May 17, 2010

Kek Coklat Mama.

Hari ni pagi2 lagi adik minta buatkan kek coklat. Memang dah lama mama tak buat kek ni. Seingat mama, last sekali mama buat masa birthday adik.
Resepi kek coklat mama ni rasanya paling mudah.

Bahan2:
2 cawan gandum
2 cawan gula
2 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung (mama guna minyak masak jea...)
1 cawan air panas
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya senang saja. Campurkan dan kacau semua bahan sampai sebati. Kemudian masukkan ke dalam loyang. Boleh dibakar ataupun kukus. Mama lebih suka kukus saja.

Rajin betul anak2 mama :)

Byk benda yg dpt angah belajar pagi ni. Antaranya fine motor skill (kacau bahan2 kek), life skill (bekerjasama dgn adik dan tolong mama buat kerja) dan juga dpt mengenal bahan2 yg digunakan utk buat kek tu.


Kek Coklat Mama

Biasanya mama letakkan topping coklat. Caranya, mama panaskan coklat masakan dgn susu cair. Tapi hari ni sbb coklat masakan dah habis, jadi takde la topping. Tapi angah nak tabur jugak star kat atas kek tu. Tak kisahlah ngah, asalkan boleh makan :)


1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails