November 21, 2010

Letter of the Week: Dd is for Daisy.

Kembali dgn aktiviti homeschool setelah puas mama 'bercuti'. Lama2 sgt cuti tak boleh jugak...nanti berkarat (^_-). Walupun sekolah dah start cuti, tapi kalau boleh mama nak teruskan jugak aktiviti homeschool dgn anak2...InsyaAllah. Mungkin kami akan lebih kpd aktiviti kraf sbb skrg ni mama sedang cuba kemaskini sylibus dan bahan2 mengajar utk angah tahun depan. InsyaAllah, mama akan teruskan mengajar sendiri angah di rumah tahun depan sebelum angah masuk darjah 1 pada 2012.

Semalam angah dah pun terima langganan majalah Aulad utk bulan Disember. Jadi angah telah gunakannya utk aktiviti hari ni dan dah pun siapkan beberapa latihan kat dlm tu. Utk along pulak, mama bagi along buat latihan penulisan BM. Lepas tu, along & angah ikut sama dgn aktiviti adik untuk mengenal huruf iaitu huruf Dd.
  • Activities for recognition & fine motor skill.
Sedang mewarna templete Dd yg mama print kat sini.

Menggunting dan menampal huruf Dd pada construction paper utk aktiviti seterusnya.
Hasil kreativiti along, angah & adik (ade rupa daisy tak???)

Sbnrnya kami cuba membentuk daisy dgn menggunakan botol air dan penutupnya. Caranya, celupkan bahagian bawah botol ke dlm water colour putih dan penutup botol dlm water colour kuning. Kemudian tekapkan pada kertas utk membentuk daisy. Kalau tengokkan hasilnya tu tak sprt yg mama harapkan. Tapi tak kisahlah. Asalkan anak2 enjoy dgn aktiviti kali ni.



Angah sedang membentuk dinosour's foot print dgn mencelupkan kaki dinosour ke dlm lebihan water colour tadi dan menekapkannya pada kertas. Asalnya mama nak mereka buatkan Dd is for Dragon. Tapi dgn idea angah, jadilah Dd is for Dinosour's Foot Print (^___^)

p/s:
Mama akan teruskan juga niat mama utk homeschoolkan angah tahun depan dgn sokongan penuh dari papa walaupun ramai yg tak berapa setuju dgn keputusan mama ni. Mama akan cuba buktikan yg mama mampu buat dan angah juga akan dpt belajar sama sprt mereka yg belajar kat sekolah. Mungkin lebih baik lagi. InsyaAllah. Doakan mama ya!

3 comments:

  1. memag blog ni sumber inspirasi..saya dah pun mulakan juga aktiviti mcm ni dengan anak2...alhamdulillah..diorg pun suke.sebelum ni asik blajar guna flash kad aje..sekarang dah tahu sikit2 nak ajar menulis pulak melalui blog ni..mekasih yee

    ReplyDelete
  2. sama2 izah. saya sekadar catatkan apa yg saya buat bersama anak2. nanti bolehlah kita kongsi pengalaman ye!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails