April 28, 2013

Homeschool Today : Pipe Cleaner & Strainer.

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Hari ni pagi2 lagi mama dah siap susun dlm workbox dan tray semua buku2 dan bahan2 utk kakak dan adik belajar hari ni. Alhamdulillah...takde lah mama kelam kabut nak mulakan aktiviti dgn anak2 hari ni. Utk kakak hari ni seperti biasa kakak teruskan dgn belajar membaca BM (Buku Bacalah Anakku) dan BI (Proggresive Phonics dan Flash cards), Math (workbook), Jawi/Iqra' dan sains (workbook). Dan petang ni mama plan nak buat satu lagi kraf ngan anak2...insyaAllah.

Untuk adik pulak hari ni mama sediakan aktiviti baru untuk adik buat. Aktiviti kali ni bagus utk develop fine motor skill anak2.


Aktiviti ni hanya menggunakan:
~ Penapis
~ Pipe cleaner

Terbalikkan penapis tu dan mama minta adik masukkan pipe cleaner ke dlm lubang penapis tu.

Aktiviti yg bagus utk:
  • small muscle development
  • hand eye coordination
  • Belajar mengenal warna ; mama gunakan pipe cleaner pelbagai warna utk kenalkan adik dgn warna. 
  • Belajar mengira ; mama kira sama2 dgn adik jumlah pipe cleaner yg adik dah berjaya masukkan dlm lubang penapis tu. 
Kakak pun join sama aktiviti ni. Skrg ni kakak sedang siapkan 'Spider Craft'...mmm...nmpknya aktiviti ni jugak bagus utk kreativiti anak2 (^_^)

Khusyuk je adik nih...hihi..nanti esok kita main lg yer (^_~)

* Oh ya...kena perhatikan jugak anak2 bila menggunakan pipe cleaner ni sbb dawai kat hujung pipe cleaner tu agak tajam.

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails