April 2, 2012

Bahan Mengajar Untuk Bulan April.

BISMILLAH...
Assalamualaikum w.b.t


Dah pun masuk bulan April. Alhamdulillah...berkat usaha dan kesungguhan...mama dapat capai target mama dlm beberapa perkara utk bulan lps. Utk target yg belum tercapai lg tu...insyaAllah, mama akan tingkatkan usaha dan buat sehabis yg baik. Target apa tu??? hihi... tentunya target dlm apa yg mama sedang usahakan selama ni...usaha mama untuk menjadi seorang isteri dan ibu yg TERBAIK...seorang homeschooler yg  KONSISTEN mendidik anak2 dan seorang WAHM yg BERJAYA.

Utk homeschool mama ni, bulan lps mama target kakak dpt habiskan belajar membaca buku Bacalah Anakku Buku 3. Alhamdulillah...tinggal sikittttttt je lagi . InsyaAllah, bulan ni bolehlah mula belajar Buku 4 pulak. Agak slow utk habiskan satu2 buku. Tapi takpe asalkan konsisten dan kakak boleh ikut apa yg mama ajar. Tak nak paksa2. 

OK. Hari ni mama nak kongsikan apa yg mama dah plan termasuk buku2 dan bahan2 mengajar yg mama dah sediakan utk aktiviti homeschool kami sepanjang bulan April ni.
Mama dah print siap2 bahan2 utk kakak belajar mengenal huruf, menulis & mewarna. Semua ni mama dapatkan kat sini. Utk angah dulu pun mama byk menggunakan lesson plan dan download bahan2 kat sini.


Ini pula bahan untuk kakak belajar mengenal dan menulis huruf2 arab serta belajar beberapa perkataan arab. Semua ni mama download kat sini.

Bulan ini juga mama akan kenalkan kakak dgn nama2 Allah. Dgn aktiviti mewarna tentunya salah satu cara utk menarik minat anak sbb kakak mmg sgt suka mewarna. Boleh dptkan bahan ni kat sini.

Buku2 kerja utk subjek matematik, sains dan english.


Poster2 ni mama dpt bila beli workbook tadi. Bolehlah mama tampal kat dinding (tapikan x tahu nak letak kat dinding mana lg dah...dah penuh dinding kat bilik ni..hihi) Poster ni ada gambar depan belakang. Ini utk bhgn depan.


Ini pulak bhgn belakang.


Selain menggunakan buku Bacalah Anakku, mama juga akan gunakan buku Bijak Baca keluaran Pelangi ni utk ajar kakak. Nak lebih kurang sama dgn buku Bacalah Anakku tu. Siri Bijak Baca ni buku 1 sampai 4. Mama beli buku ni sbb dia disediakan sekali dgn Buku Aktiviti. 

9 comments:

  1. Baguslah mama mahani ni... saya jenguk ke sini selalu tau.. my little hannah baru je belajar menconteng, so dieyna belikan mahjong paper... banyak ruang dia boleh conteng kan...

    ReplyDelete
  2. tq, info yg berguna buat sy..saya pun bersemangat nk jadi mcm akak ajar ank2 kat umah..tahniah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mahani...kembali gigih berhome school nampaknya..keep it up! *dah lama saya x singgah sini :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak mahani..dulu kesini dengan blog larradanish homeschool..dah lama tak update dan lupa password semua hehhe..now buat yang baru terinspirasidari blog mamahomeschool!sangat2...banyak buat rujukan disini..banyak menceduk ilmu disini..terima kasih kak..now kami di SAYANG IBU HOMESCHOOL semoga kami akan rajin dan bersemangat macam kak mahani..salam sayang dari kami untuk akak sekeluarga.semoga allah membalassemuanya diatas perkongsian yg kak telah buat disini yg banyak menjadi manfaat buat ibu2 mcm kami..

    ReplyDelete
  5. As salam kak...
    banyak buku beli untuk anak2 .. seronok tengok ..moga2 mereka pun lebih bersemnagat

    saya launch blog khusus untuk homeschool dan pendidikan anak2.. sudi sudikan la jengok blog baru saya..

    sayangdisayang.com

    dulu pensilmagik.blogspot.com

    harap dapat tukar2pendapat di sana nanti .. tq kak

    ReplyDelete
  6. salam mahani...

    thanks ye kongsi ilmu tu. boleh juga saya download tu utk anak saya...

    ReplyDelete
  7. Seronok juga.kalau ibu bekerja dapay buat homeschooling waktu cuti.anak2 tak tercicir n bosan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails