Hari ni baru mama berkesempatan utk entri cerita masa hari jadi adik yg disambut pada 6 mac lepas. Mama tak buat party birthday pun kali ni. Cuma sambut kita 5 beranak je. Kek pun mama tak beli. Buat sendiri saja sebab adik nak makan kek coklat. Jadi petang tu mama buat kek coklat dgn dibantu oleh 3 assistants.
Sibuk dok kacau adunan kek coklat tu. Kek belum masak lagi tapi mulut adik tu dah comot dah...
Memandangkan mama tak buat party kat rumah, jadi kami semua keluar celebrate kat luar je. Tapi sebelum keluar kami potong dulu kek coklat tu kat rumah.
Happy birthday adik!
Kanak-kanak riang.
Video ni papa ambik masa kat Restoran Rasamas malam tu. Sementara tunggu order tu siap diorang pergi main2 dulu. Budak2 ni memang tak boleh duduk diam. Memang mereka seronok sgt kalau pegi tempat yg ada playground nih.
Apa2 pun sempena hari jadi adik ni mama nak ucapkan selamat menyambut ulangtahun yg ke2 kpd adik. Mama harap adik akan menjadi anak yg baik dan diberkati Allah dunia dan akhirat. Mama saaaayang adik.
No comments:
Post a Comment