Number Grid ~ a great tool to teach math.
Minggu ni mama dah plan utk ajar angah skip counting by 5's. Masa mencari-cari bahan dalam internet ni, mama jumpa satu cara yang menarik untuk ajar anak-anak subjek matematik ni iaitu dengan menggunakan 'Number Grid'.
Macam-macam kita boleh ajar menggunakan number grid ini termasuklah asas matematik dengan mengenal nombor, mengenal susunan nombor, melakukan operasi tambah dan tolak, count on dan count back dan juga untuk skip counting yang mama nak ajar sekarang ni. Skip counting ni penting sebab kemahiran ini akan digunakan seterusnya untuk melakukan operasi darab. Macam-macam skip counting kita boleh buat samada by 2's, by 3's, by 4's, by 5's etc...tapi mama akan fokuskan pada yang paling asas iaitu skip counting by 2's, by 5's & by 10's. Sebelum ni mama dah ajar angah untuk skip counting by 2's (boleh rujuk di sini).
Untuk menggunakan number grid ni, sebagai contoh untuk operasi tambah 4+5=9. Mulakan di nombor 4. Kemudian tambah 5 dgn bergerak ke depan sebanyak 5 langkah sambil mengira 1,2,3,4,5 dan kita akan sampai pada nombor 9. Begitu juga untuk operasi tolak dengan bergerak ke belakang. Dengan number grid ni, anak boleh tengok pergerakan nombor untuk operasi tambah dan tolak tersebut.
Manakala untuk skip counting by 2's. Mama akan bulatkan nombor 2,4,6,8,10 dengan whiteboard marker dan kemudian tunjukkan pada angah dan minta diulang2 nya dan dihafal nombor2 tersebut. Bila angah dah lancar dgn nombor tersebut, mama akan tambahkan nombor tersebut dengan 12, 14, 16, 18 dan begitulah seterusnya untuk ajar skip counting.
salam,
ReplyDeletebaguslah info mama ni. Insya Allah saya akan cuba apply di taska milik MAIWP :). Boleh kan?
Salam Aidilfitri mama
kak mahani..good idea...larra pun teruja gak ni..tak sabar nak ajar danish..senangnyer pakai kaedah ni
ReplyDelete