April 26, 2013

Bahan Utk Mengajar Membaca Bahasa Inggeris.


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Salam Jumaat buat semua. Alhamdulillah kerana masih diberikan nafas untuk bersama suami dan anak2. Hari ni mama agak relaks sikit. Papa, along dan angah cuti. So, mama pun nak 'bercuti' jugak hari ni...hihi. Sekarang ni papa tgh basuh kereta yg dah berkurun tak 'mandi' tu..hihi...sambil2 tengok2kan anak2 yg tengah seronok main kolam kat depan rumah tu. Bulihlah mama ambik peluang ni utk update blog nih.

Hari ni mama nak kongsikan cara mama mengajar anak membaca bahasa Inggeris. Sebenarnya Mama ni bukannya pandai sangat English...tapi mama cuba setakat termampu. Ingat lagi masa mula2 ambik keputusan dulu nak ajar sendiri anak2 membaca BI nih..mmg mama tak yakin dapat ajar sendiri. Tapi papa yg banyak bagi dorongan kat mama...yakinkan mama yg mama jugak mampu ajar BI ni. Alhamdulillah...mama berjaya ajar angah membaca BI sehingga lancar dan dapat menguasai bahasa Inggeris dgn baik. Masa darjah 1 tahun lepas angah berjaya dapat Band 6 utk Subjek bahasa Inggeris...alhamdulillah. Semoga Allah terus permudahkan usaha mama utk ajar kakak pulak skrg ni.

Mula2 dulu mama gunakan buku Read Easy utk ajar angah membaca BI. Sambil2 ajar guna buku tu mama cuba jugak survey dlm internet cara mudah utk ajar anak membaca BI nih. Dan terjumpalah mama dengan website Proggresive Phonics ni. Memang best website ni. Sejak tu mama gunakan teknik dan bahan2 yg mama dapatkan dari website ni utk ajar angah. Semua bahan kita bulih download secara percuma. 

Skrg ni mama recycle bahan2 yg mama gunakan utk ajar angah dulu utk ajar kakak. Ni 'Beginner Phonics Books' dan flash cards yg mama dptkan dari website Proggresive Phonics tu. Sekarang kakak dah masuk Buku 7 Bacalah Anakku. Jadi bermula awal bulan April kakak dah start belajar BI menggunakan buku phonics ni. Mama tunggu sehingga anak agak lancar membaca BM dulu baru mama start ajar membaca BI sebab mama tak nak anak2 confius.

Ni gambar semalam. Kakak sedang belajar menggunakan flash cards. Oh ya...flash cards yg ni mama bukan dptkan dari website proggresive phonics tu. Lupa pulak ambik kat mana sbb dah lama mama buat card ni...tapi card dia lebih kurang sama dgn flashcard Proggresive phonics tu.

Tahun lepas kakak lebih banyak main. Jadi tahun ni kena lebih serius belajar. Semoga usaha mama dan kakak dipermudahkanNya dan dapat capai target mama utk ajar kakak membaca dengan lancar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tahun ni. Amin.


11 comments:

  1. salam kenal kak..sy suka blog akak yg byk kongsi idea sbb sy pun tgh homeschool anak kt rumah..dpt kesedaran bila tgk akak homescholl anak2 akak..syabas kak..Tq atas good sharing ini..byk sy belajar dr akak..

    ReplyDelete
  2. Thank you share info-info payah jugak nak cari parents yang home school dekat malaysia ni. Akak memang homeschool semua anak2 akak ke?

    MamaHaraz
    http://ourwonderland.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk info yang berguna ini.. sangat menghargainya..

    ReplyDelete
  4. as salam good info...feel free to visit my blog www.cikjuju.com :)
    selamat berkenalan

    ReplyDelete
  5. pembelajaran kreatif

    TUISYEN BAHASA INGGERIS DEWASA/KORPORAT/VETERAN
    http://kelasenglishdewasakorporatveteran.blogspot.com/

    https://www.facebook.com/norman.hashim

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wrt. Mama. Boleh whatsapp saya, nak tanya tentang homeschooling anak anak. Plan nak homeschool kan saja +60126732809

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wrt. Mama. Boleh whatsapp saya, nak tanya tentang homeschooling anak anak. Plan nak homeschool kan saja +60126732809

    ReplyDelete
  8. Time kasih atas info.. sekarang ank sy umur 5y.. so far dh boleh membaca bahasa melayu.. skrg ngh cr cara nk kenalkn ngn bhs inggeris plak

    ReplyDelete
  9. Time kasih atas info.. sekarang ank sy umur 5y.. so far dh boleh membaca bahasa melayu.. skrg ngh cr cara nk kenalkn ngn bhs inggeris plak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails