April 17, 2011

Letter of the Week ~ Ee is for Elephant.

Malam ni semua anak-anak tidur awal dari biasa. Jadi ada peluang utk mama update aktiviti adik dan angah kat rumah ni. Bermula minggu lepas angah dan adik telah sama2 belajar utk mengenal huruf Ee. Ada beberapa aktiviti yg mama telah rancang utk mereka berdua. 

Berikut adalah aktiviti angah dan adik sehingga hari ni:
  • Lacing activity.
Aktiviti ni menggunakan templete Ee yg mama download kat sini dan kemudian laminate dan tebuk. Aktiviti begini bagus utk fine motor skill. Dgn tool ini juga  mama dpt gunakan utk mengajar adik mengenal huruf Ee.

  • Alphabet Book ~ Ee is for elephant.
Ee is for Elephant ~ mama akan letakkan dlm " Mama HS's : Book of ABC's "


Proses menyiapkannya...bermula dengan mewarna templete Ee yg mama download kat sini. Kemudian gunting dan tampal pada construction paper. Lepas tu gunting kertas untuk membentuk belalai dan telinga dan tampalkan pada huruf E tersebut utk membentuk seperti gajah. 
  • Alphabet Tree ~ Letter Ee.
Angah sedang menampal huruf Ee pada Alphabet Tree.
  • Activities for Fine Motor Skill and Reading Skill.
What Begins With E mini book. Mama download di sini utk bacaan angah.


Elephant Emergent Reader. Mama download bahan ni kat sini


Gambar2 yg sempat mama rakam ketika angah dan adik menyiapkan Elephant Emergent Reader. Ia melibatkan aktiviti mewarna dan menggunting. Lepas siap angah dpt gunakannya utk practice reading.

Aktiviti kali ni memang banyak melibatkan aktiviti mewarna. Sekarang ni adik sedang mewarna poster 'elephant' yg mama download kat sini. Mama suka sgt tengok gambar ni...mmg inilah stail adik kalau dia tengah khusyuk...muncung je mulut dia tu... ^o^

Nota mama : Esok along exam bulan April. Mama doakan semoga along dpt menjawap soalan dgn baik. Sbnrnya mama risaukan satu benda je dgn along ni...tiap kali exam mesti adaaaa je jawapan dia yg silap hanya kerana cuai... terutamanya utk kertas matematik. Apapun cuba yg terbaik ye long...Good luck. 


2 comments:

  1. lacing tu macam senang nak sediakan..anak2 pun suka. tk mahani.nanti sy nak cuba :-)

    ReplyDelete
  2. mmg mudah saja nak sediakan asalkan si ibunya rajin..hehe ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails