Aktiviti homeschool minggu ni berjalan sprt biasa cuma agak slow sikit sbb papa cuti. Kami byk jalan2 kat luar (outdoor activity) dan mama tak tetapkan apa2 tema utk minggu ni walaupun angah byk kali mintak mama sambung dgn letter G. Insya-Allah, minggu depan .
Setiap hari mama akan adakan sesi read aloud. Bacakan mana2 buku cerita yg anak2 suka. Selalunya mama akan minta anak2 pilihkan buku. Minggu ni adik suka sangat mama bacakan cerita 'Menyemai Sikap Bersih' dari buku Bacakan Saya Satu Cerita. Jadi bila mama bacakan cerita ni, mama akan tukarkan watak dlm cerita tu dgn watak angah, along ataupun adik. Sambil2 bacakan cerita mama akan terangkan kepada mereka kepentingan dan perlunya mereka menjaga kebersihan dan membuang sampah ke dlm tong sampah. Mama juga selalu gunakan buku ni utk bedtime story.
Bacakan Saya Satu Cerita.
ANGAH
Reading and writingBacaan angah utk minggu ni ialah:
Kenapa Leher Angsa Panjang.
Manakala utk phonics pula angah sambung dgn buku short vowel a.
Skrg ni angah juga suka sgt menulis. Dia akan tulis apa saja. Biasanya bila dia terfikirkan atau terlihat sesuatu benda, dia akan cuba mengeja dan tulis. Alhamdulillah, skrg ni mama tgk angah semakin cekap menulis dan bacaan dia juga semakin lancar.
Math.Angah masih gunakan chart yg sama utk mengira subtraction. Dan juga latihan dlm activity book. Mama juga bagi angah buat latihan secara online dlm internet.
Activity book for Math.
Fine motor skill.
Favourite activity. Colouring with water colour.
Fun & Craft.
File folder game - Alphabet match (cover)
Inside the file folder - Capital and small letter match.
File folder games ni boleh digunakan utk mengenal small letter dan capital letter. Juga utk match the letter. Utk angah mama akan minta dia matchkan capital letter dgn small letter (huruf pd umbrella dgn huruf pd rain drop) . Dan utk adik pula, mama akan ajar adik recognize alphabet dan cuba matchkan letter yg sama.
Recognize and match the alphabet.
Science.
Minggu ni angah belajar topik 'our body'.
Mini Book : My Body. Mama print
di sini.
Setelah mama kenalkan anggota badan manusia, angah akan teruskan latihan dlm buku rampaian dgn melabelkan part of the body. Adik juga ikut sekali masa mama ajar subjek ni. Adik cukup suka sekali bila mama ajar sambil nyanyi nursery rhyme ni sambil pointkan pada anggota tersebut.
Head and shoulder knee and toe
knee and toe
Head and shoulder knee and toe
knee and toe
eyes and ears and mouth and nose
head and shoulder knee and toe
knee and toe.
Skrg ni angah dah kenal dgn anggota badan dan insya-Allah minggu depan mama akan sambung topik ni dgn topik five sense utk terangkan dgn lebih lanjut ttg fungsi anggota badan kita ni.
Iqra' & Pengetahuan Agama Islam.
Alhamdulillah, angah mudah menerima apa yg mama ajar disamping minat dia sendiri utk belajar. Bacaan Iqra' angah juga semakin lancar. Setiap hari sekurang2nya 2 kali angah akan baca buku iqra'. Dan tiap kali along baca Al-Quran, dia akan duduk dekat dgn along dan perhatikan bacaan along.
Skrg ni pun dia suka sgt bertanya ttg kisah2 nabi dan ttg Allah (sbb dia selalu dgr along duk tanya ttg ni dgn mama). Kadang2 tu pening kepala juga nak cari cara utk terangkan supaya angah mudah faham dan sesuai dgn tahap umur dia.
ADIKWriting & Fine motor skill. Writing practice. Trace the lines from top to bottom.
Mama bagi adik colour dulu worksheet ni kemudian mama laminate. Lepas tu adik bolehlah ulang2 practice menulis dgn trace the line from top to bottom dgn menggunakan whiteboard pen.
Number & Shape.Adik dah belajar sblm ni ttg shape dan colour dan minggu ni mama khususkan pada bentuk circle dan colour pink. Mama gunakan teaching tool yg baru ni. Kenalkan bentuk dan warna tersebut. Kemudian kami sama2 mencari dan padankan shape tersebut dgn benda2 dlm rumah ni yg berbentuk circle dan yg berwarna pink. Seronok sgt adik bila dia tgk mama juga sibuk mencari brg sambil lari2 macam dia. Tapi kita jugak la yg penat. Sekarang ni bila dia nampak je apa2 benda bentuk circle, dia akan sebut...circle... sambil tangannya buat pusing2 bentuk circle....contohnya bila dia tengok jam.
Alhamdulillah, anak2 cukup seronok dgn aktiviti2 yg mama sediakan utk HS kami. Setiap masa bersama anak2 mama akan cuba utk mengajar dan mendidik anak2. Secara langsung atau secara tak langsung. Ilmu dunia juga ilmu akhirat. Insya-Allah. Mama akan cuba selagi mama mampu.
No comments:
Post a Comment