July 24, 2010

ABC Puzzle Mat : Idea Belajar Sambil Bermain.

Kali ni mama nak berkongsi aktiviti2 angah dan adik yg belajar sambil bermain menggunakan ABC puzzle mat. Menyesal sgt sbb sebelum ni agak lama juga mama sorokkan benda tu semata2 taknak rumah bersepah. Tindakan mama tu sbnrnya sama sprt menyekat kreativiti anak2 utk belajar sbb byk sbnrnya aktiviti yg boleh mereka lakukan dgn benda ni.

Ini adalah antara aktiviti yg tlh kami lakukan bersama2:
  • Alphabet hunt.
  • Padankan letter card (samada capital letter ataupun small letter) dgn letter mat.
Adik sedang padankan huruf.
  • ABC beginning sound hunt.
Sama2 mencari barang mainan dan meletakkannya pada huruf yg betul.
  • Membina perkataan ataupun ayat.
Angah sdg susun huruf utk membentuk tajuk storybook kegemaran dia 'Who Am I'.
  • Reka apa2 bentuk ataupun objek menggunakan mat tersebut mengikut kreativiti masing2.
Biasanya mereka buat rumah, kotak ataupun robot. Anak2 kecil ni mmg kreatif (^-^)
  • Berlumba2 siapkan puzzle.
Biasanya ini aktiviti last tiap kali mereka main....taktik mama supaya diorang kemaskan semula semua tu lps main ;)

Antara idea2 lain yg boleh dilakukan dgn ABC puzzle ni ialah:
  • Melompat dari satu huruf ke satu huruf utk membina perkataan.
  • Melompat dari satu huruf ke satu huruf utk mengeja nama sendiri.
  • Melompat atas huruf kemudian sebut bunyi huruf tersebut.
  • Baling dadu atas mat tersebut. Kemudian sebutkan huruf di mana dadu tu jatuh, bunyi huruf tersebut, ataupun berikan perkataan yg bermula dgn huruf tersebut.
Mungkin ada lagi aktiviti lain yg boleh anak2 lakukan menggunakan alphabet puzzle ni. Harap dpt berkongsi dgn ibu2 yg lain.

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails