Sebenarnya skrg ni mama tengah gila 'meroti'...hehe...Boleh dikatakan dlm minggu ni tiap2 hari mama buat roti. Bukan apa...tiap kali mama buat, roti tu tak nak jadi gebus macam org lain buat. Mmg tak puas hati. Jadi selagi roti yg mama buat tu tak jadi macam yg mama nak, selagi tu lah mama akan cuba buat. Orang kata usaha itu tangga kejayaan kan! Sbnrnya semua orang kat rumah ni memang suka sangat makan roti dan boleh dikatakan bekalan roti tu tak pernah putus. Tapi bila terbaca artikel tentang bahaya roti yg dibeli ni (boleh baca kat sini), mama jadi takut pulak utk makan lebih2 lagi utk bagi makan kat anak2. Jadi mama akan usaha jugak utk pandai buat roti ni sendiri. Lebih terjamin kandungannya.
Sambil duk 'meroti' tu, boleh mama jadikan ia sebagai aktiviti bersama anak2. Ini aktiviti mama semalam. Mama cuba buat 'Bun Kentang'. Resepinya mama dapat kat Jintan Manis.
Along & angah sedang tolong mama menguli mengikut tips yg Ros Jintan Manis tu bagi.
Semangat sangat....siap bagi penumbuk lagi (^o^)
Giliran adik pulak nak menguli ;)
Inilah hasilnya Bun Kentang kami. Dah kena ngap satu sblm sempat snap gambar (^__~)
Sedap roti ni...tapi tak cukup gebus lagi. Tak tahulah kat mana silapnya. Nak kena cuba buat lagi lain kali nih sampai menjadi.
Ini pulak aktiviti adik kebelakangan ni. Suka sgt dia main masak2. Anak perempuan katakan (^_-). Disebabkan takde partner (along & angah mmg tak nak join), kenalah mama temankan dia main masak2 ni.
Sbnrnya bagus jugak main2 macam ni. Boleh adik belajar utk tolong mama masak2 lepas ni (^0^)
mm saya pernh buat roti ni..mmg gebus..nanti akak boleh try masukkan wateroux dlm adunan.gerenti gebu.wateroux tu campuran tepung dan air yg dimasak atas api kecil hingga pekat.cara traditionl kaum chhina menghasilkn roti yg gebu..cuba lah.mesti suke hasilnya.
ReplyDeletewater roux= 50gm tepung gandum + 250 gm air.kacau atas api kecil hingga pekat.tunggu sejuk boleh la dibancuh sekali dlm adunan roti.kira mcm pengganti bread softener/improver
ooo..tima kasih ye izah. nanti nak try buat.
ReplyDeletesalam kak mahani...
ReplyDeletefiza pun lama dah tak ke sini. seronoknya meroti yer..hehe...tgk anak2 akak tu, seronok betul tolong mama dorang. fiza pun nak try la meroti ni.
Assalamaualaikum
ReplyDeleteSalam kenal...
Meski Mama bilang rotinya nggak ngembang, tapi kelihatannya enak....Boleh minta resepnya Ma, thanks.