January 7, 2012

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2012.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni mama nak bercerita cerita yg dah basi..hehe.. kalau org lain tiga empat hari lepas dah sibuk duk bercerita pasal anak2 yg baru masuk sekolah. Tapi mama hari ni baru berkesempatan utk update blog dan nak cerita pasal anak2 kat sekolah di minggu pertama ni. Walaupun angah dah sekolah, tapi aktiviti homeschool kami akan tetap diteruskan dan tahun ni masih dgn 2 'pelajar' juga. Sorang yg lama dan sorang lagi ahli baru...hehe...

Tahun ni adalah tahun pertama angah menjejakkan kaki ke sekolah dan akan melalui alam persekolahan sprt org lain jugak. Dah lama sbnrnya dia duk mengira hari...x sabar utk pegi ke sekolah bersama2 along. Bagi mama pulak, perasaan tu bercampur baur. Gembira ada...sedih pun ada. Apa yg mama rasa ni mungkin sama mcm ibu2 yg lain bila anak mula2 nak masuk sekolah. Tambahan lagi bila ingatkan angah ni yg tak pernah ke tadika sebelum ni. Jadi risau jugak kot2 dia x dpt menyesuaikan diri pulak. Tapi bila tengok pada angah di hari pertama persekolahan tu, rasanya mama dah x perlu risau. Alhamdulillah, dia dpt menyesuaikan diri. Adegan nangis2 tu mmg x der lah. Cool je :)

2 hero mama yg segak ke sekolah :)

Angah ketika mendengar taklimat dari guru semasa hari pertama persekolahan. Boleh nampak x angah yg gantung botol air biru kat leher tu? Mama ingatkan angahlah yg paling kecik tapi rupanya ada lagi yg lebih kecik dari dia..hehe..

Skrg ni tinggal kakak saja utk aktiviti homeschool sblh pagi. Teringat pulak kat angah sbb biasanya kami bertiga. 

Inilah ahli baru utk homeschool kami ni. InsyaAllah, adik Aisyah juga akan join sekali dlm aktiviti homeschool dgn aktvt yg sesuai. Skrg  adik dah pun 5 bulan. Dah pandai memegang benda. (kalu boleh semua benda dia nak masukkan dlm mulut dia tu...hehe)

3 comments:

  1. anak saya pon dah mula sesi persekolahan darjah 1...pagi dan petang, letih sikit la mula2 ..

    ReplyDelete
  2. wahh..mesti excited kan anak mula sekolah..tapi akak dah biasa sebab along..

    jom tukar bloglist kak..saya letak akanyer blog kat maman & papa..

    http://www.ceritaindahkami.com/2012/01/welcome-2012-revamp-blog-jom-exchange.html

    ReplyDelete
  3. Mesti angah happy tu....dapat ramai kawan2 pulak tu. Kesian pulak kat kakak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails