July 5, 2010

Life skill activity : Folding a Washcloth.

washcloth-4

Antara kegemaran adik skrg ni adalah menolong mama menjemur kain, angkat kain kat ampaian dan melipat kain. Lagipun mama sendiri mmg suka melibatkan sekali anak2 semasa melakukan kerja2 rumah ni. Ia sbnrnya secara tak langsung dpt mengajar mereka ttg life skill.
Baru2 ni mama ada terbaca satu blog yg mengajar menggunakan Montessori Method. Ada satu aktiviti yg menarik. Ia menunjukkan cara utk mengajar anak2 kecil melipat kain. Memandangkan adik mmg suka tolong mama melipat kain, jadi mama fikir ia cukup sesuai utk dilakukan bersama2 adik.

Materials:
  • Beberapa helai tuala kecil.
  • Bakul.
Procedure:
  • Letakkan kain tersebut ke dlm bakul.
  • Mula2 mama bagitau adik ttg aktiviti yg akan kami lakukan bersama2.
  • Ambil kain dari bakul tersebut dan mama tunjukkan dulu cara yg betul utk melipat.
  • Lepas tu mama minta adik utk melipat kain yg seterusnya.
Belajar melipat kain.
  • Satu tips utk memudahkan mengajar anak2 melipat kain tersebut ialah dgn melukis tanda plus yg besar pada kedua2 belah kain seperti gambar di bawah. Tapi utk adik mama tak perlu tanda sbb adik dah faham bila mama tunjukkan caranya.
FoldingWashcloth-7
  • Aktiviti ni boleh diulang2 mengikut mood anak2.
Dgn aktiviti ni adik dpt belajar dan memperbaiki skill yg ada sambil bermain sbb sebenarnya sblm ni pun adik dah agak pandai melipat kain. Boleh tgk video kat bawah ni. Papa rakam masa adik tengah tolong mama melipat kain minggu lepas.

Tolong mama lipat kain.

2 comments:

  1. Aduh...byknya baju yg adik lipat..Tapi kelihatan seperti kena rakam scr sorok2 je...kenapa ye?

    satu lg skill yg blh dpt dr aktiviti lipat n sidai baju ni ialah mengenal pemilik kain baju..Biasanya, Abdullah akan sebut siapa pemilik baju yg ditunjuk..Tp nmpaknya anak2 sy x berminat utk turut serta melipat baju...

    ada idea utk tarik perhatian mereka utk tolong melipat baju x?

    ReplyDelete
  2. Saje papa dia ambik sorok2 gambar tu. Antara ketiga2 anak saya ni, hanya adik saja yg suka tolong saya lipat kain. Mungkin sbb pempuan kot. Lelaki ni kurang rajin sikit hu...hu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails