November 19, 2012

Along dah selamat berkhatan.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah...hari sabtu 17 November 2012 bersamaan 3 Muharram 1434H along telah pun selamat dikhatankan kat Klinik Keluarga Pengkalan Chepa ni. Sehari sebelum tu (jumaat) mama ada buatkan sedikit kenduri & solat hajat kat rumah ni memohon agar semuanya dipermudahkan & berjalan lancar. 

Dah selamat khatan. Baru balik dari klinik ni. Steady je muka tu...hihi. 

Hari ke2 pantang (^_-)

Lepas bersunat ni biasa kita tengok org gantung dgn tali kain tu kan sbb tak nak bagi kena 'anu' tu. Tapi jiran mama ada  kongsikan cara yg lebih senang utk bg kain tu terangkat...tak perlu gantung2 kain atau lenguh2 tangan duk angkat kain tu. Nak gerak2 pun senang...tak payah duk angkat2 kain tu.

Ni lah cara yg mama gunakan tu. Mama gunakan hanger besi dan buatkan bentuk macam ni. Pastu selitkan kat dlm kain pelikat tu utk kasi kain tu terangkat. Mama pakaikan along tali pinggang Dan selitkan besi ni pada tali pinggang tu supaya x mudah jatuh. Utk ibu2 yg ada anak yg nak bersunat lps ni...bulihlah guna cara ni (^_~)

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails