July 16, 2010

Pengenalan Belajar Bahasa Jepun.

Bahasa Jepun ni sebenarnya bukan la complicated sangat tapi disebabkan kita tak biasa dengan tulisan serta sebutan dia, jadi ramai menganggap ianya susah.
Pada asasnya tulisan dalam bahasa Jepun ada tiga cabang utama iaitu HIRAGANA , KATAKANA dan KANJI.
HIRAGANA merupakan tulisan utama digunakan bersama-sama dengan KANJI. Sebenarnya KANJI adalah berasal dari tulisan CINA cuma ianya telah dipermudahkan sikit berbanding dengan tulisan yang asal. Seandainya kita banyak menghafal huruf KANJI kadang kala kita boleh mengagak maksud secara umum apabila membaca surat khabar berbahasa Cina.
Manakala KATAKANA pula lebih banyak digunakan untuk perkataan pinjaman dari bahasa luar seperti dari bahasa Inggeris dan sebagainya.
Sebagai permulaan kita akan cuba mengenal cara bacaan serta tulisan HIRAGANA terlebih dahulu diikuti KATAKANA dan akhir sekali KANJI. Huruf KANJI sebenarnya bukanlah menjadi suatu kemestian jika kita hanya ingin belajar bahasa Jepun dari segi asasnya sahaja, malah dengan hanya tahu HIRAGANA serta KATAKANA sudah memadai dan tidak akan 'sesat' sekiranya kita ditakdirkan berada di Jepun. Satu lagi sebutan HIRAGANA dan KATAKANA sebenarnya sama sahaja cuma berbeza dari segi bentuk tulisan sahaja.
Dari segi tatabahasa pun, sebenarnya tak la susah sangat untuk peringkat asas sebab pattern susunan ayatnya pun sangat ringkas.
Perkara yang paling penting semasa belajar bahasa Jepun ialah kena rajin menghafal ( belajar bahasa lain pun sama jugak..he..he..), cuma pattern untuk present tense, past tense semuanya sudah ditetapkan dan tak banyak special seperti bahasa Inggeris atau bahasa Arab.
Okey, itu adalah pesanan dari guru bahasa jepun mama (papa la tu, he..he..). Slps dijelaskan serba sedikit pasal bahasa Jepun ni, jadi minggu ni mama akan mulakan kelas bahasa Jepun mama yg dah beberapa minggu tergendala sbb cikgunya sibuk sgt2 kebelakangan ni.
Utk belajar menulis Jepun ni, mama gunakan bahan2 yg mama dptkan di http://www.mlcjapanese.co.jp/Download.htm. Kalau ada sapa2 yg berminat nak belajar Jepun, boleh dptkan kat sini . Kiranya semuanya dah complete kat sini. Utk permulaan, Insya-Allah minggu ni mama akan mula belajar mengenal dan menulis tulisan Hiragana dulu.

Romaji (tulisan roman), Hiragana & Katakana Chart.

Hiragana worksheet. Mama laminate dulu kemudian letak ring. Mudah utk mama berlatih menulis berulang2 kali dgn menggunakan whiteboard marker.

3 comments:

  1. bestnye belajar bahasa jepun, tq ani sebab sudi berkongsi ilmu camni.. untung anak2 ani dapat ibu serba boleh alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. Salam Baiti,
    Dah lama tak dgr komen dari baiti.
    Apapun, terima kasih baiti. Saya cuba setakat yg termampu utk anak2 dan cuba kongsikan di sini utk manfaat semua. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  3. maaf lame tak jengah. sbnrye ntah nape bukan je susah nak komen kat org tapi kite dh lame tak leh buat posting baru kat blog OHH apatah sejak tukar skin blog. katbrunei ni pon line kekadang tak ok kerap hujan dan ribut petir.

    skrg ni uplod gambo aktiviti anak2 dlm FB je.

    anyway semoga aktiviti anak2 di rumah ani berjalan lancar dan dirahmati Allah sekeluarga..amin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails