July 19, 2010

Aktiviti Homeschool : Tema Makanan.

Alhamdulillah, hari ni angah selesai belajar topik 'Food & Nutrition'. Sbnrnya minggu lps lagi angah dah start belajar topik ni. Ambik masa sikit utk siapkan. Saja mama buat slow2. Aktiviti ni mama buat lps angah siap belajar utk subjek2 lain yg mama dah susun dlm workbox setiap hari.
Kalau sblm ni angah hanya dgr along duk sebut pasal makanan utk grow, utk energy & utk healthy. Insya-Allah, lps ni angah akan tahu apa semua tu dan apa jenis makanan yg dia makan setiap hari. Sepanjang minggu lps sampai hari ni, byk benda yg angah dpt belajar dan mama sendiri pun dpt ilmu baru masa duk tgh search bahan2 utk ajar anak2 topik ni.

Objektif mama ajar topik ni adalah supaya anak2 tahu ttg pengkelasan makanan dan kepentingan pengambilan makanan yg berkhasiat utk kesihatan.

Berikut antara aktiviti kami utk topik 'food & nutrition' ni:

1) Being Healthy.
Mula2 mama terangkan dulu ttg jenis2 makanan yg perlu kita ambil utk jadi sihat. Kemudian mama minta angah sebutkan makanan yg selalu dia ambik. Lps tu tersengih2 la dia bila dia tahu yg selama ni dia byk duk ambik makanan yg tak berkhasiat.
Supaya penerangan lebih menarik, mama juga tlh gunakan foods slide yg mama download kat sini . Thanks a lot cikgu eela.

2) Healthy Food Collage.
Sblm start belajar topik ni, mama tlh pergi beberapa pasaraya semata2 nak ambil katalog sbb mama nak gunakan gambar2 makanan dlm tu. Aktiviti kami kali ni mmg byk melibatkan aktiviti menggunting dan menampal.

Healthy food collages.

Kami sama2 menggunting dan menampalkan gambar2 makanan tersebut pada kertas yg mama sediakan dan labelkan mengikut fungsi makanan tersebut.
  1. Makanan yang memberikan kita tenaga (karbohidrat)
  2. Makanan yang menolong kita membesar dan memulihkan badan (protein)
  3. Makanan yang menolong badan kita berfungsi dgn baik (vitamin)
  4. Makanan yang menjadikan tulang dan gigi kita kuat.
3) Membezakan antara buah & sayur.

Fruits & Vegetables Collages.
(sbnrnya mama minta angah tuliskan nama bagi setiap jenis makanan tu tapi mood rajin dia tu kureng sikit masa tu).

Mama juga gunakan website ni utk angah kelaskan buah dan sayur. Masa tgh cari2 bahan ni, mama baru dpt tahu rupa2nya tomato, cucumber, kacang peas dan terung tu adalah buah dan bukannya sayur (mungkin org lain dah lama tahu kot, eee... malunya).

4) Food pyramid.

Food Pyramid Poster
(mama dah tampal poster ni kat dlm homeschool room).

Masih menggunakan gambar2 dr katalog pasaraya. Sambil2 duk siapkan food pyramid ni, mama cuba terangkan jumlah hidangan yg perlu kita ambil dlm sehari bagi tiap2 kelas makanan. Tapi rasa2nya, angah tak berapa faham lagi. Takpelah ngah, asalkan angah tahu yg gula2 dan snek tu tak boleh makan byk sangat dah kira OK (^-^). Insya-Allah, lps2 ni angah akan faham.

Angah sedang menyiapkan food collages dan food pyramid.

5) Food File Folder Games.
Mama download bahan utk games ni kat sini.

Food file folder games.

Cara permainannya, angah akan menyusun kad2 makanan tu mengikut kategori masing2 pada petak yg disediakan dlm file folder.

Main sama-sama.

6) Food Craft.

Foods in baskets craft ( menggunakan paper plate).
Utk gambar sayur dan buah tu, mama print di sini.

Tekun menyiapkan foods craft.

Utk aktiviti kraf kali ni, mama dpt libatkan angah utk pelbagai aktiviti yg dpt meningkatkan fine motor skill iaitu :
  • Mewarna gambar makanan.
  • Menggunting gambar tersebut.
  • Menampal gambar pada paper plate.
  • Lacing paper plate utk dibuat raga.
  • Menulis label pada raga.

Adik ikut sama buat lacing paper plate.

4 comments:

  1. ha...baru dapat lihat mama home school kita nie.....

    nanti kalu sayo balik klate....jumpa msti kenal.hehheeh
    kalau anak saya..saya buat altiviti gini..sukanya mereka..masalahnya saya yg tiada masa.huhuhu
    sian mereka.....

    sampai sekarang homeschool kami beku...sebeku ktub utara..kutub selatan

    ReplyDelete
  2. salam shafida,
    Sbnrnya saya fikir pjg jugak masa nak letak gambar tu...he..he.. malu.
    Bila pulak nak balik keltn ni?. Awak asal kat mana? Nanti kalau jumpa tu tegur2 la ye!

    ReplyDelete
  3. saya asal ore klate ...suami isteri dan anak2 sume orang kelantan...pior kelantan...make budu..kakakkak
    tapi disebabkan panggilan tugas (guru) saya di postingkan kat selangor ii, suami pun bekerja sekitar damansara.......

    insya Allah, balik kelantan raya nie..... cuti sekolah baru2 nie dah balik...bestnyer pijak bumi kelantan..kkakakakaka, rasa xnak balik ke sini.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails