Showing posts with label letter of the week. Show all posts
Showing posts with label letter of the week. Show all posts

January 8, 2014

Letter Oo is for Octopus.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ni aktiviti homeschool berjalan lancar. Anak2 tak byk ragam walaupun adik tak berapa sihat hari ni sbb selsema. Utk hari ni mama dah plan nak buat kraf letter Oo dgn anak2. Jd semua bahan utk kraf ni mama dah siap sediakan awal2. Bila dua beradik ni bangun tido terus mama bgtau plan mama hari ni...taktik mama jgk ni sbnrnya...sbb bila dgr je nak buat kraf ni terus je bersemangat anak2 ni sbb diorang mmg suka sgt dgn aktiviti kraf ni. Bila tau je cepat2 kakak dan adik g mandi. Kalu x...biasanya liat sikit dua beradik ni nak  terus g mandi pagi...hihi. Lepas siap mandi dan brekfes, kakak dan adik terus ke homeschool area...dah x sabar dah nak buat...hihi. 

Ni mama kongsikan step2 kakak dan adik utk siapkan kraf 'Letter Oo is for Octopus'.

Mula2 kakak dan adik warnakan dulu templete Letter Oo. Templete ni mama download kat sini.

Lepas tu gunting. 

Kemudian lukiskan tapak tangan utk jdkan sbg tentacle octopus tu. 

Kakak tolong lukiskan tapak tangan adik.

Lepas tu gunting tapak tangan tu plk. 

ok...dah siap gunting. Adik punya tu mama yg tolong gunting...hihi

Lepas tu tampal pada construction paper. Adik kat sebelah tu dah sibuk duk tayang2 dia punya yg dah siap tu (^o^)

Last sekali tampal letter O yg dah siap gunting awal2 tadi tu. Adik pun duk tunjuk tu kat kakak cmn nak tampal2 ni...hihi


Akhirnya siap jgk Octopus kakak punya...yeayyy...

Aksi Adik:
Mama jugak bg adik menggunakan gunting masa aktiviti tadi. Khusyuk je adik...sampai menitik2 air mulut tu...hihi

Fokussss....

Aktiviti yg bagus utk melatih kemahiran motor halus anak2. Tapi pastikan gunting yg digunakan tu adalah gunting yg sesuai utk anak kecil...jenis yg x tajam dan yg dilindungi plastik.

June 27, 2013

Letter of the Week: Nn is for Nest

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Lamanya mama tak update blog ni. Malam ni mama merajinkan diri update aktiviti kakak dan adik tengahari tadi. Sambil taip sambil meriba dan menyusukan si kecik Aisyah ni. Makin besar makin manja pulak dia. Anak bongsu la katakan...hehe...

Ok. Hari ni kakak buat kraf 'Nest' menggunakan paper plate.
Jom layan gambar kat bawah ni utk step2 membuat kraf tu:

Mula-mula mama potong 2 paper plate tu. Mama bg kakak 1 adik 1. Pastu sama2 warnakan paper plate tu dgn warna brown.

Seronok sgt adik tu bila dpt main dgn water colour (^_~)

Kemudian kakak potong kertas warna bentuk bujur utk buat burung.

Kemudian mama bg kakak tebuk kertas....nanti nak guna kertas tu utk buat mata burung.

Bila colour pada paper plate tu dah kering...kakak terus tampal kertas warna yg dia dah gunting bentuk bujur tadi.

Pastu tampalkan paper plate tu pada construction paper. Kakak tampal guna selotap.

Last sekali....kakak tampal mata dan paruh burung. 

Taraaaaa....ni lah dia hasil aktiviti kakak hari ni. Alhamdulillah (^_^) 
Sblm mama simpan hasil kreativiti kakak ni dlm "Mama HS: Book of ABC"...mama lekatkan dulu pd buletin board bilik homeschool kami.

Inilah "Mama HS: Book of ABC" tu. Tempat utk mama simpan hasil aktiviti anak2 utk belajar mengenal huruf. Bulih klik di sini utk lihat aktiviti2 lepas yg mama dah simpan dlm ni.

January 10, 2013

Letter of the week: Mm is for Muffin


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dah pun hari Khamis. Alhamdulillah...aktiviti homeschool minggu ini berjalan lancar. Tiap2 hari mama akan cuba pastikan kakak buat latihan menulis nombor & abjad...dlm buku kerja dan juga dlm worksheet yg mama print. Dan wajib belajar membaca. Sekarang ni mama fokuskan dulu utk mengajar kakak membaca Bahasa Melayu dulu. InsyaAllah nanti bila nampak kakak dah makin lancar membaca BM...mama akan ajar pulak kakak membaca Bahasa Inggeris. Tak nak terus ajar sekarang ni...takut kakak confius pulak.

Ok. Petang ni mama nak kongsikan aktiviti sepanjang minggu ni. Tema utk aktiviti anak2 minggu ni ialah Huruf Mm...Mm is for Muffin.

  • Lacing Activity

Huruf Mm. Mama laminate kan dan tebuk. Bulih gunakan benang atau tali utk aktiviti ni. Mama guna tali kasut je (^_-)

Aktiviti yg bagus utk melatih kemahiran motor halus anak. Juga utk mengenal huruf. Kakak mmg suka aktiviti ni...dia kata macam duk menjahit...hihi

  • Mewarna
Mewarna huruf Mm. Mama download templete ni kat sini. Dan templete ni mama akan gunakan utk aktiviti seterusnya.

  • Alphabet Book - Letter Mm
Mm is for Muffin. Nanti mama akan letakkan dlm "Mama HS: Book of ABC"
Cara2 buat dia tu bulih tgk kat bawah ni...macam nak masak2 pulak...hihi

Mula2 guntung huruf m tadi tu.


Kemudian letak gam dan tampal pada construction paper.

Mama lukiskan bentuk muffin kat atas paper plate dan minta kakak guntingkan ikut bentuk tu.

Lepas tu warnakan dan tampal kat construction paper tadi.

Kakak sedang tebuk kertas. Utk kita org dewasa ni mungkin nampak mudah je menggunakan punch ni. Tapi utk kanak2 ni mmg agak sukar jugak mula2 tu. Tapi bila dah byk kali cuba...alhamdulillah...mudah je kakak buat. Kena guna tenaga lebih  sikit. Aktiviti yg bagus jugak utk motor skill anak2.

Kertas yg kakak tebuk tadi tu kakak gunakan utk hias kat atas muffin. Plan asal nak buat muffin coklat chip. Tapi takde kertas brown la pulak. So kakak bg idea utk buat muffin bluebery dgn menggunakan kertas biru (^_~)

Taraaa....dah pun siap. Ada rupa muffin tak?? 

 Ada lagi aktiviti yg kakak buat dgn tema 'muffin' ni. InsyaAllah, mama akan kongsikan aktiviti tu esok pulak (^_^) 

August 4, 2012

Kanggaroo Paper Bag Puppet Craft.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Hari ni mama bukak balik album gambar anak2...ada beberapa aktiviti anak2 yg belum mama upload kat sini disbbkan komputer ni problem bulan lepas. InsyaAllah...kalu ada luang mama nak story jugak kat sini walaupun cerita2 tu dah basi...hihi..

Ini antara yg kakak belajar bulan lepas. Theme: Letter Kk is for Kite & Kk is for Kanggaroo.


Tengah duk trace letter Kk. Mama download handwriting worksheet ni kat sini.

Pastu buat kraf pulak. Ni mmg aktiviti wajib. Kali ni mama bg kakak buat 'Kanggaroo Paper Bag Puppet Craft'.
Idea ni mama dpt kat sini. Antara material yg diperlukan utk buat kraf ni ialah:
  • paper bag.
  • gam
  • gunting
  • kertas
  • templete kanggaroo (download kat link tadi) 
Utk buat kraf ni kakak perlu gunting dulu templete tu. Kemudian tampal pada paper bag. Boleh refer kat sini utk cara2 membuatnya. Skrg ni kakak dah makin mahir bab gunting menggunting ni. Tapi kena perhatikan jugak time ni...x boleh bagi dia buat sendiri & tolong guntingkan part yg susah tu...tambah2 bila ada si kecik ni yg nak join sekali...hihi. Skrg ni apa saja yg kakak buat...dia pun nak buat jugak...hihi. So, layan je dulu gambar budak kecik 2 org ni (^_-)








Tadaaa....Dah pun siap. Ni lah hasilnya 'Kanggaroo Paper Bag Puppet Craft' (^_^)

April 12, 2012

Letter of the Week: Jj is for Jellyfish.

BISMILLAH...
Assalamualaikum w.b.t

Bersua lagi. Petang ni mama ada kesempatan utk terus update aktiviti kakak utk minggu ni.Alhamdulillah, pembelajaran utk kakak diteruskan..

Kakak sedang menyiapkan latihan dlm workbook. Bersama teman setia kami...si montel Aisyah ^0^

Antara yg kakak dapat belajar minggu ini ialah mengenal Huruf Jj melalui beberapa aktiviti yg mama sediakan.
  • Alphabet book: Jj is for Jellyfish
Jj is for Jellyfish. Dah siap mama akan letakkan dalam "Mama HS: Book of ABC"

Seperti biasa dgn aktiviti mewarna, menggunting dan menampal huruf Jj. Bagus utk fine motor skill & letter recognition. Templete Jj ni mama download kat sini.  

  • Jellyfish Paper Plate Craft.
Cara-cara membuatnya:
Mula2 paper plate tu dipotong 2 utk dijadikan badan jellyfish. Kemudian warnakan dgn tempera paste. Kali ni kakak nak buat jelly fish colour yellow + red. mmm...suka hati kakak lah nak buat warna apa. Asalkan ada rupa jellyfish nanti^_-

 Sementara tunggu paper plate tu kering...kakak gunting pula kertas suratkhabar lama panjang2 utk buat tentacle jellyfish tu.

Kemudian lipat kertas tadi jadi bentuk zigzag. khusyuk sgt kakak tu sampai muncung mulut..hihi..

Kemudian bolehlah lekatkan tentacle tadi pada badan jellyfish tadi.

Taraaaa....inilah dia hasil kreativiti kakak... Jellyfish Paper Plate Craft (^_^)

Mama juga print Letter Jj handwriting practice & colouring page sbg latihan extra utk kakak. Semua ni mama download kat sini.


Mama juga print mini book "What Begin With J" utk dibacakan sama2 ngan kakak. Kalau ada yg berminat, boleh download kat sini.

Nota mama: Hari ni sampai Sabtu ni (3 hari 2 mlm) along takde kat rumah sbb menghadiri Program Pemantapan Akidah, Sahsiah dan Ibadah (PAKSI) anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Perasaan mama masa hantar along tadi bercampur2. Sbbnya seumur hidup along tak pernah walau 1 malam pun dia berpisah dgn mama hatta masa mama bersalinkan adik2 dia ni pun. Malam tu mesti dia akan tidur dgn mama kat hospital. Nak katakan dia anak manja...mmm...mmg agak manja. Kadang2 tu rasa mcm dia yg terlebih manja kalu nak bandingkan dgn adik2nya. Skrg ni mama duk risau jugak ni...boleh ke dia tidur malam ni...huhu...ish..ni mama pulak yg lebih2 nih..hihi. 
Kalu tengokkan pada tentatif program ni mmg bagus sbb ada aktiviti qiyamulail, kuliah agama, explorace dll. So, harap2nya dgn program ni along dpt latih diri utk lebih berdikari & lebih mantap akidah, sahsiah & ibadahnya. Aminnn..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails