar epal, meletakkan gam dan menampalkannya pada daun pokok epal.

Inilah dia pokok epal kami ^O^

September 24, 2010

Letter of the Week - Aa is for Apple.

Aa is for Apple.

Ini adalah satu lagi projek adik dan angah untuk 'Alphabet Book : Mama HS's Book of ABC's'. Kali ni untuk a (huruf kecil) pulak.
Mereka berdua sama-sama telah siapkannya pagi semalam.

Bahan-bahan yang digunakan:
  • pinggan kertas
  • pencil warna/marker merah
  • marker hitam
  • gunting
  • gam
  • kertas warna hijau
  • construction paper (lupa lak nak ambik gambar)
Cara-caranya:
  • Buatkan huruf a pada pinggan kertas menggunakan marker hitam.
  • Warnakan huruf tersebut dengan warna merah.
  • Guntingkan huruf a tadi dan juga guntingkan kertas hijau untuk dijadikan daun.
  • Tampalkan pada construction paper.
  • Lukiskan biji-biji epal kat tengah huruf a tadi.
Ini pula antara gambar yang mama rakamkan sepanjang mereka menyiapkan projek ni semalam.

Sedang mewarnakan huruf a pada pinggan kertas.


Angah dan adik masing-masing sedang menggunting huruf a, meletakkan gam dan menampalkan huruf tersebut pada construction paper. Sekarang ni adik dah agak mahir menggunakan gunting. Seperti dlm gambar ni, memang adik sendiri yang guntingkan huruf a dia tu. Cuma bahagian dalam tu, mama lah yang tolong guntingkan.

Dengan bangganya, adik dan angah menayangkan hasil kerja mereka ^O^

September 22, 2010

Letter of the Week - Aa is for Ant.

Semalam dan hari ini, adik belajar mengenal huruf A dengan beberapa aktiviti. Angah juga ikut sama-sama beraktiviti dengan adik selepas siap belajar.

Berikut antara aktiviti adik & angah:
  • Mewarna huruf A (small & capital)
Adik sedang mewarna.

Angah pun ikut sama walaupun sebenarnya aktiviti mewarna ni bukannya favourite dia ^0^
  • Alphabet Book - A is for Ant.

Sekarang ni mama dah rancang untuk satukan semua aktiviti yang akan adik buat untuk mengenal huruf ni dalam satu buku/fail yang akan mama namakan "Mama HS's Book of ABC's".

Angah gunting huruf A yang adik colour tadi dan adik pula tampalkan huruf tadi pada construction paper. Kemudian dengan menggunakan thumb print, angah bentukkan semut pada kertas tadi.

Mama letakkan huruf A tadi pada peti sejuk (antara tempat yang selalu adik tuju). Harap-harapnya bila selalu duk tengok huruf tu, adik akan cepat ingat.
  • Craft Activity - Easy Egg Carton Ant.

Bahan-bahan yang digunakan:
  • egg carton
  • pipe cleaner
  • water colour
Cara-caranya:
  • Potong egg carton 3 bahagian untuk badan dan 1 bhgn untuk kepala.
  • Warnakan dengan water colour.
  • Keringkan.
  • Letakkan pipe cleaner pada bahagian kepala sbg sesungut dan pada bahagian badan sbg kaki. Dan letakkan juga mata pada kepala tadi.
  • Kemudian letakkan bahagian kepala pada hujung badan semut tadi.
Ant Craft.

Sama-sama mewarna egg cartoon.

September 20, 2010

Fine Motor Skill Activity.

Aktiviti homeschool untuk adik hari ini lebih kepada aktiviti untuk mengembangkan kemahiran motor halus (fine motor skill). Sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk tujuan ini.

Dan ini antara aktiviti angah dan adik pada hari ini:
  • Mewarna
Khusyuk sangat mewarna pelangi sampai hilang rupa pelangi tu..he..he..
  • Trace the line from left to right
Persediaan untuk belajar menulis selepas ini.
  • Transfer activity
Menggunakan mangkuk, pudding tray, penyepit, sudu & cotton ball.

Aktiviti yang dapat menguatkan otot tangan ketika menggunakan penyepit & juga bagus untuk ko-ordinasi mata dan tangan ketika memindahkan cotton ball dari mangkuk ke pudding tray - angah pun sedang beraktiviti kat belakang tu ...diorang gilir-gilir guna sudu & penyepit, sampai ada jugaklah adegan rebut2 nih. Biasala...budak2 he..he..

Sedang memindahkan cotton ball menggunakan sudu.
  • Lacing activity
Bermula minggu ini, mama akan cuba ajar adik mengenal abjad dengan memfokuskan pada setiap abjad dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Untuk hari ini, mama kenalkan huruf A (small & capital letter) kepada adik dengan aktiviti 'lacing'. Mama turut libatkan angah walaupun sebelum ini pun angah pernah buat aktiviti macam ni (boleh rujuk di sini).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails