Tema utk minggu ni adalah
Caterpillar ( sambung dgn tema minggu lps)
Setiap hari kelas akan dimulakan dgn bacaan doa.
Skrg ni mama dlm proses mengajar angah ttg hari sbb dia masih dan selalu confuse bila disebut hari ni....esok...kelmarin. Jadi setiap hari mama akan sebutkan today is, yesterday was dan tomorrow will be. Setiap hari kami akan ulang2 dan mama harap cara ni berkesan. Dan biasanya lps tu kami akan sama2 nyanyi 'day song'.
Sunday monday
tuesday wednesday
thursday friday
saturday
ANGAH ReadingSelain drp buku2 baru yg mama beli, angah juga sentiasa mengulang membaca booklets yg mama print kat
sini utk word families yg mama ajar minggu lepas iaitu
at, ap dan an juga utk pelajaran minggu ni. Utk minggu ni, angah belajar word families
am.
Belajar phonics menggunakan flash card.
Bahan bacaan bahasa Melayu.
WritingMinggu ni mama melatih angah utk mengeja dlm bahasa Melayu. Mama minta angah utk mengeja perkataan yg mama sebut dgn menulisnya di atas white board. Setakat ni angah dah boleh mengeja utk perkataan mudah. Utk minggu depan mama sdg mencari idea utk teruskan aktiviti ni dgn cara yg lebih menarik.
Mengeja dan menulis di white board.
Counting (Math)Utk math minggu ni, angah masih lagi teruskan dgn addition. Mama cuba pelbagaikan cara belajar agar lebih menarik dan tidak membosankan.
Antaranya mama menggunakan dadu besar. Angah akan baling dadu tu 2 kali dan tulis nombor yg dia dpt kat white board. Seteruskan campurkan dua nombor tersebut dan dptkan jumlahnya.
Mama juga buat aktiviti tambah ni dgn menggunakan flash card number yg mama tlh buat minggu lepas bersama dgn wood pegs. Angah akan pilih 2 card yg mama terbalikkan dan akan tambahkan 2 nombor tersebut dgn meletakkan wood peg pada kad tersebut mengikut nombor yg tertera pada kad tersebut.
Mengira dgn menggunakan wood pegs.
Mengira dgn menggunakan caterpillar cards yg mama print kat sini.
Science.
Minggu ni angah belajar 'short, shorter, shortest' dan 'long, longer, longest' dgn menggunakan card yg mama print kat sini.
A fun size sorting game.
Fine motor skill.Alphabet minggu ni adalah C.
Colouring alphebat C for caterpillar.
Lacing letter C card.
Selain mewarna, dlm worksheet ni juga angah belajar ttg warna, nombor dan buah.
Gross motor skill
Anak2 mama mmg sentiasa aktif bergerak dan bermain. Minggu ni mama cuba bermain bersama2. mmm...mengah juga bila dah lama tak melompat2 ni. Kami bergilir2 baling dadu dan sama2 melompat mengikut nombor yg kena.
Seronok bermain bersama-sama.
Fun & craft
Kami sama2 menyiapkan lapbook yg kami dah start buat sikit minggu lepas. Sesuai dgn tema, kami buat lapbook caterpillar & butterfly. Antara yg terdpt dlm lapbook ni adalah small and capital letter cards, flash card and spin for life cycle of butterfly, caterpillar poem, shapes, story 'the hungry caterpillar' dan what begin with letter C.
Selain utk angah, mama akan gunakan lapbook ni utk adik.
Sama2 menyiapkan bahan utk lapbook. (semangatnya adik sampai duduk kat atas meja tu...)
Lapbook for letter C.
Menyanyi mmg cukup menghiburkan kanak2. Angah dan adik cukup suka kalau mama selitkan dgn lagu2 semasa belajar. Minggu ni dgn tema caterpillar and butterfly, jadi kami sentiasa nyanyi lagu ni...
Fly fly fly the butterfly
in the meadow it flying high
in the garden it flying low
fly fly fly the butterfly.
Satu lagi lagu dan lagu ni sebenarnya lagu nostalgia mama masa kecik2 dulu. Mama selalu nyanyi lagu ni dgn adik2.
Dari ulat jadi kepompong
duduk tidur dalam kelongsong
cukup masa kepompong pecah
jadi rama-rama yang indah
Rama-rama terbang merata
sangat cantik aneka warna
hisap madu di pohon bunga
tapi sayang hidup tak lama.
Disebabkan kat rumah dah takde tv, jadi sekali sekala mama akan bagi anak2 tgk video kat internet. Sambil2 dok cari bahan, mama jumpa video ni.
Iqra'
Teruskan dgn buku 2 Iqra'. Sehingga hari ni, angah sudah di m/s 16.
ADIK
Motor skill
Lacing letter C card.
Conteng2 kat white board. Boleh melatih tangan utk menulis.
Match colour menggunakan lapbook yg mama buat minggu lepas.
Adik ni rajin jugak belek2 buku cerita.
ALONG
Jika along tidak ada banyak homework, mama akan bagi latihan utk along buat.
Utk bacaan Al-Quran, semalam along sudah masuk ke Surah Al-A'raf.
OUTDOOR ACTIVITY.
Santai2 dgn papa kat coffee house time papa cuti.
saya kagum dgn usaha puan buat anak2 puan....
ReplyDelete(shaidatulwida@hotmail.com)
salam shaidatulwida,
ReplyDeleteterima kasih dan doakan semoga saya dpt teruskan usaha ini :)
vapormax
ReplyDeleteadidas superstar
air jordan
nike off white
jordan shoes
golden goose sneakers
valentino
jordan shoes
curry shoes
kyrie irving shoes
go to my site replica bags buy online like this cheap designer bags replica click resources high quality designer replica
ReplyDelete