Sekejap je masa tu berlalu. Pagi tadi baru mama teringat yg blog Mama Homeschool ni dah cukup 1 tahun minggu lepas ( 14 Feb). Alhamdulillah, daripada niat asal mama bukak blog ni sekadar utk menyimpan kenangan mama bersama anak2, sekarang ni dgn blog ini juga mama dpt menambah ramai kenalan baru yg sama2 berminat dgn pendidikan anak2 ni. Mama rasa cukup berbesar hati dpt berkongsi semua ni dgn semua. Sebagai surirumah mungkin dgn cara ni saja dpt mama bagi sumbangan yg bermanfaat utk semua ibu2 di luar sana.
Okeylah, hari ni mama nak kongsikan aktiviti baru adik utk terus belajar mengira dan mengenal nombor iaitu 'Number Matching Activity'. Sebab tak nak adik jemu belajar menggunakan tool yg sama, kali ni mama sediakan teaching tool yg baru pula.
Okeylah, hari ni mama nak kongsikan aktiviti baru adik utk terus belajar mengira dan mengenal nombor iaitu 'Number Matching Activity'. Sebab tak nak adik jemu belajar menggunakan tool yg sama, kali ni mama sediakan teaching tool yg baru pula.
Teaching tool yg baru - Kad dgn gambar payung dan digunakan bersama dgn clothes pin yg telah dituliskan nombor pada hujungnya. Mama download kad ni di sini.
Adik dengan aktiviti mengira dan mengenal nombor. Sekarang ni adik sedang mengira bilangan payung pada setiap kad dan akan pilih nombor yg betul bagi bilangan payung tersebut.
Seterusnya aktiviti memadankan nombor. Adik perlu memilih nombor pada clothes pin yg sama dgn nombor bilangan payung tadi dan klipkan pin tadi di nombor pada kad tersebut. Selain dpt mengajar mengira dan mengenal nombor, dgn aktiviti ini juga mama dpt melatih fine motor skill dan juga koordinasi mata dan tangan adik iaitu ketika cuba meletakkan klip pada kad tersebut.