May 26, 2010

Beraktiviti dgn Straw.

Dari hari Ahad sampai hari ni, kami teruskan homeschool sprt biasa. Menjadi rutin kami, kalau tiada hal kat luar, paling lewat pukul 10 pagi angah akan masuk homeschool room dan mula belajar.

Hari ni mama sempat catatkan aktiviti mama dgn adik. Sebenarnya mama taklah serius sgt mengajar adik. Sambil2 mengajar angah, mama cuba selitkan aktiviti2 yg menarik utk mengajar dan juga supaya adik tak rasa terabai bila tengok mama dgn angah. Mama juga taklah sentiasa sediakan aktiviti yg baru setiap hari utk adik. Tapi mama cuba utk pelbagaikan dan biasanya mama akan mengulang2 bahan dan aktiviti yg tlh kami lakukan.


Kali ni adik belajar dgn menggunakan bahan asas straw. Byk juga yg dpt adik pelajari. Antaranya:
  • Fine motor skill.
Kemahiran menggunakan gunting. Adik cuba gunting pd tanda yg mama buat kat straw tu.

Lacing straw. Hand-eye co-ordination.
  • Counting.
  • Recognize number.
Mengira straw yg telah dipotong dan masukkannya ke dlm bowl mengikut nombor pada kad.

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails