January 18, 2012

Letter Hh Activity Theme.

Hari ni baru mama sempat nak bercerita tentang aktiviti homeschool kami sepanjang minggu lepas. Almaklumlah, skrg ni sibuk dgn pelbagai kerja. Tapi walau macamana sibuk sekalipun mama, tiap2 hari mama cuba jugak luang masa utk anak2. Tak perlu ambik masa yg lama utk sekali aktiviti bersama anak2 ni. Kadang2 tu mama cuma spend 5-10 minit je...x kisahlah ajar anak menulis ke...melukis ke..mewarna ke...ataupun ambik buku cerita dan sama2 read aloud dgn anak2. Asalkan kita ada masa dgn anak2. 

OK. Berbalik pada cerita homeschool kami. Minggu lepas mama & kakak sama2 beraktiviti bertemakan Huruf Hh. Ada beberapa aktiviti yg kami buat utk kenalkan kakak dgn huruf Hh ni (walaupun mmg dah kenal sblm ni...)
  • Cut & Paste Activity

Mula2 tu potong huruf Hh tu. Templete Hh tu mama download kat sini.

Kemudian kakak tampalkan huruf Hh pada construction paper utk aktiviti seterusnya.

  • Potato Stamp Art.

Hh is for Heart. 
Utk buat art ni mudah je. Mama cuma ambik potato. Potong dua dan buatkan bentuk heart pada potato tu. Kemudian celupkan potato stamp tu dlm tempera paste dan tekapkan pada kertas. Mudah kan?? Anak2 pun seronok :) Dan hasil potato stamp art kakak ni akan mama simpan dlm  " Mama HS's : Book of ABC's "


  • Aktiviti Kraf : Hand Print Sun.

Bahan2 yg digunakan:
Paper plate
Kertas warna kuning
Tempera paste kuning
Gam
Gunting
Pensil


Mula2 lukiskan bentuk tangan. Kakak kena buat sendiri. Kalau masa angah ada dulu biasanya dia yg tolong lukiskan tangan kakak. Rindunyaaa kat angah time buat homeschool ni.

Kemudian gunting bentuk tangan tadi.

Warnakan paper plate dgn warna kuning dan keringkan.

Bila dah kering, bolehlah tampalkan hand print tadi.

Taraaa... inilah hasilnya kraf kakak...Hand Print Sun.
  • Pouring Activity.

Aktiviti yg selalu kakak buat...dia cukup2 suka dgn aktiviti ni. Sbnrnya ia bagus utk fine motor skill anak2.

  •  Mengenal huruf dgn sticker.

Mama jumpa sticker ni kat pasar minggu lps. Kemudian terus terfikir utk ajar kakak mengenal huruf menggunakan sticker ni. Dgn sticker ni, mama kenalkan kakak dgn huruf2 tu dan minta dia susun huruf2 tersebut mengikut urutan dan lekatkan pada sekeping kertas. Simple activity tapi kakak cukup2 suka :)

Inilah aktiviti hujung minggu kami. Lepak2 kat library. Awal2 tahun ni kerja2 papa kat office xlah sibuk sgt. So, hujung minggu dptlah bawak anak2 ke sini. Seronokkk sgt lepak2 kat sini. Relaxxx.

8 comments:

  1. salam...
    menarik aktiviti minggu lepas...

    Alhamdulillah saya pun dah mula homeschool pada anak saya tahun lepas...tahun ni sambung lagi n ambil inspirasi dari aktiviti dari blog ni...

    terima kasih berkongsi...

    ReplyDelete
  2. Salam Pn Mahani...

    suka tgk kakak tu minat betul belajar, dah pandai potong kertas pun,

    ReplyDelete
  3. Tahun ni baru nak buat homeschool anak2. Memandangkan saya kerja aktiviti mula lepas saya balik kerja. Sehari kena wAt satu aktiviti. Minggu.ni ajar huruf A ngan kenal no 1-5. Banyak guna idea dr blog no. Tq

    ReplyDelete
  4. bestnyer... akak memang suka ngat xtvt gini belum sempat nak buat anakpun dah makin besarni.. isyh mesti mulakan ni... sori temperatu beli kat ner yerk...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,
    Terima kasih sudi singgah kat sini.
    Wanieyra,
    alhamdulillah, kakak mmg minat belajar. lebih2 lagi kalau bab buat kraf. dari umur dia setahun lebih lagi dia dah mula belajar guna gunting tu :)

    Zuraida,
    Respect betul dgn awak. walaupun penat bekerja...tapi masih bersemangat mengajar anak2 :)

    Cho Zila,
    better late than never kan?? err..tempera paste tu saya beli kat kedai buku kat sini.

    ReplyDelete
  6. baguslah akak.. saya follow blog akak tau...

    ReplyDelete
  7. SALAM PUAN, BERKENAN LA NGA MEJA DAN KERUSI ANAK TU. KAT MANA PUAN BELI YA? BERPA RM ? TERIMA KASIH

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails