March 1, 2010

Aktiviti home school.

Dua tiga hari ni mama rasa agak tak sempurna saja kerja mama. Byk benda yg mama tak sempat nak buat. Entahlah, kalau diikutkan 24 jam sehari tu masih tak cukup lagi. Em...mungkin mama yg tak pandai membahagikan masa. Insya-Allah lepas ni mama akan cuba perbaiki diri dan cuba mengatur masa dgn lebih bijak.
Along dah habis periksa bulan Febuari. Dah dpt pun result kelima2 paper tu. Alhamdulillah, along dpt 4A dan 1 lagi paper tu agak teruk sikit result. Subjek Bahasa Melayu penulisan. Mama pun tak sangka markah along tu serendah tu dgn jawapan yg dia buat (lps mama & papa check). Tapi mungkin cikgu dia agak strict masa marking paper tu. Takpa lah. Nampaknya lepas ni mama kena beri lebih penekanan pada along utk subjek ni. Ingatnya petang ni mama nak pergi kedai buku, nak pegi cari kalau2 ada buku contoh karangan yg sesuai utk along.
Angah pulak macam biasa dgn aktiviti home school. Sbb ada benda lain mama nak buat, mama suruh angah tulis alphabet dan number kat white board. Boleh mama buat kerja sambil2 tengok angah. Setakat ni mama tengok angah dah tiada masalah lagi dgn susunan huruf.



Angah memang suka sgt kalau mama suruh tulis kat white board nih.


Lepas tu mama minta angah tulis number utk dibuat flash card. Bolehlah mama guna utk ajar adik. Dah siap tu, angah dgn idea kreatifnya tanpa disuruh oleh mama telah potong kad tu bulat2. Katanya nak buat caterpillar.

Minta buat sampai 10 tapi angah buat sampai 7. Penat katanya (malaslah tu)



Inilah hasilnya caterpillar angah.




1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails