May 6, 2011

Our New Homeschool Room.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak mama siapkan kerja mama mengemas bilik belajar kami dan organize semula susun atur semua peralatan dan bahan2 mengajar (teaching tool). Terasa lega sgt sbb dgn suasana baru ni dapat memberikan mood baru kepada mama dan juga anak2 utk meneruskan rutin harian dgn aktiviti homeschool kami. Ada sedikit perubahan dari yg sebelum ni.

Dah lama mama duk idamkan rak macam ni. Akhirnya tercapai juga impian mama. Dengan rak ni mama dapat susun semua bahan2 mengajar dan peralatan2 utk aktiviti kraf anak2 di satu tempat. Sekarang ni semuanya nampak lebih tersusun dan lebih mudah utk anak2 ambik dan simpan balik di tempat asal. Di bahagian atas rak tu, mama susun bekas2 plastik yg mama gunakan utk simpan teaching tools yg telah mama sediakan. Setiap bekas tu mama labelkan mengikut kategori masing2 (boleh tgk sini). Sekarang ni juga mama telah gunakan semula sistem workbox utk homeschool kami. Mama sediakan 2 workbox. Satu utk angah yg berwarna hijau dan utk adik yg berwarna ungu. Jadi pagi2 atau malam sebelumnya mama akan letak siap2 kat dalam box tu bahan2 dan buku2 yg akan mama gunakan utk mengajar anak2 pada hari tersebut. Manakala kotak merah kat atas workbox tu pula adalah tempat mama letakkan semua lapbook dan file folder game yg telah kami sama2 buat sebelum ni.

Ini satu lagi benda baru kat dalam bilik ni iaitu meja belajar utk anak2. Sebelum ni kami duk guna meja lipat jepun tu je. Jadi kalau time nak mengajar tu mama kenalah duduk bersila. Tapi dgn keadaan mama sekarang ni rasa macam dah tak larat sgt nak duduk bangun macam dulu. Tu yg duk bodek2 papa nakkan meja baru tu. Alhamdulillah, rezeki anak2 bulan ni. Dpt jugak mama tumpang sekaki ;). Sekarang ni dptlah kami belajar dgn lebih selesa...meja pun takde lagi duk goyang2 macam dulu. 

Ini pulak meja study along dan juga meja komputer (merangkap meja kerja mama). Dalam rak sebelah kiri tu mama susunkan bahan2 bacaan anak2 manakala di bhgn atas rak sebelah kanan tu pula mama letakkan bahan2 yg telah mama print siap2 utk mengajar lepas ni. 

Buletin board utk mama letakkan hasil aktiviti anak2 dan juga kalendar.

Mama buatkan kalendar yg baru utk gantikan kalendar yg telah kami gunakan sejak tahun lepas (boleh tgk sini). Utk yg baru ni mama buatkan poket utk setiap hari (sunday~saturday) dan mama buatkan 'star' bertanda today, yesterday & tomorrow yg dilaminatekan. Jadi setiap pagi semasa calendar time angah akan letakkan bintang2 tersebut ke dlm poket yg betul dan meletakkan kad nombor utk tarikh hari tersebut. 

Angah dan adik sedang tekun belajar :)

6 comments:

  1. masya Allah bestnya anak2 dapat belajar kat sini ani. tahniah atas ketekunan dan kreativiti ani mengatur bilik beljar ni.

    semoga semuanya berjalan lancar buat ani sekeluarga.amin

    ReplyDelete
  2. thanks sharing this info...menarik la bilik tu..boleh la nanti tiru..hihihi

    ReplyDelete
  3. wahh..best.best..bilik buat perubahan, macam dapat semangat baru, betul tak mahani? syabas!

    ReplyDelete
  4. Seronoknya anak-anak bila dapat bilik belajar sesempurna iadaman mama.
    Dulu masa kecik2 'kawan' teringin dapat bilik macam ni. Tapi tak apalah, sekarang dah ada anak sendiri,'kawan' pun dah sediakan sebaik mungkin untuk anak-anak.
    Demi anak2, kan mama!

    ReplyDelete
  5. terima kasih baiti, ramizah, syida dan abg Ijal. Bila ruang belajar tu menarik dan kemas...kita yg nak mengajar ni pun lebih bersemangat nak mengajar kan! ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails