February 8, 2013

Craft Time (^_~)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Salam Jumaat buat semua. Hari ni along dan angah dah start cuti sekolah. Agak pjg jugak cuti sekolah kali ni sbb bersambung dgn cuti tahun baru cina. Sebenarnya ada byk cerita yg mama nak kongsikan tapi ada je halangannya. Sibuk dgn byk hal...tak sempat nak mengadap blog ni. Tambah2 dgn adik yg sgt jelous bila tgk mama duk depan komputer ni. Bila nmpk je mama duk mengadap komputer...dia pun mulalah buat perangai. Utk entry kali ni pun entah cubaan kali ke berapa dah nih. Harap2 kali ni berjaya dipublish. Sapa yg ada anak kecik mungkin bulih faham situasi nih...hihi.

Oh ya, Jumaat lepas mama sekeluarga ke KL atas urusan 'bisness' mama...sambil2 tu bawak anak2 jalan2 KL. Org kata sambil menyelam minum air...hihi. Nanti mama posting lain kali cerita jalan2 tu. Hari ni mama nak upload gambar aktiviti kraf anak2 minggu lepas dan minggu ni.

Ni aktiviti minggu lepas. Semua anak2 pakat duk buat caterpillar menggunakan 'egg carton'. Minggu lepas along ada buat kraf caterpillar ni kat sekolah masa kelas pendidikan seni. Tu yg si adik2nya pun mintak nak buat kraf ni jugak. 


Sama2 mewarna egg carton menggunakan tempera paste.

Adik pun ikut sama mewarna (^_^)

Ni lah hasil kraf anak2...Caterpillar Egg Carton. Dari kiri tu along punya, kemudian kakak, angah dan caterpillar yg pendek sekali tu adik aisyah punya (^_~)

Ni majalah yg papa belikan utk kakak...Sayang Muslim. Memang bagus majalah ni utk bacaan anak2. Kat dlm tu pun ada dia bg free workbook utk anak2 buat. Dan ada juga ruangan 'Jari-jari seni' utk aktiviti kraf. Utk edisi kali ni, dia kongsikan cara utk buat kraf Jam menggunakan pinggan kertas. Kraf yg menarik utk anak2.

Sedang khusyuk mewarna paper plate utk buat kraf jam tu. Kakak dan adik je yg buat sbb along dan angah g sekolah masa ni. 

Sementara menunggu paper plate tu kering...kakak gunting dulu nombor2 yg disediakan dlm majalah tu utk ditampalkan pada jam tu.

Kemudian tampalkan nombor2 yg digunting tadi pada paper plate tu.

Inilah hasil kraf kakak minggu ni...Jam Pinggan Kertas.

6 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails