December 9, 2011

Pencapaian anak-anak sepanjang tahun 2011.

Assalamualaikum w.b.t,

Bertemu lagi. Dah masuk hujung tahun dah. Sekejap je masa nih. Tahun depan angah dah nak masuk darjah satu. Terasa sedih pulak sbb lps ni hanya tinggal kakak saja utk aktiviti homeschool kat rumah ni. opsss.. lupa pulak. bukan kakak saja tapi insyaAllah, tahun depan mama akan teruskan jugak aktiviti homeschool kat rumah ni utk kakak dan jugak adik Aisyah. Lagi awal kita dedahkan anak2 kita dgn pembelajaran ni lagi elok sebenarnya. Jadi mulai skrg mama akan mula persiapkan diri dgn ilmu dan menyediakan bahan2 utk mengajar anak2 tahun depan. Tahun depan kakak 4 tahun dan adik 5 bulan. Moga semuanya berjalan lancar dan insyaAllah mama akan cuba utk terus berkongsi dgn semua kawan2 diluar sana yg sama2 berminat dgn pendidikan anak2 ni.
Agak lama jugak sebenarnya mama tak tuliskan kat sini perkembangan anak2 mama ni. Alhamdulillah, sepanjang tahun ni walaupun perjalanan homeschool kami kadang2 terganggu dgn beberapa perkara, tapi mama tetap pastikan pembelajaran anak2 diteruskan. Dan setiap orang anak mama tak kira along, angah ataupun kakak masing2 ada pencapaian mereka masing2.

ALONG.
Tahun depan along dah nak masuk darjah 5. Lagi 1 tahun along akan menghadapi UPSR. Berdebar??? mmg berdebar. Tapi itu mama dan bukannya along. Kalau tanya along, dia rileks saja sentiasa. Kalau ikutkan prestasi dia tahun ni, mama agak tidak berpuashati. Prestasi dia menurun dlm final exam dia baru2 ni. Mungkin sbb mama sendiri tak dpt bagi tumpuan sepenuhnya kat dia. Jadi utk tahun depan mama azam utk bantu along perbaiki mana2 kelemahan dia. Dalam masa cuti sekolah skrg ni, mama cuba utk memberikan lebih tumpuan pada along. 
Tahun ini juga, pada 6 Jun 2011 (mama akan ingat tarikh ni) along telah khatam membaca Al-Quran. Alhamdulillah.  Syukur dan gembira sgt sbb mama berjaya mengajar sendiri anak mama. Tapi sampai hari ni mama belum lagi tunaikan janji mama kat along utk buatkan pulut kuning utk dia bila dia dah khatam quran tu. InsyaAllah, kalau takde aral, hujung tahun ni sempena harijadi along nanti mama akan buatkan ^o^.

ANGAH.
Alhamdulillah, skrg ni mama tengok angah dah bersedia utk melangkah ke alam persekolahan. Walaupun tak pernah dihantar ke tadika, tapi mama tengok pencapaian angah jauh lebih baik dari budak2 yg pergi tadika. Cuma mama harap angah dapat sesuaikan diri dgn suasana pembelajaran di sekolah tu nanti. Rasa2nya tak de masalah kot sbb skrg ni dia dah betul2 excited nak masuk sekolah nih. Nak sekolah macam along katanya ^o^. 
Dan alhamdulillah, skrg ni angah juga dlm usaha utk menghabiskan bacaan dalam Juzuk Amma. Tinggal 5 surah lagi utk dia habiskan. 

KAKAK.
Tahun ni sbnrnya mama belum betul2 serius lagi dlm mengajar kakak ni. Biasanya dia akan ikut time mama nak mengajar abang2nya. Dan mama juga tak paksa kalau dia tak nak ikut. Sepanjang tahun ni mama perhatikan kakak cukup suka dgn aktiviti mengira, mewarna dan juga menulis. Tapi kalau time mama nak ajar membaca dia agak liat sikit. Sbb tu lah sampai skrg ni dia masih lagi duk belajar Buku 1 Bacalah Anakku. Sbnrnya, dia dah pun lancar buku 1 tu, tapi dia cukup2 suka duk ulang...ulang...dan ulang buku tu. buku lain dia tak nak. mmm... tak kisahlah. lagipun mama tak naklah paksa2 dia. Tapi, tahun depan mama akan lebih serius dgn kakak ni. Moga2 dia mudah ikut apa yg mama akan ajar.

Dan utk sepanjang cuti sekolah ni, mama telah sediakan bahan bacaan dan buku2 utk diorang belajar dan baca.


Ini buku2 latihan utk angah sbg persediaan utk dia melangkah ke darjah 1.

Ini pulak buku2 latihan utk kakak belajar menulis dan mengenal nombor dan huruf juga utk mewarna.

Bahan bacaan utk along dan jugak angah.

6 comments:

  1. Salam sejahtera buat mamahomeschool.
    Tahniah atas pencapaian hebat anak-anak.Memang benar dalam mendidik anak, biar susah dahulu agar senang di kemudian hari. Selamat maju jaya dari FCUHOMESCHOOLING.

    ReplyDelete
  2. salam hafidzyoungscientist,
    terima kasih atas ucapan. Mungkin hanya mereka2 yg 'sealiran' saja yg benar2 dpt merasai kepuasan yg kita dpt apabila kita dpt melihat hasil dari pengorbanan kita mendidik sendiri anak2. Bukan hanya kecemerlangan akademik semata2 yg dikejar... harapan saya juga agar saya terus diberikan kekuatan olehNya utk saya teruskan usaha saya ini. amin.

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan kak mahani..saya follow akak, saya pon mula buat homeschool sejak jumpa blog akak ni..entry ni ada saya letakkan blog akak..

    http://www.ceritaindahkami.com/2011/12/tot-school-letter-aa.html

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cik puan hady,
    Salam perkenalan dan terima kasih sudi follow blog kak nie ni.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, Saya adalah pelajar dari Universiti Selangor (UNISEL) yang sedang melanjutkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak). Saya sedang menjalankan kaji selidik mengenai "Keberkesanan Homeschooling Terhadap Perkembangan Sosioemosi Kanak-kanak". Oleh itu saya memerlukan kerjasama yang ikhlas dari anda untuk menjawab soal selidik ini. Terima kasih kerana memberi kerjasama dalam penyelidikan saya. Saya amat menghargai jika anda boleh meluangkan beberapa minit untuk menyelesaikan penyelidikan saya. Data yang dikumpul dari kajian ini akan digunakan untuk tujuan akademik dan penyelidikan. Segala maklumat yang diberikan akan disimpan secara sulit.

    Segala kerjasama dan masa yang diberikan amatlah saya hargai. Mohon share link ini kepada homeschooling parents ya. Terima kasih..
    https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfb1C87-X45p2XotgDlOqGB3o78X18UV8BPE0XnhDfcfh9M2A/viewform?usp=sf_link

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails