August 29, 2010

Buku-buku Latihan Angah.

Alhamdulillah, dgn izinNya perjalanan homeschool kami dpt diteruskan dgn lancar. Utk mengajar anak2 ni, mama cuba pastikan anak2 dpt belajar sama seperti mereka yg belajar di sekolah (mungkin dpt buat lebih baik lagi). Kadang2 tu pening kepala juga utk mengajar ni. Bimbang kalau2 mama ada tertinggal topik2 yg sepatutnya angah belajar. Maklumlah, mama ni bukannya guru bertauliah. Utk tahu topik2 yg perlu angah belajar, biasanya mama rujuk dlm internet dan juga pada buku2 latihan yg mama beli dan angah akan buat latihan2 dlm buku tu ataupun dlm soalan2 yg mama print dari internet. Setakat ni dah banyak buku2 latihan (utk setiap subjek) yg angah dah siapkan. Ni dah kira advance dah ni (^_-)

Dan ini adalah buku2 latihan yg baru mama beli yg akan angah gunakan bermula minggu ini. Dan mama akan susun buku2 ni dlm workbox (boleh rujuk sini) utk latihan angah setiap hari.


1) Kisah 25 Rasul.
Angah akan gunakan buku ni sebagai bahan bacaan.

2) Maths for Pre-Primary learners.
Insya-Allah, minggu ni mama akan mula ajar angah counting by 5's sbg persediaan utk ajar topik 'Time'.
3) Pandai Bahasa.
Buku aktiviti utk Bahasa Melayu yg menggunakan pendekatan bertema.

4) Mengenal huruf Jawi dan huruf Arab.
Buku utk melatih angah menulis huruf jawi dan Arab.

5) Sains.
Selain dpt belajar sains, mama juga dpt libatkan angah dgn aktiviti mewarna, menggunting dan menampal dgn buku latihan ni.

6) Aktivity Book For Children 2.
Mama print buku ni dlm internet. Dlm buku ni angah dpt praktis english Grammar dan vocab. Juga dpt meningkatkan kemahiran menulis dan membaca bahasa Inggeris.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails