March 6, 2011

Update perkembangan anak-anak.

Lamanya tak update blog ni. Walaupun badan ni selalu je penat skrg ni, tapi mama cuba gagahkan diri utk anak2. Alhamdulillah aktiviti homeschool tetap diteruskan walaupun tidak serancak dulu. Sekarang ni kandungan mama dah pun masuk minggu ke 17. Sekejap je dah pun masuk trimester ke2. Alhamdulillah mama dah berjaya tempuh minggu2 di trimester pertama. Sbnrnya apa yg mama lalui tu tak la teruk sangat kalau nak bandingkan dgn orang lain. Cuma badan mama ni mudah penat kalau buat kerja rumah banyak sikit.

Ok, sambung cerita homeschool anak2 ni. Hari ni mama nak rekodkan perkembangan anak2 mama sehingga hari ni.

ALONG
Sekarang ni sesi persekolahan along cukup memenatkan. Kesian mama tengok along. Seawal 7 pagi along dah keluar rumah utk ke sekolah. Paling awal along sampai balik kat rumah jam 3.30 ptg hari khamis. Hari Ahad hingga Selasa balik pukul 4 ptg dan hari Rabu along balik pukul 6 ptg sbb ada aktiviti sukan. Jadi tiap2 hari pukul 2.30 ptg mama akan ke sekolah along utk hantarkan nasi ketika waktu rehat kelas fardu ain tu. Nasib baik rumah ni dekat je dgn sekolah. Lepas tu bila dah balik dari sekolah kena siapkan homework yg bertimbun tu pulak. Mmg kesian betul mama tengok along ni. Ni baru darjah 4. Ikutkan hati mmg mama tak setuju betul dgn sistem persekolahan skrg ni. Dahlah sistem pembelajaran lebih berorientasikan peperiksaan. Tapi walaupun tak setuju, nak tak nak mama terpaksa juga ikut sebab tak nak anak ketinggalan berbanding dgn orang lain.
Setiap hari walaupun sibuk dgn sekolah mama akan pastikan along tetap mengaji Al-Quran. Biasanya slps solat Maghrib berjemaah anak2 akan mengaji Al-Quran dgn mama. Alhamdulillah skrg ni along dah pun baca di Juzuk 26 dan skrg ni mama terus tekankan pada hukum tajwid.

ANGAH
Alhamdulillah angah terus menunjukkan minat utk belajar. Walaupun tak ke tadika, pencapaian angah skrg ni cukup membanggakan mama dan papa. Setiap hari mama pastikan angah buat latihan membaca, menulis dan mengira. Berikut perkembangan angah mengikut subjek:

Bahasa Melayu ~ Alhamdulillah, bacaan BM angah semakin lancar. Skrg ni tiap2 hari angah akan buat latihan dlm buku kerja utk latihan pengukuhan bacaan dan juga memperkemaskan lagi tulisan.

English ~ Utk latihan phonics skrg ni angah dah pun masuk ke Advance Level Book 2 Progresive Phonics. Bacaan BI dia dah semakin lancar. Kalau mama bagi story book tu, alhamdulillah, angah dah boleh baca sendiri.

Matematik ~ Setiap hari angah akan diberikan sekurang-kurangnya satu soalan matematik utk dia buat. InsyaAllah, lepas ni angah akan mula belajar topik wang pulak.

Jawi, Bahasa Arab & Iqra' ~ Skrg ni Angah terus belajar membaca dan berlatih menulis huruf2 jawi dgn lebih baik lagi. Utk bacaan Iqra' pula, alhamdulillah skrg ni angah dah nak habis buku 5. Mungkin angah ni ambik masa sikit utk habiskan buku 5 ni sbb mama pastikan angah betul2 lancar dulu barulah angah akan sambung bacaan di mukasurat seterusnya. 

ADIK
Pencapaian adik skrg ni pun cukup baik. Skrg ni mama lebih fokuskan adik pada aktiviti2 yg melibatkan nombor, bentuk dan warna. Manakala latihan bacaan menggunakan buku Bacalah Anakku telah dikurangkan sebabnya mama perhatikan adik kurang berminat bila mama nak ajar dia membaca ni. Skrg ni adik masih lagi di Buku 1. Takpelah. Mama taknak paksa adik...lagipun masih awal lagi. Jadi aktiviti adik setiap hari mmg lebih pada aktiviti mengira dan mengenal nombor. Alhamdulillah, skrg ni adik dah boleh mengira (dlm bahasa melayu & english) dan mengenal nombor 1~10. 
Kemahiran motor halus (fine motor skill) adik juga sekarang ni semakin baik. Kalau diberikan garisan putus2 (pelbagai bentuk) utk disambung ataupun pelbagai bentuk utk digunting, alhamdulillah adik dah boleh buat dgn baik.

Setiap kali beraktiviti dgn anak2 mmg mama suka ambil gambar sbb dgn gambar2 tu mama boleh tengok macamana anak2 mama membesar dan belajar. Juga boleh jadi kenang-kenangan utk anak2 bila mereka besar nanti. Dan tak sah kalau entri mama ni takde gambar. Ini antara gambar adik dan angah ketika belajar  khamis lepas dan semasa tolong2 mama kat dapur.


Adik tekun dengan latihan menyambung titik2 & angah pula dgn aktiviti bebas iaitu melukis dan mewarna.

Sedang tolong mama menyapu minyak pada acuan lompang utk buat apam labu. Masa tu first time buat apam ni. Tak sangka pulak menjadi. Sedap sangat. Tapi gambar apam tu mama tak ambik la pulak sbb rupa dia tu takla cantik sgt..hehe.. 

Yg ni pulak ketika sedang sibuk mengacau adunan utk buat kek kegemaran anak2...kek coklat. eee...comot sgt adik ngan angah ni ^0^

Note: Kalau sebelum ni mama selalu je rasa rendah diri bila dibandingkan dgn orang lain. Dgn memegang status sbg surirumah ni mama rasakan seperti takde benda yg boleh mama banggakan. Tapi hari ni, bila mama tengok pada anak2 yg mama asuh dan didik sendiri, hati mama sedikit terubat. Mama rasa mama dapat buktikan yg mama juga mampu jadi seorang yg berjaya walaupun tidak berkerjaya. Walaupun anak2 mama tidaklah cemerlang seperti anak2 orang lain tapi mama puashati sebab ini adalah hasil usaha mama dengan sokongan kuat dari papa (thanks pa...love U) Harapan mama semoga mama terus diberikan kekuatan olehNya utk mencapai impian mama menjadi seorang ibu yg berjaya menjaga dan mendidik anak2 menjadi seorang yg berjaya akademik serta sahsiah. Soleh juga solehah. Amin.

6 comments:

  1. Assalamu'alaikum Mahani..
    Rasanya kita banyak persamaan. Saya pun adakala rasa rendah diri dgn status surirumah.Tapi bila lihat perkembangan anak2, alhamdulillah saya bersyukur dengan pilihan saya. Tiada apa yang lebih 'fulfilling' dari melihat anak2 terdidik sepertimana yang kita inginkan. Percayalah, teruskan fokus Mahani.Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Mahani untung sebab suami faham. Itu yang paling penting. dan saya yakin, insya Allah, Allah akan bagi kekuatan dan kemudahan atas setiap amanah-Nya yang kita cuba penuhi.

    *Rasa cam kelakar sebab saya pun ada 3 org anak, tgh mengandung 18 minggu. kengkadang nak duduk mengajar anak2 nie kena paksa diri..kalau ikutkan hati, nak je tido seharian.

    ReplyDelete
  2. salam Mahani, dapat sy bygkan kepayahan melayan anak2 sambil membawa perut. dah makin sarat nanti, mesti makin terasa cabarannya, kan? semoga dipermudahkan segalanya.Amin.

    jgn bimbang tntg anak2 Mahani..mrka semua nmpak cerdik. tgk sajalah macamana tekunnya dorang beraktiviti. suka tengok, best!

    ya, sy pun kesian dengan anak2.Along sebaya dengan kak Dina, djh 4 tahun ni..silibusnya mak aiii..dah macam ting 1-2 kita dulu2..kesiannnn :(

    ReplyDelete
  3. wah..k.mahani..saya sangat berbangga dengan akak...akak sangat2 bersemangat...nape pula merendah diri.....kadang2 kami yang bekerjanie kepenatans ehinga balik rumah penat sgt nak duduk mengadap anak2 dan kerja rumah mereka.....kadamg2 teringtkan k.mahani ynag bersemangat...semangat skit...

    ReplyDelete
  4. salam kenal fatema,
    tak sangka byk pulak persamaan kita ni yer. seronok bila dpt teman yg 'sealiran' ni sbb lebih memahami. Nampaknya nanti kita sama2 berpantang bulan puasa la yer ;)

    salam syida,
    alhamdulillah skrg ni kurang sikit penat tu banding dgn minggu2 sblm ni. Cuma skrg ni saya ada masalah tekanan darah rendah. Tu yg cepat letih tu kot...

    salam syafida,
    terima kasih. ee..seganla pulak bila shafida ckp cam tu sbb saya ni sbnrnya ada jugak time2 hilang semangatnya tu. biasalah kan bila dah penat dan dgn macam2 kerja yg perlu kita buat. Tapi bila ingatkan niat asal memilih 'karier' surirumah ni membuatkan saya cuba utk buat yg terbaik utk anak2.

    ReplyDelete
  5. syahdunya baca catatan hati k.Mahani..sangat berharap saya pon ada kekuatan macam tu suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  6. Fawwaznuha,
    sebenarnya kak nie sendiri pun sedang berusaha utk menjadi seorang yg tabah dan lebih berkeyakinan. Semoga kita berjaya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails