January 1, 2013

Selamat tahun baru 2013 (^_^)


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kembali di hari tahun baru 2013. Selamat tahun baru mama ucapkan utk semua.
Hari ni pagi2 lagi mama bukak blog...nak cuci segala macam sawang...habuk2 kat sini...maklumlah...lama sgt bercuti...heheh...dekat sebulan lebih mama cuti berblog. InsyaAllah, tahun baru ni mama akan kembali aktif berblog dan akan cuba catatkan aktiviti2 anak2 & juga aktiviti2 mama kat rumah ni di sini. 


Ni gambar along & angah tadi...dah ready ke sekolah utk sesi baru persekolahan 2013. Tahun ni along masuk darjah 6 & angah darjah 2. Alhamdulillah...dah besar anak2 mama. Semalam 31 Disember 2012 genap umur along 11 thn dan hari ni dah masuk darjah 6...hihi...untung lahir hujung tahun ni ;)

Tahun ni jugak along akan menduduki peperiksaan UPSR. Mama doakan semoga dipermudahkan segala urusan pembelajaran anak2 dan beroleh kejayaan yg cemerlang dunia dan akhirat.

Ok. Sekarang masa utk mama siapkan kerja2 rumah dulu sebelum kakak & adik bangun. Lepas tu masa utk sesi baru 'Mama Homeschool' pulak. Semoga segala urusan kerja mama hari ini berjalan lancar. Aminnnn....

Jumpa lagi (^_-)


2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails