Kertas pelbagai warna (laminate dulu) dan klip kertas.
Hari ni mama teruskan aktiviti bersama adik utk mengenal warna dgn menggunakan teaching tool yg baru mama siapkan pagi tadi. Biasanya utk mengajar adik mengenal sesuatu objek, mama akan lakukan 3 langkah ni:
- Perkenalkan dulu objek tersebut. Seperti hari ni utk mengajar warna, mama tunjukkan kertas warna dan perkenalkan dulu warna2 tersebut. Mama kenalkan adik warna2 tersebut dlm bahasa melayu dan juga english. Utk kanak2 peringkat umur adik (2 thn), proses ni mmg perlu dilakukan berulang2 kali.
- Minta adik tunjukkan warna yg mama sebut. Selain kertas warna tersebut, mama minta adik tunjukkan objek2 di dlm rumah ni mengikut warna yg mama sebut. Seperti aktiviti yg kami lakukan sblm ni.
- Minta adik sebutkan warna objek yg mama tunjuk.
Kemudian mama minta adik matchkan warna kertas dgn klip tersebut. Seterusnya letakkan klip pada kertas . Seperti biasa aktiviti sprt ini juga dpt meningkatkan fine motor skill adik.
Padankan warna dan letakkan klip pada kertas.
No comments:
Post a Comment