May 9, 2011

Aktiviti HS : Letter Ff is for Fish.

Kebelakangan ni cuaca kat sini agak tak menentu. Kalau siang harinya cuaca cukup panas. Sebelah malamnya pulak hujan. Dgn cuaca macam ni mmg mudah sgt anak2 terkena selsema. Minggu lepas ketiga2 anak mama demam selsema dan batuk. Mula2 tu along, kemudian berjangkit kat angah dan last sekali adik. Tapi nasib baik tak lama. Alhamdulillah, hari ni mama tengok adik pun dah OK sikit cuma batuk je belum hilang lagi. Sebenarnya mama dan papa cukup risau kalau anak2 selsema dan batuk sebab mereka bertiga ni cukup susah nak makan ubat. Kalau ubat demam biasa tu takpe. Tapi kalau diorang tengok ubat yg nak disuapkan tu bukannya ubat oren yg biasa tu (nurofen) jangan harap diorang nak makan. Jadi biasanya selsema mereka tu akan baik dgn sendiri. Dan utk batuk tu pulak mama ada jugak bagi mereka makan madu campur perahan limau nipis. Itupun kena paksa jugak baru nak makan.
Walaupun kesihatan tak berapa baik minggu lepas, tapi angah dan adik tetap teruskan aktiviti homeschool mereka. Mungkin sbb mereka dah biasa macam ni setiap hari. Jadi tiap2 hari ada2 je benda yg mereka nak buat. Kalau mama tak larat, mama bagi je diorang buat sendiri...mama cuma sediakan bahan saja.
Oklah, hari ni mama nak kongsi aktiviti angah dan adik minggu lepas. Sebelum ni adik (angah join sekali) dah pun belajar mengenal huruf Ee. Jadi utk minggu lepas (dan masih diteruskan minggu ni), aktiviti2 adik dan angah adalah utk mengenal huruf Ff pula. Kali ni dengan Tema : Ff is for Fish
Berikut antara aktiviti angah dan adik minggu lepas.  
  • Lacing Activity.
Menggunakan template Ff yg mama download di sini. Print, laminate dan kemudian tebuk. Good for recognition and fine motor skill.
  • Alphabet Book ~ Ff is for Fish.
Ff is for Fish. Hasil kerja anak2 ni akan mama letakkan dlm "Mama HS's : Book of ABC's"

Angah dan adik ketika menyiapkannya. Menggunakan template Ff yg mama download di sini. Dimulakan dgn mewarna kemudian gunting dan tampal pada construction paper. Slps tu angah lukiskan ikan pada kertas tersebut. Akhir sekali mereka sama2 warnakan ikan yg dilukis tadi. Pelbagai kemahiran dapat dikembangkan melalui aktiviti ni.
  • Craft activity ~ Fish Collage
Bahan-bahan yg digunakan :
Paper plate
Kertas warna-warni ( mama recycle lebihan kertas dari aktiviti sblm ni)
Gam
Gunting
Marker hitam.

Mula-mula guntingkan bentuk segi 3 pada paper plate tadi utk membentuk mulut ikan dan gunakan bentuk segi 3 yg digunting tadi sbg ekor dgn menampalkannya pada hujung paper plate. 

Lukiskan bentuk mata ikan pada paper plate menggunakan marker. Slps tu bolehlah ditampalkan kertas warna-warni yg telah diguntingkan kecil2 pada badan ikan tadi mengikut kreativiti masing2.

Inilah hasil Fish Collage Craft angah dan adik. Cantik sangat ^_^
  • Reading Skill.

What Begin With Letter F Mini Book. Mama download di sini utk bacaan angah.

Nota mama : Minggu ni kandungan mama dah pun masuk minggu ke26. Alhamdulillah, sampai ke hari ni mama dikurniakanNya dgn kesihatan yg baik. Sekarang ni pun baby kat dlm perut ni aktif bergerak. Lebih2 lagi kalau time lps mama makan. Baru kejap tadi (lps makan malam) mama bagi along, angah dan adik rasa pergerakan baby kat dalam ni. Seronok sgt diorang dpt main2 dgn baby. Mereka dpt rasakan seolah2 baby tu duk cuit2...tendang2 tangan diorang. Mama pun cukup seronok bila dapat berkongsi semua ni dgn anak2 ^0^. 

5 comments:

  1. suka kraf ala2 kolaj ikan tu...simple & easy. nanti sy nak cuba :)

    ReplyDelete
  2. salam kak mahani,
    lama betul fiza tak ke mari. sejak anak sekolah ni, waktu utk BW amat terbatas. rupa2nya kak mahani tgh pregnant ye? fiza baru tahu pasal ni. tahniah ye kak... semoga akak terus sihat ye....

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan dari saya kak,
    dah minggu nih ? harap2nya sihat sentaisa..saya pun stay at home mom.. dan tgh struggle nak buat activity utk anak2.. nak tanya macam mana akak buat schedule utk aktivity anak2 ni ye ? maksudnya syllabus utk mereka dan activity skali.. nak dapat dari mana ye..

    ReplyDelete
  4. syida,
    cuba...jgn tak cuba ;)

    Fiza,
    Tima kasih. Kak nie faham sbb kak nie pun macam fiza jugak. 24 jam sehari tu rasa macam tak cukup utk siapkan semua kerja rumah ni.

    pensil magik,
    salam kenal. alhamdulillah, skrg ni dah masuk minggu ke28. Badan pun dah makin tak larat nak buat sumua kerja rumah ni. Utk mengajar anak2 kat rumah ni saya banyak rujuk pada homeschooler2 lain terutamanya dari oversea. Dan syllabusnya pulak saya banyak merujuk pada buku dan membeli buku2 latihan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails