September 20, 2013

Adik Aisyah (^_^)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Salam Jumaat buat semua. Hari ni pagi2 lg terus mengadap komputer. Bukak album gambar anak2...senyum sendiri tgk. Rasa cam tak percaya yg anak2 kini dah besar2. Rasa macam baru je melahirkan diorang ni. Alhamdulillah...syukur semua anak membesar sihat dan 'berjurus' kata org kelantan...hihi

Oh ya...1 ogos lepas genap umur adik 2 thn. Sorry yer dik...mama tak sempat nak buat entry utk birthday adik ni bulan lepas. Masa tu pun bulan puasa, kami sekeluarga just gi makan kat Mc Donald je utk sambut besday adik ni. Gambar makan2 tu pun tak sempat ambik...

Ni gambar adik yg sempat mama ambik pd 1 Ogos lepas. Umur genap 2thn masa ni. Makin comel adik dengan senyum manis dia tu (walaupun gigi depan tu dah rongak...heheh) Yg dia pegang tu mainan kesayangan dia...baby dan weoww...Kat dinding belakang dia tu pulak bulih nmpk hasil contengan kreatif adik. Loni pantang dia pegang pensil/pen/marker...mesti dia nak conteng kat mana2...

Adik yg suka sgt menulis (^__^)

Juga rajin menolong mama kat dapur...

Dan rajin menolong mama membuat kerja rumah...kena bagi dulu dia buat kejap pastu barulah mama boleh buat keje...hihi

Dan dah pandai main ngan gadget nih....handphone papa mmg selalu dpt kat dia. Tu duk ralit tgk upin ipin la tu...

Bila dah masuk umur 2thn ni, mama pun kena lebih fokus mengajar adik ni. Kena rajinkan diri tambah aktiviti2 utk pembelajaran adik. Kena selalu cari idea utk aktiviti2 yg menarik...barulah anak lebih enjoyyyy. Ni mama nak share rujukan mama utk aktiviti homeschool adik. Dah lama mama download dan print out bahan ni kat sini utk rujukan. 

September 19, 2013

Bercuti di Tok Aman Bali Resort.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...minggu lepas along telah pun selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Apa pun keputusan yg along dapat nanti mama redha sbb mama tahu along dah buat yg terbaik. Skrg ni rasa lega sgt...umpama terlepas satu beban di bahu ni. Bukan bermaksud mama dah boleh lepas tangan lepas ni...tapi sekurang2nya bulihlah mama relax sikit lepas ni tanpa memikirkan soal exam ni (anak yg nak exam tapi mama ni yg terlebih stress...hihi)

Utk celebrate along abis exam ni...weekend lepas sempena cuti Malaysia tu...kami sekeluarga ambik peluang pergi bercuti...saje nak release tension. Alahh...bukannya jauh pun. Bercuti dekat2 sini je...kat Tok Aman Bali Resort, pasir Puteh ni je. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari rumah kami.

Sebelum sampai kat resort tu, kami singgah dulu kat Pantai Irama, Bachok...singgah ambik angin pantai. 

Main2 kat tepi pantai. Cuaca hari tu pun redup je...bestttt...

Bilik kami kat Tok Aman Bali Resort tu. Bilik yg luas dan selesa.

Seronok je si kecik ni duk golek2 kat sofa tu.

Ni antara tujuan utama datang resort ni...nak main air. Aktiviti wajib anak2...hihi

Papa yg sporting...rajin melayan anak2 main. Mama tunggu kat atas je...




Nmpk x kakak tu...hihi. Besar jugak kolam kat sini. Memang puashati anak2 main.

Anak2 buah hati mama. Semuanya enjoyyy dgn percutian kali ni. Moga terus dilimpahkan rezeki & diberikan kesihatan yg baik...next time bulihlah kita berkunjung lg ke sini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails