March 8, 2010

Perubahan ke arah kebaikan.

Bermula minggu ni, beberapa perubahan tlh. mama buat. Bermula dgn. pemotongan Astro dan stop kelas tuisyen along. Semuanya kerana hasrat mama mahu menjayakan program home school mama ni. Dah lama sebenarnya mama nak potong astro ni tapi bila difikirkan anak2 dgn program favourite mereka tu rasa kesian pulak. Tapi bila difikirkan kesannya, mama tekad utk stop astro nih. Bila dah tak boleh tengok tv nih mama pulak lah yg penat. Penat sbb setiap masa anak2 dok suruh buat itu dan ini. Kalau sebelum ni bila mama nak buat kerja rumah, mama suruh anak2 ni tengok tv. Dah siap kerja baru mama sambung balik aktiviti dgn mereka. Tapi hari ni dari pagi sampailah malam mama beraktiviti dgn anak2. Tapi bagus jugak macam ni. Setiap masa diisi dgn perkara yg berfaedah dan anak menjadi lebih aktif.


Sekarang ni homeschool mama tidak lagi tertumpu kpd angah saja. Tapi mama ingin menumpukan perhatian dan mendidik semua anak2 mama. Along, angah dan adik pun terlibat. Mama skrg ni dah start ajar adik mengenal huruf. Kepada anak2 akan mama curahkan segala ilmu yg mama pelajari selama ini. Memang agak mencabar tugas mama skrg ni. Namun kpd Allah mama berdoa semoga dikuatkan semangat dan disihatkan tubuh badan utk mama teruskan usaha ini.


Kadang2 terlintas juga perasaan ragu2 akan kemampuan diri utk mendidik dan mengajar anak2. Ya lah, dgn tiga orang student yg berlainan level disamping kerja rumah mama yg lain. Kalau mama tidak bijak membahagikan masa dan mengatur jadual mungkin semua ini tidak akan berjaya. Jadi mama amat2 mengharapkan bantuan dan sokongan papa. Tanpa papa mama tak mungkin mampu melakukan semua ini.


Kalau sebelum ini mama hantar along utk kelas Qiraati dan fardu Ain juga tuition English. Tapi skrg ni semuanya akan mama buat sendiri. Mama sempat hantar along utk kelas Qiraati selama 1 1/2 thn. Disebabkan tidak puas hati dgn tahap perkembangannya semasa belajar di situ, mama ambik keputusan utk mengajar sendiri. Alhamdulillah skrg ni along sudah boleh membaca Al-Quran dgn lancar dan target mama along akan khatam Al-Quran tahun ni. Insya-Allah. Angah juga skrg ni sudah start buku 1 buku Iqra'.


Kalau tahun lepas mama tidak begitu serius dgn home school ni. Tapi bermula tahun ni mama akan lebih serius utk home school anak2 ni. Insya-Allah.


2 comments:

  1. insya Allah anie! saye yakin anie mampu menjadi pengajar yg terbaik buat anak2..

    semoga pertolongan dan petunjuk Allah swt sentiasa bersama anie..amin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails