Setiap hari seperti biasa kami akan mulakan kelas dgn bacaan doa semoga Allah menerangkan hati anak2 dan sentiasa mempermudahkan pembelajaran kami.
ANGAH
Phonics for short vowel a. Mama print kat sini. Buku ni mengandungi 44 m/s.
Latihan ni mama download kat starfall.
Math.
Minggu ni angah mula belajar subtraction.
Teaching tool utk belajar subtraction.
Mama download chart ni kat sini tapi mama tak gunakan number card yg disediakan. Chart tu mama masukkan dlm pocket file. Jadi angah boleh tulis atas chart tu dan boleh gunakannya berulang2 kali. Mama akan bagi soalan dan angah akan tulis nombor tersebut. Kemudian angah gunakan klip kertas utk mengira. Mula2 angah akan letakkan klip dlm box hijau dan masukkan klip mengikut nombor yg ditolak ke dlm tong biru. Lps tu klip yg lebih akan dimasukkan ke dlm box kuning dan ini adalah jawapannya. Mama tengok angah mudah faham belajar konsep tolak menggunakan cara ni.
Khusyuk mengira.
Identify and stamp for frog. Print kat sini. Latihan meliputi semua iaitu menggunting, menampal, mengira, membaca dan menulis number words.
Fine motor skill.
Lacing letter F card.
Frog ABC Dot to Dot. Print kat sini.
Cut with scissor. Nak buat frog craft.
Fun & Craft.
Inilah hasilnya frog craft angah.
Lapbook All about Frog. (cover)
Inside the lapbook. Bahan utk lapbook ni mama ambil kat sini.
Iqra'
Alhamdulillah, bacaan angah semakin lancar dan dia tak sabar2 lagi nak masuk buku 3. Tapi mama takkan terburu2 utk habiskan iqra' angah ni sbb selagi mama tak puas hati dgn bacaan angah selagi tu mama akan suruh angah baca walaupun mengambil masa beberapa hari di m/s yg sama. Biar lambat asalkan bacaan tu betul.
ADIK.
Lacing letter F card.
Frog craft adik. Nasib baik ada jugak rupa katak.... :)
Sekarang ni adik masih lagi menggunakan lapbook yg sama utk match colour. Setakat ni adik dah kenal beberapa colour. Cepat saja dia match colour tu sbb hari2 dia dok buat. Bukannya mama yg suruh tapi adik sendiri yg berminat. Nampaknya minggu depan mama kena carikan cara baru supaya adik tak jemu utk terus belajar.
Adik juga selalu berebut nak belajar masa mama ajarkan Al-Quran utk along dan angah tiap kali lepas sembahyang. Jadi mama turut ajarkan adik huruf hijaiyah dgn baris fathah serta bersama2 angah membaca surah Al-Fatihah.
Adik dok nyanyi lagu 'lompat si katak lompat'.
ALONG.
Keputusan exam along baru2 ni boleh tahan. Perlu lebih banyak belajar dan buat latihan. Sekarang ni mama akan bagi latihan dalam buku serta latihan dlm internet.
Utk bacaan Al-Quran, along dah masuk Surah Al-Anfal.
Langganan majalah utk along dan angah.
Melihatkan pada anak2 yg semakin minat membaca, papa tlh melanggan majalah Asuh utk along dan majalah Aulad utk angah. Majalah ni mmg bagus sbb ia lebih Islamik. Aulad pula majalah utk prasekolah. Memang banyak latihan yg angah boleh buat kat sini dan sesuai dijadikan bahan bacaan.