Showing posts with label workbox. Show all posts
Showing posts with label workbox. Show all posts

August 29, 2010

Buku-buku Latihan Angah.

Alhamdulillah, dgn izinNya perjalanan homeschool kami dpt diteruskan dgn lancar. Utk mengajar anak2 ni, mama cuba pastikan anak2 dpt belajar sama seperti mereka yg belajar di sekolah (mungkin dpt buat lebih baik lagi). Kadang2 tu pening kepala juga utk mengajar ni. Bimbang kalau2 mama ada tertinggal topik2 yg sepatutnya angah belajar. Maklumlah, mama ni bukannya guru bertauliah. Utk tahu topik2 yg perlu angah belajar, biasanya mama rujuk dlm internet dan juga pada buku2 latihan yg mama beli dan angah akan buat latihan2 dlm buku tu ataupun dlm soalan2 yg mama print dari internet. Setakat ni dah banyak buku2 latihan (utk setiap subjek) yg angah dah siapkan. Ni dah kira advance dah ni (^_-)

Dan ini adalah buku2 latihan yg baru mama beli yg akan angah gunakan bermula minggu ini. Dan mama akan susun buku2 ni dlm workbox (boleh rujuk sini) utk latihan angah setiap hari.


1) Kisah 25 Rasul.
Angah akan gunakan buku ni sebagai bahan bacaan.

2) Maths for Pre-Primary learners.
Insya-Allah, minggu ni mama akan mula ajar angah counting by 5's sbg persediaan utk ajar topik 'Time'.
3) Pandai Bahasa.
Buku aktiviti utk Bahasa Melayu yg menggunakan pendekatan bertema.

4) Mengenal huruf Jawi dan huruf Arab.
Buku utk melatih angah menulis huruf jawi dan Arab.

5) Sains.
Selain dpt belajar sains, mama juga dpt libatkan angah dgn aktiviti mewarna, menggunting dan menampal dgn buku latihan ni.

6) Aktivity Book For Children 2.
Mama print buku ni dlm internet. Dlm buku ni angah dpt praktis english Grammar dan vocab. Juga dpt meningkatkan kemahiran menulis dan membaca bahasa Inggeris.

April 14, 2010

Mama Homeschool Workbox System.


Sekarang ni mama perlu mengatur masa dan jadual mama sebaik mungkin. Sehari 24 jam mama rasakan tak cukup. Dgn anak2 yg sentiasa ada bersama dan perlu diuruskan disamping jadual homeschool kadang2 membuatkan mama rasa nak colapse. Bukan nak mengadu, tapi kadang2 nak makan pun tak sempat...hu..hu..sedihnya. Sampaikan ada yg tegur, kenapa Nie ni kurus sgt skrg ni ( sblm ni pun dah sedia kurus ).

Jadi skrg ni walau macamana pun, mama kena usahakan. Cuba bahagikan masa sebaik mungkin. Masa utk anak2 dan suami. Juga masa utk mama sendiri.

Rutin seharian mama bermula seawal pagi. Setelah along ke sekolah dan papa ke tmpt kerja, mama mulakan tugas mama dgn kemas rumah dan kalau sempat mama bukak blog dan cari bahan utk mengajar. Skrg ni angah dan adik bangun agak lewat, sekitar pukul 8 pagi. Jadi hanya inilah masa utk mama buat kerja mama dgn tenang tanpa sebarang gangguan.

Sbnrnya awal tahun lagi mama dah jumpa cara ni utk mengatur jadual dan menyusun bahan2 utk memastikan aktiviti homeschool berjalan lancar. Cuma minggu ni baru mama cuba praktikkan. Nampaknya, setakat ni cara ni agak berkesan. Selain membuatkan kerja lebih tersusun, ia juga membuatkan angah semakin bersemangat utk belajar. Hinggakan kita pula yg tak sempat utk sediakan bahan dan duduk bersama2nya belajar sebab mama pun perlu siapkan kerja rumah yg lain.

Cara yg mama maksudkan ni adalah workbox system. Sekrg ni mama cuma sediakan workbox utk angah dan along. Insya-Allah, bulan depan mama akan sediakan workbox utk adik pula.

Ada bermacam2 cara utk menggunakan sistem ni dan ini adalah workbox system utk Mama Homeschool.

Number strip.


Workbox angah.


Workfolder along.



Tray utk tugasan yg telah siap.

Utk angah mama sediakan 5 box. Kalau sempat mama akan sediakan bahan utk mengajar esok pada malam sebelumnya. Kalau tak, pagi2 sblm start kelas mama akan siapkan bahan2 dlm setiap drawer mengikut subjek. Jadi bila angah start kelas, angah akan dpt terus lihat apa yg akan dia belajar pada hari tu. Tak perlu lagi dia tanya dgn mama apa pelajaran seterusnya. Biasanya angah tak ikut turutan nombor pada drawer utk belajar. Dia akan pilih dulu mana subjek yg dia lebih suka. Bila angah dah siapkan satu subjek, angah akan ambik nombor yg sama dgn no drawer pd number strip dan lekatkan pada drawer tersebut. Dan tugasan yg tlh siap tu akan diletakkan dlm tray yg tlh mama sediakan kat atas meja. Sebenarnya cara ni mengajar anak utk lebih berdikari tapi memandangkan angah masih lagi memerlukan pengawasan mama, jadi mama sentiasa ada bersama angah semasa proses pembelajaran dijalankan.

Manakala utk along pula mama hanya sediakan workfolder dgn 3 poket saja. Memandangkan along dah bersekolah dan sentiasa ada homework yg diberikan oleh cikgu, jadi mama hanya sediakan 3 latihan setiap hari. Cara utk workfolder along ni sama juga dgn workbox angah. Latihan yg dah siap akan diletakkan dlm tray dan seterusnya lekatkan no dr no strip yg sama dgn no folder yg tlh siap di folder tersebut.

Cara ni juga sebenarnya membantu mama utk lebih konsisten dan Insya-Allah dpt jalankan homeschool dgn lebih baik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails