November 4, 2012

HS Today : Counting & Fine motor skill activities with Stickers.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Buntu mencari idea untuk aktiviti bersama anak-anak di rumah? Jom mama kongsikan aktiviti kakak & adik di rumah hari ni. Hari ni mama bagi anak2 belajar menggunakan sticker.

Jumaat lepas mama dah download & print Number Graph Worksheet  no.1-20 utk kakak belajar mengenal nombor & mengira dengan menggunakan sticker. Worksheet ni boleh download kat sini. Utk hari ni, kakak belajar utk no. 1-10 dulu. Sbnrnya kakak dah expert dah no 1-10 ni. Takpe...hari ni belajar yg ni dulu. Nanti esok sambung no. 11-20 pulak.

Kakak akan lekatkan dot sticker dlm petak mengikut nombor yg tertera pada setiap sheet. 

Selain utk belajar mengira, aktiviti menggunakan sticker ini juga sebenarnya amat bagus utk develop fine motor skill anak2. Bagi kita org dewasa ni memang takde masalah utk membuka dan menampal sticker ni. Tapi bagi kanak2...ia bukannya mudah. Lebih-lebih lagi kalau bagi baby macam adik ni.

Mama print jugak satu worksheet ni utk adik sbb memang selalunya dia suka tiru apa yang kakak buat. Mama bagi jugak adik main2 dgn sticker. Mama tolong bukakkan dulu sticker tu dan bagi kat adik utk dia tampalkan pada kertas tu. Mula2 tu memang susah sangat utk dia lekatkan pada kertas tu sbb sticker tu melekat2 pada jari kecik dia tu...hihi. 

Tapi bila dah banyak kali cuba...mudah je adik lekatkan sticker tu. Siap senyum2 lagi tu (^_-)

Haa...ni lah hasil aktiviti adik hari ni (^o^)

6 comments:

  1. thanks for sharing kak ni.nanti cuti sekolah boleh la saya buat dengan aliya.mesti dia seronok main tampal2 :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok budak2 main ni...cubalah..mesti aliya suka ;)

      Delete
  2. beh nyer jadi homeskol... bila lah nak rasa yer... sabar2..
    salam ziarah n join polow kamu juger

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal & tima ksih sudi singgah. mmg best jd homeschooler...insyaAllah akan tiba masa Kuazue nanti ;)

      Delete
  3. saya baru mau mulakan projek homescholing..saya sangat hape dpt mama yg sudi dan ikhlas berkongsi ilmu..saya sngt berterima kasih..boleh tahu dpt worksheet dr mana ya?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails