Showing posts with label hs along. Show all posts
Showing posts with label hs along. Show all posts

November 19, 2012

Along dah selamat berkhatan.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah...hari sabtu 17 November 2012 bersamaan 3 Muharram 1434H along telah pun selamat dikhatankan kat Klinik Keluarga Pengkalan Chepa ni. Sehari sebelum tu (jumaat) mama ada buatkan sedikit kenduri & solat hajat kat rumah ni memohon agar semuanya dipermudahkan & berjalan lancar. 

Dah selamat khatan. Baru balik dari klinik ni. Steady je muka tu...hihi. 

Hari ke2 pantang (^_-)

Lepas bersunat ni biasa kita tengok org gantung dgn tali kain tu kan sbb tak nak bagi kena 'anu' tu. Tapi jiran mama ada  kongsikan cara yg lebih senang utk bg kain tu terangkat...tak perlu gantung2 kain atau lenguh2 tangan duk angkat kain tu. Nak gerak2 pun senang...tak payah duk angkat2 kain tu.

Ni lah cara yg mama gunakan tu. Mama gunakan hanger besi dan buatkan bentuk macam ni. Pastu selitkan kat dlm kain pelikat tu utk kasi kain tu terangkat. Mama pakaikan along tali pinggang Dan selitkan besi ni pada tali pinggang tu supaya x mudah jatuh. Utk ibu2 yg ada anak yg nak bersunat lps ni...bulihlah guna cara ni (^_~)

December 9, 2011

Pencapaian anak-anak sepanjang tahun 2011.

Assalamualaikum w.b.t,

Bertemu lagi. Dah masuk hujung tahun dah. Sekejap je masa nih. Tahun depan angah dah nak masuk darjah satu. Terasa sedih pulak sbb lps ni hanya tinggal kakak saja utk aktiviti homeschool kat rumah ni. opsss.. lupa pulak. bukan kakak saja tapi insyaAllah, tahun depan mama akan teruskan jugak aktiviti homeschool kat rumah ni utk kakak dan jugak adik Aisyah. Lagi awal kita dedahkan anak2 kita dgn pembelajaran ni lagi elok sebenarnya. Jadi mulai skrg mama akan mula persiapkan diri dgn ilmu dan menyediakan bahan2 utk mengajar anak2 tahun depan. Tahun depan kakak 4 tahun dan adik 5 bulan. Moga semuanya berjalan lancar dan insyaAllah mama akan cuba utk terus berkongsi dgn semua kawan2 diluar sana yg sama2 berminat dgn pendidikan anak2 ni.
Agak lama jugak sebenarnya mama tak tuliskan kat sini perkembangan anak2 mama ni. Alhamdulillah, sepanjang tahun ni walaupun perjalanan homeschool kami kadang2 terganggu dgn beberapa perkara, tapi mama tetap pastikan pembelajaran anak2 diteruskan. Dan setiap orang anak mama tak kira along, angah ataupun kakak masing2 ada pencapaian mereka masing2.

ALONG.
Tahun depan along dah nak masuk darjah 5. Lagi 1 tahun along akan menghadapi UPSR. Berdebar??? mmg berdebar. Tapi itu mama dan bukannya along. Kalau tanya along, dia rileks saja sentiasa. Kalau ikutkan prestasi dia tahun ni, mama agak tidak berpuashati. Prestasi dia menurun dlm final exam dia baru2 ni. Mungkin sbb mama sendiri tak dpt bagi tumpuan sepenuhnya kat dia. Jadi utk tahun depan mama azam utk bantu along perbaiki mana2 kelemahan dia. Dalam masa cuti sekolah skrg ni, mama cuba utk memberikan lebih tumpuan pada along. 
Tahun ini juga, pada 6 Jun 2011 (mama akan ingat tarikh ni) along telah khatam membaca Al-Quran. Alhamdulillah.  Syukur dan gembira sgt sbb mama berjaya mengajar sendiri anak mama. Tapi sampai hari ni mama belum lagi tunaikan janji mama kat along utk buatkan pulut kuning utk dia bila dia dah khatam quran tu. InsyaAllah, kalau takde aral, hujung tahun ni sempena harijadi along nanti mama akan buatkan ^o^.

ANGAH.
Alhamdulillah, skrg ni mama tengok angah dah bersedia utk melangkah ke alam persekolahan. Walaupun tak pernah dihantar ke tadika, tapi mama tengok pencapaian angah jauh lebih baik dari budak2 yg pergi tadika. Cuma mama harap angah dapat sesuaikan diri dgn suasana pembelajaran di sekolah tu nanti. Rasa2nya tak de masalah kot sbb skrg ni dia dah betul2 excited nak masuk sekolah nih. Nak sekolah macam along katanya ^o^. 
Dan alhamdulillah, skrg ni angah juga dlm usaha utk menghabiskan bacaan dalam Juzuk Amma. Tinggal 5 surah lagi utk dia habiskan. 

KAKAK.
Tahun ni sbnrnya mama belum betul2 serius lagi dlm mengajar kakak ni. Biasanya dia akan ikut time mama nak mengajar abang2nya. Dan mama juga tak paksa kalau dia tak nak ikut. Sepanjang tahun ni mama perhatikan kakak cukup suka dgn aktiviti mengira, mewarna dan juga menulis. Tapi kalau time mama nak ajar membaca dia agak liat sikit. Sbb tu lah sampai skrg ni dia masih lagi duk belajar Buku 1 Bacalah Anakku. Sbnrnya, dia dah pun lancar buku 1 tu, tapi dia cukup2 suka duk ulang...ulang...dan ulang buku tu. buku lain dia tak nak. mmm... tak kisahlah. lagipun mama tak naklah paksa2 dia. Tapi, tahun depan mama akan lebih serius dgn kakak ni. Moga2 dia mudah ikut apa yg mama akan ajar.

Dan utk sepanjang cuti sekolah ni, mama telah sediakan bahan bacaan dan buku2 utk diorang belajar dan baca.


Ini buku2 latihan utk angah sbg persediaan utk dia melangkah ke darjah 1.

Ini pulak buku2 latihan utk kakak belajar menulis dan mengenal nombor dan huruf juga utk mewarna.

Bahan bacaan utk along dan jugak angah.

October 27, 2011

Aktiviti Homeschool Minggu Ini ~ Angry Bird Theme.

Angry bird oh angry bird! Anak-anak kat rumah sekarang ni tengah gila angry bird. Mama sendiri mula2 tu tak tahu apa benda angry bird nih sampaikan kalau pegi mana2 pun mesti jumpa angry bird. Semuanya bermula bila along duk balik bercerita yg kawan2 kat sekolah semua main angry bird. Lepas tu bila pegi shoping kompleks sana sini duk jumpa dgn angry bird. Dan anak2 skrg ni pun dah ada macam2 angry bird...baju angry bird..pencil case angry bird...wallet angry bird...keychain angry bird...sampai mama pun kadang2 naik menyampah dgn angry bird nih sbb rumah ni pun selalu sgt bersepah time diorang duk buat segala macam kraf angry bird. Sampaikan batu2 kat dlm pasu bunga mama pun dikutip dan diwarnakan utk buat angry bird. Nak marah sgt pun x boleh jugak sbb itu akan menyekat kreativiti anak2. 
Dan minggu lepas time mama duk cari bahan utk aktiviti homeschool ni mama jumpa bahan bertemakan angry bird. Memang suka sgtlah anak2 bila tengok mama print siap2 bahan tu utk diorang belajar. So, sepanjang minggu ni inilah bahan yg mama gunakan utk aktiviti homeschool kami. Kalau ada yg berminat boleh download kat sini. Antara yg anak2 dpt belajar dgn Angry Bird Pack ni ialah:
  • Using number line
  • greater than/less than
  • sorting
  • ordering numbers 1-30
  • colour words
  • sight words
  • matching descriptive sentences
  • rhyming words
  • easy reading


Mama bagi anak2 gunting sendiri bahan2 ni. bagus utk latih skill anak2 menggunting (fine motor skill)

Sedang khusyuk menulis.(trace the colour words)

Dan inilah masa yg ditunggu2 anak2...craft time! Anak2 mama cukup2 minat dgn kraf nih...terutamanya along. Otak dia tu cukup kreatif kalau bab reka cipta nih. Mungkin itulah kelebihan dia sbb kalau nak dibandingkan dgn pencapaian akademik dia tu... along ni xlah tergolong dlm pelajar2 cemerlang. Papa selalu duk ingatkan mama supaya jgn membandingkan anak2 kita dgn orang lain walaupun sesama anak2 kita sendiri sbb masing2 punya kelebihan mereka sendiri. Kita cuma perlu asah bakat anak2 dan bagi guide utk mereka berjaya. 
Ok lah, panjang pulak cerita. So, inilah aktiviti kraf kami minggu ni.  

Angry Birds Paper roll Craft.

Antara bahan2 yg digunakan: paper roll & tempera paste. Kat kertas tu boleh tengok lakaran yg along buat utk siapkan kraf ni.

Ini aktiviti kami ptg smlm. Masing2 sedang sibuk mewarna paper roll. Ambik masa jugak utk siapkan sbb perlu keringkan dulu sblm touch-up muka angry bird tu. Dan bila dah siapkan kraf tu...phewww lega sgt. sbbnya mama dah x tahan nak menjawab soalan anak2...mama!! bila nak buat angry bird nih??? Lagipun  suka sgt bila tengok muka anak2 yg happy je tgk hasil tangan mereka tu ^o^

Adik Aisyah dah nak masuk 3 bulan. Duk berdukung dgn mama sambil tengok along, angah dan kakak sibuk  mewarna. Nanti bila adik besar bolehlah adik join sama :)

April 4, 2011

Bertemu kembali.

Lamanyer tak mengupdate blog. Bukannya takde cerita tapi kebelakangan ni rasa malas je nak berblog. Badan mama skrg ni pun mudah sgt letih. Tiap2 hari lepas beres semua kerja rumah dan aktiviti homeschool ngan anak2 mmg mama lebih suka baring saja...rehatkan badan. 
Minggu ni kandungan mama dah masuk minggu ke21. Sekejap je. Skrg ni dah mula masuk fasa yg agak selesa. Takde lagi rasa mual2. Mood pun ada baik sikit...hehe. Dah agak rajin sikit masak2. Kalau tak sebelum ni kami lebih byk beli kat luar. Harap2 kesihatan mama akan terus baik. Kalau tak kesian papa dan anak2.
Aktiviti anak2 kat rumah ni pun masih seperti biasa. Cuma skrg ni mama byk bagi kebebasan pada mereka utk buat aktiviti slps belajar dgn mama. Mama cuma sediakan bahan2 dan terserah pada diorang nak buat kraf apa pun. Tapi yg tak tahannya slps tu rumah habis bersepah mereka kerjakan. Biasanya mama akan suruh mereka kemas sendiri semua tu. Tapi biasalah kalau budak2 yg kemaskan...kena kita juga yg bantu. Adoi...penatnyaaaa. Orang yg ada anak2 kecik mesti akan faham situasi ni.
Sbnrnya minggu lepas along kena chicken pox. Seminggu dia cuti sekolah. Jadi bila dah ada kat rumah ni, along joinlah sekali aktiviti homeschool dgn angah dan adik. 

Along sedang siapkan latihan English. Sbnrnya along tak bagi mama ambik gambar ni. Dia malu dgn bintik2 chicken pox tu. Takpe lah along...boleh buat kenangan ^0^

Angah dengan latihan Bahasa Melayu. Skrg ni angah banyak buat latihan dlm buku2 latihan yg mama beli.

Ini pula aktiviti2 adik minggu lepas:

Mewarna.

Menulis.

Sedang menyambung titik2 dlm worksheet yg mama download dari internet.

Kemudian gunting.

Ini pula buku2 latihan yg adik gunakan skrg ni. 

Sama2 belajar dlm homeschool room. 

November 21, 2010

Letter of the Week: Dd is for Daisy.

Kembali dgn aktiviti homeschool setelah puas mama 'bercuti'. Lama2 sgt cuti tak boleh jugak...nanti berkarat (^_-). Walupun sekolah dah start cuti, tapi kalau boleh mama nak teruskan jugak aktiviti homeschool dgn anak2...InsyaAllah. Mungkin kami akan lebih kpd aktiviti kraf sbb skrg ni mama sedang cuba kemaskini sylibus dan bahan2 mengajar utk angah tahun depan. InsyaAllah, mama akan teruskan mengajar sendiri angah di rumah tahun depan sebelum angah masuk darjah 1 pada 2012.

Semalam angah dah pun terima langganan majalah Aulad utk bulan Disember. Jadi angah telah gunakannya utk aktiviti hari ni dan dah pun siapkan beberapa latihan kat dlm tu. Utk along pulak, mama bagi along buat latihan penulisan BM. Lepas tu, along & angah ikut sama dgn aktiviti adik untuk mengenal huruf iaitu huruf Dd.
  • Activities for recognition & fine motor skill.
Sedang mewarna templete Dd yg mama print kat sini.

Menggunting dan menampal huruf Dd pada construction paper utk aktiviti seterusnya.
Hasil kreativiti along, angah & adik (ade rupa daisy tak???)

Sbnrnya kami cuba membentuk daisy dgn menggunakan botol air dan penutupnya. Caranya, celupkan bahagian bawah botol ke dlm water colour putih dan penutup botol dlm water colour kuning. Kemudian tekapkan pada kertas utk membentuk daisy. Kalau tengokkan hasilnya tu tak sprt yg mama harapkan. Tapi tak kisahlah. Asalkan anak2 enjoy dgn aktiviti kali ni.



Angah sedang membentuk dinosour's foot print dgn mencelupkan kaki dinosour ke dlm lebihan water colour tadi dan menekapkannya pada kertas. Asalnya mama nak mereka buatkan Dd is for Dragon. Tapi dgn idea angah, jadilah Dd is for Dinosour's Foot Print (^___^)

p/s:
Mama akan teruskan juga niat mama utk homeschoolkan angah tahun depan dgn sokongan penuh dari papa walaupun ramai yg tak berapa setuju dgn keputusan mama ni. Mama akan cuba buktikan yg mama mampu buat dan angah juga akan dpt belajar sama sprt mereka yg belajar kat sekolah. Mungkin lebih baik lagi. InsyaAllah. Doakan mama ya!

August 31, 2010

Lapbook Hari Merdeka.

Selamat menyambut hari merdeka buat semua rakyat Malaysia.
Sempena cuti hari merdeka hari ni, sprt biasa mama ambik peluang beraktiviti bersama ketiga2 anak mama. Kami sama2 menyiapkan satu lagi lapbook iaitu 'Lapbook Hari Merdeka'. Idea utk buat lapbook ni mama dpt dari cikgu eela.


Lapbook Hari Merdeka.

Dgn aktiviti kali ni mama dpt jelaskan pada anak2 apa itu hari kemerdekaan. Dan dgn kandungan lapbook yg telah anak2 siapkan ni, mereka juga dpt belajar :
  • bila negara kita merdeka.
  • mengenal bendera Malaysia & bendera negeri2 di dlm Malaysia.
  • mengenal lambang negara (Jata negara)
  • maksud lambang dan warna pada bendera Malaysia.
  • mengenal perdana menteri Malaysia.
  • Rukun negara.
  • kedudukan negeri2 di dlm Malaysia.

Ini pula gelagat along, angah & adik yg sempat mama rakam semasa menyiapkan lapbook hari ni (^_^).

Sama2 mewarna gambar.

Angah sedang menggunting, menampal dan menulis label.

Along yg khusyuk sekali menyiapkan lapbook ni (^o^)

Dgn aktiviti begini, mama dpt terapkan semangat bekerjasama antara mereka adik-beradik.

Adik sedang menggunting gambar yg tlh diwarnakan. Aktiviti yg bagus utk fine motor skill.

August 27, 2010

Farm Theme : Lamb Craft.

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-17 Ramadan. Cepatnya masa berlalu.
Dan hari ni along cuti. Jadi pagi2 lagi kami dah buat aktiviti kraf. Masih lagi dgn tema 'Farm'. Kali ni kami sama2 buat Lamb Craft.

Lamb Craft.

Materials:
  • Paper plate.
  • Cotton ball.
  • Black construction paper.
  • Glue.
Procedures:
  • Lukiskan bentuk kaki, kepala dan ekor biri2 pada construction paper kemudian gunting.
  • Gamkan cotton ball pada bhgn bawah pinggan kertas.
  • Akhir sekali, lekatkan kaki, kepala dan ekor biri2 tadi.
Along sedang melukis bentuk kaki, kepala dan ekor biri-biri.

Masing2 sibuk menggunting, meletakkan gam dan menyusun cotton ball pada paper plate.

Inilah hasil kraf kami hari ni (^_^)

August 23, 2010

Farm Theme : Flashcards & File Folder Game.

Alhamdulillah, aktiviti homeschool kami masih diteruskan dgn tema 'Farm'.
Selain bahasa melayu dan english, mama juga turut kenalkan nama2 binatang ternakan pada anak2 dalam bahasa arab dan Jepun. Mama ajar dgn menggunakan flashcard yg mama sediakan ni.

Japanese & Arabic farm animals flash card.



Dan ini pula adalah bahan yg mama sediakan utk membuat 'Farm Animal File folder Game'.

Kami dah pun siapkan file folder tu semalam dan hari ni mama nak kongsikan aktiviti kami semasa menyiapkan file folder game ni.

Sedang mewarna gambar 'Farm'.

Angah sedang menggunting dan menampal gambar ke dlm file folder.

Inilah hasilnya 'Farm Animal File folder Game'.
1) Bhgn dlm file folder.
2) Bhgn depan - mama letakkan gambar yg angah warnakan tadi.
3) Kad nama binatang - mama sediakan dlm 4 bahasa iaitu bahasa Melayu, english, Japanese dan Arabic utk dipadankan dgn gambar2 binatang di dlm file folder.

Along sedang cuba padankan nama2 binatang dlm bahasa Arab.

Angah padankan nama2 binatang dlm bahasa Inggeris.

Ini pula aktiviti adik semalam.
Sbb tak nak bagi adik ganggu kerja angah, mama bagi adik gunting dan tampalkan gambar 'farm' yg tlh adik warnakan pd manila kad.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails