October 27, 2011

Aktiviti Homeschool Minggu Ini ~ Angry Bird Theme.

Angry bird oh angry bird! Anak-anak kat rumah sekarang ni tengah gila angry bird. Mama sendiri mula2 tu tak tahu apa benda angry bird nih sampaikan kalau pegi mana2 pun mesti jumpa angry bird. Semuanya bermula bila along duk balik bercerita yg kawan2 kat sekolah semua main angry bird. Lepas tu bila pegi shoping kompleks sana sini duk jumpa dgn angry bird. Dan anak2 skrg ni pun dah ada macam2 angry bird...baju angry bird..pencil case angry bird...wallet angry bird...keychain angry bird...sampai mama pun kadang2 naik menyampah dgn angry bird nih sbb rumah ni pun selalu sgt bersepah time diorang duk buat segala macam kraf angry bird. Sampaikan batu2 kat dlm pasu bunga mama pun dikutip dan diwarnakan utk buat angry bird. Nak marah sgt pun x boleh jugak sbb itu akan menyekat kreativiti anak2. 
Dan minggu lepas time mama duk cari bahan utk aktiviti homeschool ni mama jumpa bahan bertemakan angry bird. Memang suka sgtlah anak2 bila tengok mama print siap2 bahan tu utk diorang belajar. So, sepanjang minggu ni inilah bahan yg mama gunakan utk aktiviti homeschool kami. Kalau ada yg berminat boleh download kat sini. Antara yg anak2 dpt belajar dgn Angry Bird Pack ni ialah:
  • Using number line
  • greater than/less than
  • sorting
  • ordering numbers 1-30
  • colour words
  • sight words
  • matching descriptive sentences
  • rhyming words
  • easy reading


Mama bagi anak2 gunting sendiri bahan2 ni. bagus utk latih skill anak2 menggunting (fine motor skill)

Sedang khusyuk menulis.(trace the colour words)

Dan inilah masa yg ditunggu2 anak2...craft time! Anak2 mama cukup2 minat dgn kraf nih...terutamanya along. Otak dia tu cukup kreatif kalau bab reka cipta nih. Mungkin itulah kelebihan dia sbb kalau nak dibandingkan dgn pencapaian akademik dia tu... along ni xlah tergolong dlm pelajar2 cemerlang. Papa selalu duk ingatkan mama supaya jgn membandingkan anak2 kita dgn orang lain walaupun sesama anak2 kita sendiri sbb masing2 punya kelebihan mereka sendiri. Kita cuma perlu asah bakat anak2 dan bagi guide utk mereka berjaya. 
Ok lah, panjang pulak cerita. So, inilah aktiviti kraf kami minggu ni.  

Angry Birds Paper roll Craft.

Antara bahan2 yg digunakan: paper roll & tempera paste. Kat kertas tu boleh tengok lakaran yg along buat utk siapkan kraf ni.

Ini aktiviti kami ptg smlm. Masing2 sedang sibuk mewarna paper roll. Ambik masa jugak utk siapkan sbb perlu keringkan dulu sblm touch-up muka angry bird tu. Dan bila dah siapkan kraf tu...phewww lega sgt. sbbnya mama dah x tahan nak menjawab soalan anak2...mama!! bila nak buat angry bird nih??? Lagipun  suka sgt bila tengok muka anak2 yg happy je tgk hasil tangan mereka tu ^o^

Adik Aisyah dah nak masuk 3 bulan. Duk berdukung dgn mama sambil tengok along, angah dan kakak sibuk  mewarna. Nanti bila adik besar bolehlah adik join sama :)

9 comments:

  1. salam,
    awak bagi ank awk guna gunting start umur berapa yer? Sbb ank sy minta sgt nak gunting2 ni

    ReplyDelete
  2. wahh angry bird! suka..suka..sbb anak2 sangat tertarik dgn angry bird ni...thnx 4 sharing mahani

    bam-bam nya adik aisyah! :)

    ReplyDelete
  3. sama2 syida, mmg semua tgh demam angry bird agaknya skrg ni ya?
    tu la..aisyah tengah duk bina badan skrg ni. lenguh pinggang bila dukung dia ni ;)

    ReplyDelete
  4. salam nurul,
    Anak saya masa umur 2 tahun saya dah bagi guna gunting. tapi kena tengok2kan la masa dia guna tu. lagi satu kalau boleh carikan gunting yg sesuai utk kanak2.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum mahani..

    salam kenal. Saya sgt tertarik dgn home school mahani utk anak2. I knew not everybody could do. personally, i m proud of you.

    Saya juga buat home school utk 2 anak untuk core subject silibus pendidikan msia supaya bila dah balik msia nanti dorang takde ketinggalan dgn sistem sekolah kat malaysia. Tapi rasanya saya tak mampu buat mcm yg Mahani buat.

    Mungkin saya tak cukup sabar or may be too focus on academic with less focus on activity lain yg boleh menggalakkan perkembangan minda & kreativity anak.

    Nice bumped to this blog. Pastinya byk yg dapat saya belajar dari mahani :-)

    ReplyDelete
  6. w'salam lady lavender,
    salam kenal juga dari saya. alhamdulillah, bertambah lagi kenalan dlm dunia homeschool ni. seronok sgt. awak duk kat mana skrg ni? nanti bolehlah kita berkongsi idea dan pengalaman ya :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails