March 26, 2010

Aktiviti Homeschool 21-25 Mac

Insya-Allah, bermula minggu ni mama akan post aktiviti home school setiap hari jumaat. Skrg ni mama perlu peruntukan lebih masa utk aktiviti home school dan masa utk bermain dgn anak2. Sbb kalau sblm ni mereka ada tv, tapi skrg ni dan takde tv. So, kenalah mama sentiasa beraktiviti dgn mereka. Jadi hanya malam minggu shj masa utk mama 'berinternet'.
Utk aktiviti home school minggu ni mama tlh pilih tema apple.


ANGAH

Letter recognition:

Aktiviti minggu ni bermula dgn dot-to-dot letter A dan mewarna apple. Worksheet ni mama print di sini.



Seterusnya , small and capital letter matching. Angah perlu gunting dan padankan huruf2 dgn menampalkannya dgn huruf yg ada kat apple tree.

Craft & motor skill:

Motor skill: Aktiviti 'lacing alphabet A card'.


Ini utk aktiviti craft. Lacing paper plate utk dijadikan bakul.


Inilah hasilnya dan bakul ni digunakan utk mengisi apple flash card.

Reading :

Minggu ni angah mula membaca cerita dlm buku 'Koleksi Cerita Teladan Islam'. Dan utk english, mama tlh print story "Nat's Cat" dari http://www.readinga-z.com/. Story ni byk menggunakan word family 'at' dan 'ap'.

Math:




Utk math, minggu ni mama sambung pelajaran angah minggu lepas utk mengenal nombor in numeral and word sambil mengira. Alhamdulillah, angah dah boleh membaca number word from zero to twelve.
Mama print 2 jenis flash card ni kat sini .


Angah skrg ni juga sudah mahir dgn latihan tambah. Biasanya angah akan mengira dgn jari. Jadi bila mama bagi soalan yg memberikan jawapan lebih dari 10, angah akan mula confuse. Jadi biasanya mama akan bagi colour pensil utk angah kira. Dan minggu ni mama print soalan kat sini. Utk latihan ni, selain drp dpt membuat latihan math angah juga perlu menggunting dan menampal. Sesuai juga utk 'fine motor skill'.

Science:
Utk subjek science, angah buat latihan dlm buku latihan. Dan minggu ni angah belajar ttg 'light and heavy'.

Iqra':

Alhamdulillah. semalam (khamis) angah tamat buku 1 Iqra'. Dan tadi angah sambung dgn buku 2 Iqra'.

Fun:


Utk minggu ni kami bertiga sama2 membuat 2 lapbook. Bersesuaian dgn tema, satunya lapbook Alphebat A dan satu lagi lapbook to match the colour. Utk lapbook ni mama print kat sini dan sini.


ADIK.

Motor skill: Adik juga membuat latihan Letter A dot-to-dot. (khusyuknya dia.....)


Latihan apple size sequence. Adik menyusun from biggest to smallest. Skrg ni adik dah faham big and small.


Join sekali dgn angah belajar colour.

ALONG.
Minggu ni, mama tidak byk memberi latihan utk along sbb setiap hari masa along byk kat sekolah. Ahad hingga selasa along ada kelas fardu ain dan balik pukul 3.30 ptg. Dan kat rumah alongn perlu siapkan homework yg diberikan oleh gurunya.

Dan utk bacaan Al-Quran, alhamdulillah along sudah masuk surah Al-Ana'm.

7 comments:

  1. salam anie

    seronok tgk rutin HS anie :)

    camana nak tau anak dah boleh alih ke buku 2 iqra'?

    bila angah stat bacalah anakku?

    anie nak hs kan angah smpai umur berape tahun?

    he he sori byk tya lak..

    baitibrunei

    ReplyDelete
  2. w/salam,
    saya pun suka tgk rutin baiti dgn anak2. sbnrnya saya start hs angah awal tahun lepas. dah sthn lebih. sbb along dulu masa umur 4 thn saya dah hantar tadika. Jadi dgn pengalaman lepas tu,saya lbh suka ajar sendiri anak kat rumah. lebih puas hati. pasal bacaan iqra' tu, saya mula alih ke buku 2 bila angah dah mula mengenal huruf dan boleh membaca dgn baris atas dgn lancar. Lagipun angah sendiri tak sabar2 nak masuk buku 2. Insya-Allah, kalau diizinkan Allah dan sihat tubuh badan saya akan hs angah ni sampai umur 6 thn. Bulan lepas dah pegi daftar utk darjah 1 kat sek yg sama dgn along. Baiti pulak mcmn?

    ReplyDelete
  3. maaf lambat reply.

    saya ada terniat utk hs selama yg mungkin, tapi buat masa ni saya cuba sehingga 6 tahun dulu. jika smpai 6 thn saya ada mslh so anak2 akn masuk sekolah.

    anie selamat 'hs'kan anak2, dan update dlm blog tau, saye pasti ramai di luar sana ingin tahu apakah aktiviti yg sesuai utk anak2 bawah 6 thn spt yg anie telah buat dan rancang ni.


    saya sendiri kene belajar dari anie memandangkan anie lebih berpengalaman dan sudah mempunyai seorang anak yg bersekolah. :)


    salam ukhwah fillah
    baitibrunei

    ReplyDelete
  4. salam...sebenarnya saya xpandai nak folllow blog nie, xder icon follower macam blog biasala..hehehhe
    macammana yer

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails