September 29, 2011

Aktiviti Untuk Mengenal Huruf Gg.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni pagi2 lagi mama dah sibuk duk siapkan kerja2 rumah ni sbb lps tu ada macam2 benda lagi yg perlu mama siapkan. Ok, bila dah selesai dgn kerja rumah tu....mama sambung pulak dgn homeschool anak2. Itu belum lagi bab nak sidai kain... nak mandikan baby...nak susukan baby...masak..blablabla...fuhhhh!!! byknya benda nak kena buat. Terkejar2 jugak mama skrg ni nak buat semua tu. Tapi nasib baik adik Aisyah skrg ni tak byk ragam. Kalau siang hari dia nyenyak je tidur (sbb malamnya dia tidur lewat..uhuhu..). Jadi bolehlah mama buat kerja dgn aman sikit :) gangguan yg ada pun drp anak2 yg besar nih je.

Gambar terbaru adik Aisyah ( 60 hari)

Tadi masa mama sibuk duk mengemas rumah, mama cuba sibukkan angah dan kakak dgn aktiviti mewarna mereka. Mama bagi saja kat diorang tu kertas lukisan dan tempera paste serta brush. Lps tu mama suruh mereka lukis apa saja yg mereka nak. Bila buat macam tu senang sikit mama nak buat kerja rumah. kalau tak mulalah kakak tu sibuk duk kacau mama buat kerja...mama!! bila nak start belajar ni... mama!!kakak nak buat ni... dan macam2 lagi lah. Pendek kata, sejak ada adik ni, kakak agak manja sikit ( juga sikit mengada2). tapi yg pasti mama tahu sbbnya. Sebenarnya dia nak mama bagi tumpuan kat dia. Tu yg kena byk sabar sikit skrg ni. Kadang2 tu tension jugak dibuatnya. 
Dan ini pulak aktiviti HS kami pagi tadi. Hari ni mama mulakan dgn aktiviti utk mengenal huruf Gg kpd kakak. dan angah pun ikut sama join sekali. Mula-mula mama kenalkan dulu huruf Gg kat kakak walaupun dia mmg dah kenal pun huruf tu. Kemudian mama bagi suratkhabar lama dan minta diorang cari sebanyak mungkin huruf Gg dlm tu. Seterusnya mama minta diorang gunting huruf2 Gg tu dan tampalkan pada kertas yg telah mama sediakan. 
Sebenarnya mama pilih utk buat aktiviti macam ni sbb mama perhatikan diorang skrg ni cukup suka duk gunting2 dan tampal2 kertas dgn gam ni. Masa mama duk berpantang hari tu, rumah ni selalu je bersepah dgn kertas2 yg diorang gunting nih. Nak buat kraf katanya. Gam satu botol besar yg mama beli baru2 ni pun dah tinggal dekat separuh je lagi. So tips hari ni, ajarlah anak2 sambil buat aktiviti yg anak2 gemari. Barulah pembelajaran tu lebih menyeronokkan dan anak2 mudah menerima apa yg kita nak ajar.   

Sibuk menggunting huruf2 Gg yg mereka jumpa dlm suratkhabar tu.


Kemudian sama2 tampal huruf tu pada kertas. Kali ni diorang sama-sama bahagikan tugas. Angah tampal huruf G dan kakak huruf g. (gambar agak blur sikit sbb guna kamera hp je)

Inilah hasilnya aktiviti angah dan kakak hari ni yg akan mama letakkan dlm Mama HS : Book of ABC

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails