Showing posts with label surirumah. Show all posts
Showing posts with label surirumah. Show all posts

April 24, 2013

Assalamualaikum w.b.t

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali. Tak sedar masa berlalu cukup pantas....hampir 2 bulan lebih mama tinggalkan aktiviti berblog ni. Ramai jugak teman2 bermesej bertanya kabar. Terima kasih byk2 sbb sudi menghubungi mama. Maaf byk2 jugak sbb ada jugak mesej & email yg mama tak sempat balas....huhu...

Sepanjang tempoh mama bercuti blogging ni...macam2 cerita ada. Ada cerita suka dan ada cerita duka. Dalam tempoh ni jugak berlaku insiden yg yg amat2 melukakan hati mama yg membuatkan mama dlm mood sedih yg amat sgt. Alhamdulillah...papa sentiasa bersama2 mama membangkitkan kembali semangat mama dan sentiasa di sisi mama. Tq so much papa. Anak2 juga sumber kekuatan mama. I love u all so much !!!

OK. Tak nak ingat lagi cerita2 sedih tu. Hari ni mama curi2 masa utk update balik story mory yg dah basi nih...hihi. Cerita anak2 utk mama kenang sampai akhir hayat. Tak byk gambar yg mama sempat ambik spjg 2 bulan ni...

ADIK AISYAH:


12 Feb : Adik aisyah yg suka sgt menulis....pantang jumpa pensil, mesti dia nak conteng2. Nasib baik skrg ni dia tak pandai lg conteng dinding...hihi

21 Mac : Adik semakin cekap menggunakan paint brush (^_-)

9 April : masa ni mama sedang sibuk kat dapur...tgk2 adik sibuk duk buat aktiviti sendiri...

cakkk...hihi

KAKAK:
17 Feb : Masa ni kakak belajar tema huruf N. Sedang khusyuk dgn aktiviti 'lacing'

31 Mac : Belajar mengira & mengenal nombor.

Seterusnya letakkan cloth pin pada jawapan yg betul. Aktiviti utk mengira, mengenal nombor & fine motor skill.

6 Mac : Kakak genap umur 5 tahun. Dah besar dah anak dara mama ni...

Kenalah rajin2 tolong mama buat kerja rumah yer...

ANGAH:
21 Feb : Angah menerima hadiah kecemerlangan akademik utk tahun 1....semoga angah dan semua anak2 mama terus mencapai kecemerlangan dlm hidup dunia & akhirat. aminnn...

Tahniah angah...i'm proud with u (^_^)

AKTIVITI PETANG:

27 Feb : Bermain playdough.

21 Mac : Hand print activity.

9 April : Mewarna bersama2...

OUTDOOR ACTIVITY:
13 Feb : Mandi manda bersama sepupu sepapat di taman air Pantai sri Tujuh.

16 Feb : Bawa anak2 ke library...tgh usaha jadikan aktiviti ni rutin mingguan..insyaAllah.

5 April : Kami sekeluarga ke Kuala Terengganu atas urusan keje mama. 

Jantung hati mama....Papa & anak2.

2 malam kami stay kat Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Semestinya anak2 tak lepaskan peluang dgn aktiviti kegemaran diorg...sampai demam2 kakak sbb byk sgt main air...hihi

My handsome boy...Along. Sapa2 yg tengok along ni akan kata dia ni klon mama...muka & perangai sejibik...hihi. Tak byk cerita dan gambar along dlm blog ni sbb skrg ni along sgt2 sibuk dgn aktiviti di sekolah...skrg ni fokus along pada UPSR. Semoga along berjaya dgn cemerlang...insyaAllah. 

January 27, 2013

My Planner for 2013.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Malam ni mama berpeluang mengupdate blog di malam hari sbb malam ni adik tidur awal sikit. Kalu tak...biasanya pukul 12 lebih barulah dia nak masuk tido. Ada beberapa benda yg mama nak settlekan malam ni sebelum tido...termasuklah nak packing order utk dipos esok. Dan tak lupa jugak mama nak list down kerja2 yg mama nak buat esok dlm notebook a.k.a planner mama. Walaupun mama ni surirumah & hanya duk kat rumah...jgn ingat mama takde kerja tau! Hanya mereka yg bergelar surirumah saje mungkin memahami beban kerja  surirumah kat rumah ni. Tambah2 lagi kalau surirumah itu juga bekerja dari rumah (WAHM).
Sebagai surirumah memang kita selalunya rasa banyak kerja yg nak dibuat dan rasa tak cukup masa je kan? Macamana agaknya teman2 surirumah yg lain mengatur masa di rumah yer? Satu tips yang biasa disyorkan ialah dengan menyediakan jadual mengikut rutin kerja kita. Sebenarnya mama dah biasa jugak buatkan jadual a.k.a to-do-list ni...tapi selalunya on off...huhu. Tambah2 dengan anak2 yg tengah membesar ni...mmg susah jugak kita nak buat ikut apa yg kita nak. Tapi walau macamana pun mama perlu jugak ada jadual untuk manage masa mama kat rumah ni. Samada mama ikut atau tidak apa yg mama listkan tu...itu perkara kedua. Yg penting mama listkan dulu apa yg mama nak buat. Sekurang2nya dengan jadual ni mama akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk bekerja dan insyaAllah kerja2 akan dpt dilaksanakan dengan lebih mudah dan teratur.  
Kalau sebelum ni mama just tuliskan to-do-list ni pada sekeping kertas atau whiteboard...tapi tahun ni mama nak buat lebih sistematik. Setiap benda walaupun sekecil2 rutin yg mama nak buat mama akan cuba tuliskan dlm planner mama. Lain org lain caranya kan? 
Dan sebab mama ada luang masa sikit malam ni...mama rasa cam nak kongsikan apa yg mama buat dgn kawan2 lain. Mungkin dpt jugak digunakan oleh sesiapa yg berminat.


My Household Notebook...my planner (^_-). 

Skrg ni mmg mudah...segala yg kita perlukan ada kat hujung jari je. Tak perlu susah2 nak create form planning. Mama dapatkan semua bahan dlm internet...print dan compilekan semua dlm notebook ni. 

Kat dlm planner mama tu contains:
Dan utk planning aktiviti homeschool, mama letakkan sekali planning form berikut dlm My Household Notebook tu.

Daily to-do-list.

Yang ni mama laminatekan dan letakkan kat fridge. Tiap2 hari mama tuliskan to-do-list mama dgn white board marker pen. Mama download kat sini dan mama editkan mengikut jadual kerja harian mama...utk kerja rumah, utk homeschool dan utk bisness mama. Azam mama tahun ni untuk buat dgn lebih konsisten dan berdisiplin membuat kerja mengikut jadual...insyaAllah.

Mama ada sertakan sekali link kat mana mama dptkan bahan2 tu...kalau ada yg berminat bulih dptkan kat situ. Tapi jgn lupa editkan dulu mana2 yg tak sesuai utk kita as muslim. Kawan2 bulih juga ke website Organized Home ni...mmg best sangat. Banyak sangat info berguna kat situ utk kita jadikan panduan utk mengorganize masa dan kerja kita kat rumah ni.

Selain merancang masa dan kerja dengan teratur, ruang kerja yang teratur jugak penting utk naikkan semangat mama. InsyaAllah...kalau ada luang masa lagi...lain kali mama akan kongsikan cmn mama menyusun ruang kerja dan bilik homeschool mama sekarang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails