April 29, 2013

Menambah Koleksi Buku.

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...tenang je rasa pagi ni. Anak dara 2 org tu tak bangun tido pun lagi. Bulih lah mama buat keje mama dulu kejap pagi2 ni. Sebelum tu nak update blog jap. Nak citer pasal buku2 yg baru mama beli ni. Seronok je bila tgk buku2 baru tersusun kat rak tu...hihi..

Masa papa cuti Jumaat lepas, mama ambik peluang bawa anak2 ke kedai buku. Kali ni kami sekeluarga ke kedai buku Popular kat KB Mall. Seminggu sblm tu kami dah ada singgah sekejap kat sini. Sempat lah tgk promosi yg sedang berlangsung. Tapi tak sempat nak memilih sbb nak cepat masa tu. So kali ni mama ambik peluang memilih buku2 yg sesuai utk anak...juga utk mama. 

Rambang mata jap tgk semua buku2 tu...semuanya ada diskaun...murah2 lak tu...rasa mcm semua nak...hihi. Slps lenguh kaki duk pusing2 dan memilih...inilah hasil tangkapan mama kali ni:

I Like to Read Series. Mama dapat beli dgn harga yg cukup murah. Biasa harga sebuah buku ni RM9.90. Tapi dgn promosi ni mama dapat 3 buah buku dgn harga RM9.90. Alang2 dah dpt harga murah ni mama terus beli 15 buah buku. Dpt dgn harga RM49.50 je. Dah jimat dlm seratus ringgit dah tu...besttt

Utk tambah ilmu pengetahuan anak2...mama belikan Collins My First World Atlas & Collins My First Encyclopedia ni. RM10 je setiap satu buku tu.

Yg ni pulak mama belikan khas utk adik dan kakak. A little book with giant flaps. 

Yg ni pulak utk mama. Harap2 mama akan sentiasa bermotivasi dan rajin masuk dapur lepas ni...

7 comments:

  1. seronoklah anak2 dpt buku baru...oo ade sale yer kt popular Kb mall? sy selalu ke SMO je kak..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa...ada sales kat Popular skrg. x silapnyer sampai 5 mei nih. Kak nie pun selalu jugak gi SMO...tapi kat Popular pun suka jugak sbb lg byk buku...hihi

      Delete
  2. byknyer nyer..kita suker yg bawah sekali tu...nnt dah masak kongsi resepi yer mama

    ReplyDelete
  3. i like to read series tu nampak mcm best.1 hari 1 resepi tu saya ada.mmg jadi rujukan la bila takde idea nak masak apa.hihi..

    ReplyDelete
  4. replica bags wholesale mumbai gucci replica handbags m9d95r0c05 guccireplica bags neverfull replica bags on amazon replica hermes a6i12m2x76 replica bags hermes see this here o3x48o4l21 replica wallets replica bags pakistan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails