March 9, 2010

Aktiviti Home school.

Semalam mama tak sempat nak catat aktiviti mama bersama anak2. Aktiviti home school angah bermula awal pagi sbbnya dah takde lg tv time. Rutin macam biasa. Setiap hari mama akan pastikan angah ikuti latihan membaca, menulis dan mengira.

Utk baca bahasa Melayu tu rasanya tiada masalah cuma kena pandai attract dia sikit. Skrg ni dia cukup tak suka kalau mama ajak dia baca terus dari buku Bacalah Anakku tu. Jadi disbbkan angah suka dgn white board, jadi mama tuliskan cerita kat white board tu dgn tulisan yg agak besar. Barulah dia berminat. Mama akan salin cerita dlm buku tu. Kemudian mama akan tulis juga cerita2 yg berkaitan dgn diri angah. Barulah angah seronok baca.



Tulisan yang besar dpt menarik minat angah membaca.

Setiap hari tanpa aktiviti craft rasanya tidak sah. Hari ni angah minta buatkan spider. Cari2 kat internet, mama jumpa craft spider yg dibuat dgn hand print.

Siapkan handprint kat kertas lukisan.

Lepas tu cut. Ini dia. Ada rupa spider tak ?

Utk pelajaran angah mama tak risau sgt. Skrg ni mama tgh fikirkan mcm nak handle home school utk along. Mama sdg cuba mencari bahan dan mengatur jadual utk along. Sebenarnya mama bukannya nak berhentikan along dari sekolah. Peranan mama skrg ni lebih kpd guru tuisyen. Kalau sebelum ni pengajaran mama kpd along tidak menyeluruh kpd semua subjek. Tapi skrg ni selagi mama mampu mama akan cuba tumpukan kepada semua subjek yg along belajar dan tak lupa mama akan berikan juga penekanan kpd pendidikan agama. Mama harap sgt kpd along utk turut memberikan kerjasama dan tumpuan kpd mama, ye Along!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails