January 11, 2014

Bermain Bongkah Kayu. (Adik Aisyah 2thn 6bln)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...mama berkelapangan malam ni utk mengupdate blog kesayangan mama ni. Malam ni mama nak update aktiviti adik pulak. 
Ni antara favourite adik...bermain bongkah kayu. Mama belikan bongkah kayu ni kat Ikea tahun lepas. Semalam mama sempat snap gambar2 adik masa dia sedang ralit bermain dan berkreativiti dgn bongkah kayu ni. 


Sebenarnya dengan bermain bongkah kayu ni pun anak2 dapat belajar pelbagai kemahiran. Antaranya meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata dan tangan dia. Kalau kita orang dewasa ni mmg takde masalah nak susun2 block kayu tu semua kan?...tapi untuk kanak2 umur 2 tahun lebih macam adik Aisyah ni, aktiviti begini mmg agak sukar pada mulanya. Tapi dengan kerap bermain lama2 adik dapat asah kemahiran motor halus dan mengawal koordinasi mata dan tangan semasa menyusun bongkah2 kayu tersebut.

ok...susunnn....

Sedang menyusun nak membentuk tower.  

Oppss..x jadi sbb x lih balance.

Takpe...cuba dgn bongkah kayu lain pulak.

Dengan bermain bongkah kayu ni jgk kita dpt memupuk kreativiti dan meningkatkan keupayaan anak2 utk menyelesaikan masalah.


Cuba yang lain pulak (^_-)

OK...adik berjaya buat yang ni. Well done ;)

Dan dgn bermain bongkah kayu ni jgk kita dpt mengajar anak2 menyusun dan mengira. Dan dgn penggunaan block yg pelbagai warna, saiz dan bentuk sprt ini dapatlah mama ajar adik mengenal warna dan bentuk serta diperkenalkan makna serta beza antara besar dan kecil  sambil adik bermain.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Mahani. salam perkenalan. selalu baca blog akak untuk ambil idea homeschool anak kita. hajjar nak tanya umur adik. Sekarang ni Hajjar pun sedang homeshool anak perempuan berumur 2tahun setengah.
    jemput singgah. teratak kecil menulis hajjar ye. nak change link dengan blog akak ya. menambah kenalan blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Hajar,
      Salam ukhuwwah fillah. Terima kasih atas kunjungan ke blog kak nie ni. Adik aisyah tu 2thn setgh jugak...sebayalah dgn anak hajar :)
      Harap lps ni kita bolih sama2 berkongsi idea utk mendidik & mengajar anak2 ni (^_^)

      Delete
  2. Salam k.mahani..dh lama x drop komen kt sni..sy pon dh buat blog baru.
    Nak tanya tips mcm mana nk bg tpt homeschooling /bilik main sentiasa kemas?
    Anak sy ni dh slow talk pon dia mcm xreti nk kemas balik..tengok akk punya props tersusun je

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails